Kongres FIFA
Kongres FIFA ialah badan perundangan tertinggi Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak. (French: Fédération Internationale de Football Association), biasanya dikenali dengan singkatan FIFA /ˈfiːfə/. FIFA ialah badan pentadbiran sukan antarabangsa untuk bola sepak, futsal dan bola sepak pantai.
Kongress ini mungkin biasa atau luar biasa. Kongres biasa diadakan pada setiap tahun manakala kongres luar biasa diadakan pada bila-bila masa. Kongres luar biasa diadakan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA dengan sokongan satu per lima daripada ahli-ahli FIFA. [1] Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine
Setiap satu daripada 209 ahli FIFA mempunyai satu undian dalam kongres itu. Ahli-ahli FIFA boleh mencadangkan calon untuk jawatan presiden FIFA. Pilihan raya presiden FIFA berlaku di kongres itu pada tahun selepas Piala Dunia FIFA. [1]
Sejarah
suntingKongres FIFA diadakan setiap tahun sejak 1998. Sebelum ini ia diadakan dua tahun sekali. Kongres tidak diadakan antara tahun 1915–1922 dan 1939–1945 berikutan berlakunya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Pilihan raya presiden FIFA telah diadakan pada kongres yang pertama, ke-3, ke-12, ke-29, ke-30, ke-39, ke-51 dan ke-61. Stanley Rous telah dipilih sebagai presiden pada kongres luar biasa pada tahun 1961. [2]
Senarai Kongres
suntingBilangan Kongres | Tahun | Bandar |
---|---|---|
Pertama | 1904 | Paris |
Ke-2 | 1905 | |
Ke-3 | 1906 | Berne |
Ke-4 | 1907 | Amsterdam |
Ke-5 | 1908 | Vienna |
Ke-6 | 1909 | Budapest |
Ke-7 | 1910 | Milan |
Ke-8 | 1911 | Dresden |
Ke-9 | 1912 | Stockholm |
Ke-10 | 1913 | Copenhagen |
Ke-11 | 1914 | Christiana (Oslo) |
Ke-12 | 1923 | Geneva |
Ke-13 | 1924 | Paris |
Ke-14 | 1925 | Prague |
Ke-15 | 1926 | Rome |
Ke-16 | 1927 | Helsingfors |
Ke-17 | 1928 | Amsterdam |
Ke-18 | 1929 | Barcelona |
Ke-19 | 1930 | Budapest |
Ke-20 | 1931 | Berlin |
Ke-21 | 1932 | Stockholm |
Ke-22 | 1934 | Rome |
Ke-23 | 1936 | Berlin |
Ke-24 | 1938 | Paris |
Ke-25 | 1946 | Luxembourg |
Ke-26 | 1948 | London |
Ke-27 | 1950 | Rio de Janeiro |
Ke-28 | 1952 | Helsinki |
Ke-29 | 1954 | Berne |
Ke-30 | 1956 | Lisbon |
Ke-31 | 1958 | Stockholm |
Ke-32 | 1960 | Rome |
Ke-33 | 1962 | Santiago |
Ke-34 | 1964 | Tokyo |
Ke-35 | 1966 | London |
Ke-36 | 1968 | Guadalajara |
Ke-37 | 1970 | Mexico |
Ke-38 | 1972 | Paris |
Ke-39 | 1974 | Frankfurt |
Ke-40 | 1976 | Montreal |
Ke-41 | 1978 | Buenos Aires |
Ke-42 | 1980 | Zurich |
Ke-43 | 1982 | Madrid |
Ke-44 | 1984 | Zurich |
Ke-45 | 1986 | Mexico |
Ke-46 | 1988 | Zurich |
Ke-47 | 1990 | Rome |
Ke-48 | 1992 | Zurich |
Ke-49 | 1994 | Chicago |
Ke-50 | 1996 | Zurich |
Ke-51 | 1998 | Paris |
Ke-52 | 2000 | Zurich |
Ke-53 | 2002 | Seoul |
Ke-54 | 2004 | Paris |
Ke-55 | 2005 | Marrakesh |
Ke-56 | 2006 | Munich |
Ke-57 | 2007 | Zurich |
Ke-58 | 2008 | Sydney |
Ke-59 | 2009 | Nassau |
Ke-60 | 2010 | Johannesburg |
Ke-61 | 2011 | Zurich |
Ke-62 | 2012 | Budapest |
Ke-63 | 2013 | Mauritius |
Ke-64 | 2014 | São Paulo |
Ke-65 | 2015 | Zürich |
Ke-66 | 2016 | Mexico |
Kongres Luar Biasa
suntingKongres luar biasa telah diadakan pada tahun 1908 (Brussels), 1961 (London), 1999 (Los Angeles), 2001 (Buenos Aires) dan 2003 (Doha). [2] Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine
Lihat Juga
suntingRujukan
sunting- ^ "FIFA Congress". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-05. Dicapai pada 2015-02-12.
- ^ "FIFA presidential elections". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-08. Dicapai pada 2015-02-12.