Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah
Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah
Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah
Memetik madah agung, George Santayana, seorang ahli sejarawan dunia, seseorang
yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Justeru, bertepatan dengan kata-kata
tersebut, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan dalam Sekolah Rendah. Terdapat
pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.
sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan
Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan.
Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana sesiapa yang
melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang menderhakai ibunya. Sehubungan dengan itu,
mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk
mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
Akhirnya, kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lampau melalui mata
pelajaran Sejarah. Sarwajagat mengakui, kuasa-kuasa imperialis dunia menguasai Tanah
Melayu silih berganti selama 446 tahun. Maka, dalam tempoh itu, kita ditekan dan ditindas
selayak binatang oleh penjajah durjana. Justeru, apabila negara sudah merdeka, kita mula
menyedari kepentingan sains dan teknologi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan kuasa-kuasa danawa dunia. Lantas, mengambil iktibar dari peristiwa silam, Malaysia
melestarikan teknologinya melalui Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya selaras dengan
Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. Atas prinsip, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,
Malaysia terus dikenali di seantero dunia. Maka, benarlah bahawa iktibar yang diperoleh
daripada pembelajaran Sejarah dapat memajukan negara.
Sumber : http://karanganessays.blogspot.com/2010/05/kebaikan-mempelajarimata-pelajaran.html