Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM
Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM
Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM
Yin Nota Penting 1 Kata tugas: (a) Nyatakan (b) Senaraikan (c) Lakarkan (d) Terangkan (e) Jelaskan (f) Huraikan 2 Contoh: Jawapan spesifik sahaja Jawapan spesifik, susun langkah Lakar (1), label (2), kemas (1) 2 markah 3 markah 4 markah 1 markah 1 markah 4 markah
(i) Cadangkan satu penambahbaikan ke atas produk tersebut. Roda dipasang (1) pada bahagian bawah produk. (ii) Terangkan satu alasan bagi cadangan anda.
[1 markah]
[2 markah]
Roda ditambah (1) supaya pergerakan menjadi lebih mudah (1). (iii) Jelaskan satu alasan bagi cadangan anda. [3 markah]
Roda ditambah (1) supaya pergerakan menjadi lebih mudah (1). Apabila pergerakan menjadi lebih mudah, tenaga kurang digunakan (1). (iv) Huraikan satu alasan bagi cadangan anda. [4 markah]
Roda ditambah (1) supaya pergerakan menjadi lebih mudah (1). Apabila pergerakan menjadi lebih mudah, tenaga kurang digunakan (1). Oleh itu, penggunaan tenaga dapat dijimatkan (1). 1
Rajah 1 menunjukkan dua reka bentuk tongkat untuk kegunaan warga emas yang memerlukan tongkat ketika berjalan.
Tongkat A Tongkat B Rajah 1 Spesifikasi Bahan Warna Harga Berat Batang Tongkat A Aloi aluminium Hitam berkilauan RM 100 0.4kg Boleh laras dari 71 hingga 93 cm Keluli Coklat kemerahan RM 60 0.5kg Boleh lentur Tongkat B
(a) Didapati tongkat A lebih baik daripada tongkat B. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? ............................................................................................. (b) Huraikan jawapan anda di 1(a) berdasarkan lima faktor berikut: (i) Bahan pembuatan (ii) Mesra pengguna (iii) Keselamatan (iv) Ergonomik (v) Harga [4 markah] [4 markah] [4 markah] [4 markah] [4 markah]
Skema Jawapan
(a) Didapati tongkat A lebih baik daripada tongkat B. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Setuju / Tidak bersetuju (b) Huraikan jawapan anda di 1(a) berdasarkan lima faktor berikut: Bagi jawapan SETUJU: (i) Bahan pembuatan Tongkat A diperbuat daripada bahan aloi aluminium yang lebih ringan (1). Warga emas dapat menggerakkan tongkat dengan mudah (1) kerana tidak memerlukan banyak tenaga (1). Warga emas tidak akan berasa letih (1). (ii) Mesra pengguna Tongkat A mudah dikendali (1) dan mudah dialih (1). Banyak tenaga dapat dijimatkan (1) semasa menggunakan tongkat ini. Oleh ini, tongkat A dapat dibawa ke mana-mana tempat (1). (iii) Keselamatan Tongkat A lebih stabil (1) kerana mempunyai empat kaki yang menstabilkan warga emas (1) ketika berjalan. Oleh itu, warga emas tidak mudah tergelincir (1) dan terjatuh semasa berjalan (1). (iv) Ergonomik Tongkat A adalah selesa digunakan (1) oleh warga emas kerana sesuai dengan keadaan fizikal warga emas (1). Warga emas tidak perlu memegang tongkat dengan kuat (1). Tangan tidak akan sakit (1). (v) Harga [4 markah] [4 markah] [4 markah] [4 markah]
Harga tongkat A lebih mahal (1) kerana tongkat A mempunyai kelebihan batang boleh dilaraskan (1) mengikut ketinggian yang dikehendaki. Harga tongkat A masih berpatutan (1) dan mampu dibeli oleh kebanyakan pengguna (1). Bagi jawapan TIDAK SETUJU: (i) Bahan pembuatan Tongkat B diperbuat daripada bahan keluli yang kuat. Oleh itu, tongkat B mampu menampung berat badan warga emas dan menstabilkan kedudukannya. Warga emas dapat berdiri dengan lebih lama. (ii) Mesra pengguna Tongkat B mudah dikendali. Tongkat B mudah dilentur untuk disimpan selepas habis digunakan. Oleh ini, tongkat A senang dibawa ke mana-mana tempat. [4 markah] (iii) Keselamatan Tongkat B adalah stabil kerana terdapat bahagian bawah tongkat B telah dipasang dengan penahan yang diperbuat daripada getah. Warga emas tidak mudah tergelincir dan terjatuh semasa menggunakan tongkat ini. (iv) Ergonomik Tongkat B adalah selesa digunakan oleh warga emas kerana sesuai dengan keadaan fizikal warga emas. Warga emas tidak perlu memegang tongkat dengan kuat. Tangan tidak akan sakit. (v) Harga Harga tongkat B lebih murah, berpatutan dan boleh diterima oleh kebanyakan pengguna. Oleh itu, tongkat B mampu dibeli oleh kebanyakan warga emas. [4 markah] [4 markah] [4 markah] [4 markah] [4 markah]
Rajah 2 menunjukkan dua reka bentuk tongkat untuk kegunaan warga emas yang memerlukan tongkat ketika berjalan.
Tongkat A Rajah 2
Tongkat B
Tongkat A Aloi aluminium Hitam berkilauan RM 100 0.4kg Boleh laras dari 71 hingga 93 cm bertali Keluli
(a) Berdasarkan dua reka bentuk tongkat pada Rajah 2, pilih satu reka bentuk tongkat yang sesuai digunakan oleh warga emas. ............................................................................................. (b) Huraikan jawapan anda di 2(a) berdasarkan lima spesifikasi yang diberikan. [20 markah]
Skema Jawapan ** Jawapan mesti satu spesifikasi satu perenggan. ** Terdapat 6 spesifikasi, pilih sekurang-kurangnya 5 spesifikasi yang ada. ** Spesifikasi tidak perlu ikut susunan. Pilih Tongkat A: Tongkat A diperbuat daripada bahan (1) aloi aluminium yang lebih ringan (1). Warga emas dapat menggerakkan tongkat dengan mudah (1) kerana tidak memerlukan banyak tenaga (1). Warga emas tidak akan berasa letih (1). Tongkat A menggunakan warna (1) hitam berkilauan yang menarik (1) dan berkelas (1). Warga emas yang menggunakan tongkat A akan merasakan diri mereka mempunyai citarasa yang tinggi (1). Harga (1) tongkat A lebih mahal (1) kerana tongkat A mempunyai kelebihan batang boleh dilaraskan (1) mengikut ketinggian yang dikehendaki. Harga tongkat A masih berpatutan (1) dan mampu dibeli oleh kebanyakan pengguna (1). Berat (1) tongkat A adalah 0.4kg. Tongkat A lebih ringan (1). Tenaga dapat dijimatkan semasa menggerakkan tongkat ini (1). Warga emas tidak akan cepat berasa letih (1). Batang (1) tongkat A boleh dilaraskan dari 71 hingga 93cm. Ketinggian tongkat dapat diubah mengikut kehendak warga emas (1). Warga emas tidak akan berasa susah dan letih (1). Ini adalah kerana warga emas tidak perlu membengkokkan badan semasa menggunakan tongkat ini (1).
Tongkat A mempunyai pemegang bertali (1) yang boleh digantung selepas habis digunakan (1). Warga emas dapat menyimpan tongkat dengan mudah (1). Ruang penyimpanan dapat dijimatkan (1).
Pilih Tongkat B: Tongkat B diperbuat daripada bahan keluli yang kuat. Oleh itu, tongkat B mampu menampung berat badan warga emas dan menstabilkan kedudukannya. Warga emas dapat berdiri dengan lebih lama. Tongkat B menggunakan warna coklat kemerahan yang menarik dan berkelas. Warga emas yang menggunakan tongkat A akan merasakan diri mereka mempunyai citarasa yang tinggi. Harga tongkat B lebih murah dan berpatutan. Oleh itu, tongkat B mampu dibeli oleh kebanyakan warga emas. Berat tongkat B adalah 0.5kg. Tongkat B lebih berat kerana diperbuat daripada keluli yang kuat. Oleh itu, tongkat A dapat menampung berat badan warga emas. Batang tongkat B boleh dilentur. Tongkat B mudah untuk disimpan. Tongkat B boleh dilentur untuk disimpan di dalam ruang seperti almari, laci dan rak . Ruang penyimpanan dapat dijimatkan. Tongkat B mempunyai pemegang berlampu yang dapat membekalkan cahaya semasa warga emas berjalan. Warga emas tidak akan terjatuh dalam keadaan yang gelap. Kecederaan akan dielakkan.