Maghribi

negara berdaulat di Afrika Utara

Maghribi (Jawi: مغربي‎ - Arab: المملكة المغربية, rumi: Al-Mamlakat al-Maghribīyah; bahasa Amazigh piawai Maghribi: ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmeghrib) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean.

Kerajaan Maghribi
كراجاءن مغربي
المملكة المغربيةAl-Mamlakah al-Maghribīyyah
ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmaɣrib
Bendera Maghribi
Jata Maghribi
Bendera Jata
Cogan kata الله، الوطن، الملك  (Arab)
"Allāh, Al-Waṭan, Al-Malik"  (transliterasi)
"Allah, Negara, Raja"
Lagu kebangsaanAl-Nasyid al-Syarif
Ibu negaraRabat
34°02′N 6°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850
Bandar terbesarCasablanca
Bahasa rasmiArab
(Arab Maghribi adalah dialek utama)
Bahasa Barbar
(Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol juga digunakan)
KerajaanRaja berperlembagaan
• Raja
Moḥammed VI (محمد السادس, ⵎⵓⵃⵎⵎⴷ ⵡⵉⵙⵙ ⵚⴹⵉⵚ)
Aziz Akhannouch (عزيز أخنوش, ⵄⴰⵣⵉⵣ ⴰⵅⵏⵓⵛ)
Keluasan
• Jumlah
710,850 km2 (274,460 bt2)
or 446,550 km2[b]
(ke-40 atau ke-57)
• Perairan (%)
diabaikan
Penduduk
• Bancian Penduduk 2019
35,261,311[1]
73.1/km2 (189.3/sq mi)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$324.389 bilion[2]
$9,198[3]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$200.29 bilion[4]
$5,679[5]
HDI (2019)0.741[6]
tinggi
Mata wangDirham Maghribi
(MAD)
Zon waktuUTC (GMT[7])
• Musim panas (DST)
UTC+1 (GMT+1 (DST digantung sewaktu Ramadan) [8])
Arah memandukanan
Kod panggilan+212
Kod ISO 3166MA
DPT internet.ma
Semua data tidak termasuk Sahara Barat, kebanyakannya masih dibawah de facto kawalan pentadbiran Orang Maghribi.

Maghribi memiliki populasi lebih dari 35 juta orang, dengan keluasan 446,550 km2. Ibu kotanya ialah Rabat dan kota terbesarnya adalah Casablanca.[9] Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Namun begitu, kawasan dan sempadan selatannya mengalami pertikaian wilayah; Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Maghribi ialah sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, dan merupakan sebuah negara Islam secara rasmi. Maghribi ialah ahli sebilangan persatuan sedunia, termasuk Liga Arab, Kesatuan Afrika, Kesatuan Arab Maghrib, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.

Nama "Maghribi" ini merupakan kependekan daripada nama penuhnya dalam bahasa Arab iaitu Al-Mamlakah al-Maġribiyyah المملكة المغربية‎ yang bermaksud "Kerajaan Barat"; perkataan "barat" yang merupakan asas nama ini iaitu gharb غرب‎ sama akar dengan perkataan ghurūb غروب‎ yang bermaksud "matahari terbenam" (bandingkan dengan perkataan "maghrib"). Para ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghreb (المغرب العربي; al-Maġrib al-ʿArabī).[10]

Nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa lain (termasuk "Maroko" dalam baku Indonesia menyerap Belanda: Marokko) berasal daripada nama ibu kotanya yang dahulu Murrākusy (Arab: مُراكُش); kota tersebut berasal daripada ungkapan bahasa Berber (ⴰⵎⵓⵔ ⵏ ⴰⴽⵓⵛ; amur n akush) yang bermaksud "Tanah Tuhan".[11]

Sejarah

sunting

Kawasan Maghribi moden telah didiami oleh manusia sejak Zaman Neolitik, iaitu sekurang-kurang sejak 8000 SM ketika kawasan Maghrib adalah kurang kering berbanding dengan hari ini. Kebenaran ini telah diakui oleh tanda-tanda budaya Kapsian.

Banyak ahli-ahli teori mempercayai bahasa Berber mungkin tiba pada masa yang lebih kurang sama dengan pertanian (sila lihat Berber), dan diterimaguna oleh penduduk-penduduk di sana bersama-sama dengan pendatang-pendatang yang membawanya. Analisis genetik moden telah mengesahkan bahawa selain daripada kelompok etnik yang utama, iaitu Berber dan Arab, berbagai-bagai kaum yang lain telah menyumbang kepada penduduk-penduduk kini. Ini termasuk orang-orang Phoenicia, Yahudi Sephardi, serta Afrika Sub-Sahara.

Orang-orang Berber, yang sering dirujuk dalam lingkungan aktivis etnik moden sebagai "Amazigh," lebih biasa dikenali sebagai Berber sahaja, atau mengikut identiti etnik kawasan mereka, umpamanya Chleuh. Pada zaman klasik, Maghribi dikenali sebagai Mauretania, satu nama yang tidak harus dikelirukan dengan negara Mauritania moden.

Zaman pertengahan

sunting

Pada 1130, dinasti Muwahid telah ditubuhkan, dan pada 1147, menggulingkan dinasti Mullavid dan juga memerintah Andalus. Pada masa pemerintahan Yaqub Mansur III, dinasti Al-Muwahid meluaskan kekuasaannya hingga ke timur Libya, dan mendirikan wilayah terbesar yang meliputi kawasan Maghrib. Walau bagaimanapun, pada 1212, al-Muwahid dikalahkan dalam pertempuran Las Navas de Tolosa (juga pertempuran al-Uqab) oleh usaha Reconquista, dan kehilangan sebahagian besar Andalusia. Selepas itu, dinasti al-Muwahid terus merosot, dan jatuh pada 1269 apabila ia ditawan oleh puak Marin (Mariniyun).

Wangsa Marin menubuhkan ibu kota mereka di Fez, dan sering melakukan ekspedisi ke Andalusia untuk menundukkan Nasrid, tetapi mula jatuh pada separuh akhir abad ke-14, bermula dengan pertempuran Río Salado pada 1340. Pada 1465, sultan Marin terakhir, Abd al-Haqq II, akhirnya digulingkan dan dibunuh dalam pemberontakan di Fez, yang membawa kepada penubuhan pemerintahan Wattasid langsung ke atas sebahagian besar Maghrib.[12]

Sementara itu, di selatan, sebuah dinasti baru muncul, dinasti Saad yang merampas Marrakesh pada 1524 dan menjadikannya ibu kota mereka. Ketika masih mengiktiraf kuasa Wattasid, kuasa Saad yang semakin meningkat menyebabkan Wattasid menyerang mereka dan, selepas pertempuran yang tidak pasti, mengiktiraf pemerintahan mereka ke atas selatan Maghribi pada 1536.[13] Pada pertengahan abad-16, pihak Saad berjaya mengalahkan penguasaan Portugis serta menawan Fez, dan seterusnya menggulingkan Wattasid, dan menjadi penguasa utama Maghrib.[14]

Walau bagaimanapun, memasuki abad ke-17, perebutan pewarisan takhta menyebabkan dinasti Saad merosot cepat, dan runtuh pada 1659. Pada 1660, dinasti Alawi telah diasaskan, dan masih ada hingga hari ini, bermula dengan Mawlay al-Sharif pada 1631. Anakandanya, Al-Rasyid, yang memerintah dari 1664 hingga 1672, berjaya menyatukan Maghrib yang berada dalam tempoh perpecahan panjang akibat kelemahan Saadi. Saudaranya, Isma'il mempengerusikan tempoh pemerintahan pusat yang kuat antara 1672 dan 1727, salah satu tempoh pemerintahan paling lama dalam sejarah monarki Maghribi. Selepas kemangkatan Isma'il, Maghrib menjadi kucar-kacir akibat perebutan takhta, tetapi keamanan berjaya ditubuhkan semula di bawah pemerintahan panjang Muhammad ben Abdallah (Muhammad III) pada separuh kedua abad ke-18. Muhammad III, pada 1777, menjadi pemerintah pertama dunia yang mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat.[15]

Selepas kemangkatan Muhammad III, kawasan Maghrib mengalami ketidakstabilan, tatkala pewarisnya cuba untuk menerbalikkan reformasi Muhammad III dalam menentang pengaruh Eropah.[16] Sesetengah pihak menetapkan isu ini berpunca daripada Perang Napoleon, dengan Perancis dan Sepanyol mengancam Maghribi supaya tidak memihak kepada mana-mana pihak.[13]

Perluasan pengaruh Eropah

sunting

Bermula dengan penaklukan Perancis ke atas Algeria pada 1830, kestabilan Maghrib mula tergugat. Bantahan meluas rakyat Algeria menentang Perancis menyebabkan Maghrib membenarkan bantuan dan senjata kepada gerakan penentangan Emir Abd al-Qadir. Namun begitu, penguasa Abd al-Rahman (juga Abderrahmane; berkuasa 1822–1859) enggan memberikan alasan kukuh kepada Perancis untuk menyerang Maghrib, dan berjaya mengekalkan kedudukan berkecuali ini sehingga 1844, apabila baginda terpaksa memberikan perlindungan kepada Abd al-Qadir di Maghrib. Pihak Perancis kemudian menumpaskan tentera Maghrib secara menyeluruh dalam Pertempuran Isly. Selepas itu, Maghribi menandatangani Konvensyen Lalla Maghnia pada 18 Mac 1845, mengiktiraf kuasa Perancis di Afrika.

Pada bahagian akhir abad ke-19, ketidakstabilan mengakibatkan peningkatan campur tangan Eropah dalam melindungi pelaburan dan menuntut konsesi ekonomi. Sultan Hassan I mendukung Persidangan Madrid pada 1880 sebagai tindak balas terhadap penyalahgunaan sistem protegé oleh Perancis dan Sepanyol, tetapi hasilnya ialah peningkatan kehadiran Eropah di Maghribi— dalam bentuk penasihat, doktor, ahli perniagaan, pengembara, dan juga mubaligh.[17][18]

Geografi

sunting

Maghribi berpesisiran dengan Lautan Atlantik, dan memanjang ke Selat Gibraltar sebelum memasuki Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Sepanyol di utara serta Algeria di timur. Di selatan pula terletaknya Sahara Barat, tetapi memandangkan kebanyakan kawasan Sahara Barat dikawal Maghribi, secara de facto, Maghribi bersempadan dengan Mauritania. Ibu negara Maghribi ialah Rabat, dengan kota pelabuhan Casablanca merupakan bandar terbesar negara. Bandar-bandar utama lain di Maghribi termasuk Fes dan Marrakesh.

Kebanyakan kawasan Maghribi adalah bergunung-ganang, dengan kawasan tenggara negara terletak dalam Gurun Sahara. Pergunungan Atlas membentang dari utara tengah ke barat daya dengan panjang sekitar 1,350 kilometer, dan merupakan tulang belakang negara. Di sebelah utara Pegunungan Atlas, ada Pergunungan Rif, banjaran yang terbit dari pergunungan Sierra Nevada di Andalusia, Sepanyol. Pergunungan ini mencecah panjang sekitar 250 kilometer dari Tanjah di barat ke Nador ke arah timur.[19]

Sementara kawasan utara negara memiliki iklim Mediterranean, kawasan tenggara dan selatan negara pula memiliki iklim gurun.

Politik

sunting

Raja Maghribi ditakrifkan sebagai ketua negara Maghribi dengan seorang Perdana Menteri (kini Aziz Akhannouch) bertindak sebagai ketua kerajaan. Berdasarkan perlembagaan, raja memiliki kuasa-kuasa istiadat serta kuasa-kuasa politik lain. Antara kuasa-kuasanya ialah melantik Perdana Menteri, mengetuai mesyuarat kabinet serta melantik wakil-wakil rakyat. Raja terkini, Muhammad VI merupakan keturunan dinasti Alawi yang memerintah sejak 1660-an, dan dikatakan merupakan wangsa keturunan Nabi Muhammad SAW melalui Hassan bin Ali.[20]

Bahagian perundangan Maghribi merupakan sistem dwidewan yang terdiri daripada Perhimpunan Perwakilan (325 kerusi) dan Perhimpunan Kaunselor (270 kerusi).

Pembahagian pentadbiran

sunting
 
12 kawasan rasmi Maghribi, dengan nama asli mereka dalam bahasa Berber.

Di Maghribi, negara dibahagikan 12 kawasan, dan dibahagikan lagi kepada 75 subwilayah: 13 wilayah dan 62 provinsi.[21] Setiap wilayah/provinsi dibahagikan lagi kepada arondisemen (hanya di beberapa wilayah metropolitan), komun atau komun urban di kawasan bandar lain, dan daerah di kawasan luar bandar. Daerah dibahagikan kepada komun desa.

Ekonomi

sunting

Ekonomi Maghribi dianggap sebagai ekonomi yang agak liberal, dikawal oleh undang-undang permintaan dan penawaran. Sejak 1993, Maghribi telah mengikut dasar penswastaan sektor ekonomi tertentu yang dahulunya berada di tangan kerajaan.[22] Maghribi telah menjadi pemain utama dalam hal ehwal ekonomi Afrika,[23] dan merupakan ekonomi Afrika ke-5 terbesar mengikut KDNK (PPP). Forum Ekonomi Dunia meletakkan Maghribi sebagai ekonomi paling berdaya saing pertama di Afrika Utara, dalam Laporan Daya Saing Afrika 2014–2015.[24]

Sektor perkhidmatan menyumbang lebih separuh daripada KDNK. Sektor industri– terdiri daripada perlombongan, pembinaan dan pembuatan – merupakan suku tambahan. Sektor yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi ialah sektor pelancongan, telekomunikasi dan tekstil. Maghribi, bagaimanapun, masih bergantung pada tahap yang sangat tinggi pada pertanian, yang menyumbang kira-kira 14% daripada KDNK tetapi menggaji 40–45% daripada penduduk Maghribi. Dengan iklim separuh gersang, sukar untuk memastikan hujan yang baik dan KDNK Maghribi berbeza-beza bergantung pada cuaca. Berhemat fiskal telah membolehkan penyatuan, dengan defisit belanjawan dan hutang jatuh sebagai peratusan KDNK.

Sistem ekonomi negara dicirikan oleh pembukaan yang besar terhadap dunia luar. Di dunia Arab, Maghribi mempunyai KDNK bukan minyak kedua terbesar, di belakang Mesir, setakat 2017.

Pelancongan

sunting
 
Bilangan pelancong antarabangsa di Maghribi

Pelancongan di Maghribi berkembang dengan baik, mengekalkan industri pelancongan yang kukuh yang tertumpu pada pantai, budaya dan sejarah negara. Kerajaan Maghribi mewujudkan Kementerian Pelancongan pada 1985.[25] Pelancongan dianggap sebagai salah satu sumber pertukaran asing utama di Maghribi dan sejak 2013 ia mempunyai jumlah ketibaan tertinggi keluar dari negara-negara di Afrika.[26] Pada 2018, 12.3 juta pelancong dilaporkan telah melawat Maghribi.[27]

Demografi

sunting

Maghribi memiliki jumlah penduduk seramai 35,276,786 orang (anggaran 2016),[28] dengan kira-kira 41%[29] hingga 80% penduduk memiliki darah keturunan Berber.[30] Sebahagian besar populasi terdaftar sebagai Haratin dan Gnawa (juga Gnaoua), keturunan para hamba abdi trans-Sahara Afrika Barat atau kacukan, dan Morisco, masyarakat Muslim Eropah yang diusir dari Sepanyol dan Portugal pada abad ke-17.[31]

 
Masjid Ben Salah, Marrakesh.

Berdasarkan penyelidikan Pew, keseluruhan populasi secara am (99%) beragama Islam, dengan agama-agama lain meliputi kurang 1% penduduk negara.[32] Secara keseluruhan, umat Islam negara adalah Sunni, dengan penganut Syiah adalah kurang 0.1%.[33]

Kebanyakan komuniti Katolik dan Protestan yang biasanya merupakan penduduk asing terdiri daripada kira-kira 40,000 ahli pengamal. Kebanyakan penduduk Kristian asing tinggal di kawasan bandar Casablanca, Tangier, dan Rabat. Berbilang pembesar Kristian tempatan menganggarkan bahawa antara 2005 dan 2010, terdapat 5,000 warganegara yang memeluk Kristian (kebanyakan etnik Berber) yang kerap menghadiri gereja "rumah" dan kebanyakannya tinggal di selatan negara.[34] Sebelum merdeka, Maghribi menempatkan kira-kira 500,000 orang Kristian, kebanyakannya berketurunan Sepanyol dan Perancis. Ramai warga Kristian berhijrah ke Sepanyol atau Perancis selepas kemerdekaan pada 1956.[35]

Prasarana

sunting

Pendidikan

sunting
 
Universiti Al Akhawayn di Ifrane.

Sistem pendidikan di Maghribi terdiri daripada peringkat prasekolah, rendah, menengah dan pengajian tinggi. Pendidikan sekolah diselia oleh Kementerian Pendidikan Kebangsaan, dengan penurunan yang besar ke peringkat wilayah. Pendidikan tinggi terletak di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Latihan Eksekutif.

Kehadiran sekolah diwajibkan sehingga umur 13 tahun. Kira-kira 56% orang muda mendaftar dalam pendidikan menengah, dan 11% berada dalam pendidikan tinggi. Kerajaan telah melancarkan beberapa kajian semula dasar untuk meningkatkan kualiti dan akses kepada pendidikan, dan khususnya untuk menangani masalah buta huruf yang berterusan. Sokongan telah diperoleh daripada beberapa organisasi antarabangsa seperti USAID, UNICEF dan Bank Dunia. Laporan baru-baru ini selepas kerajaan baharu ditubuhkan pada 2017 telah mewajibkan Bahasa Arab serta Bahasa Perancis di Sekolah Awam.

Pengangkutan

sunting

Terdapat sekitar 56,986 km (35,409 bt) jalan raya (kebangsaan, kawasan dan wilayah) di Maghribi.[36] Selain 1,808 km (1,123 bt) lebuh raya (Ogos 2016).[37]

Rangkaian kereta api berkelajuan tinggi TanjahCasablanca menandakan peringkat pertama pelan induk kereta api berkelajuan tinggi ONCF, selaras dengan lebih 1,500 km (930 bt) laluan kereta api baharu akan dibina menjelang 2035. Kereta api berkelajuan tinggi - TGV - akan mempunyai kapasiti 500 penumpang dan akan membawa 8 juta penumpang setahun. Kerja-kerja projek Rel Berkelajuan Tinggi telah dimulakan pada September 2011.[38] Pembinaan infrastruktur dan penghantaran peralatan kereta api akan berakhir pada 2014 dan HSR akan beroperasi menjelang Disember 2015.[39]

 
Laluan Auto A3 (RabatCasablanca, 95 km)

Kebudayaan

sunting

Bahasa

sunting

Maghribi memiliki dua bahasa rasmi: bahasa Arab serta bahasa Barbar baku. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat, rata-rata penduduk bertutur dalam dialek Magribi, juga dikenali sebagai Darija.[12] Kira-kira 26%[12] penduduk bertutur satu bahasa Barbar, termasuk jenis Tarifit, Tamazight dan Tashelhit.[40][41] Bahasa asing, terutamanya bahasa Perancis, Inggeris dan Sepanyol juga ditutur di kawasan bandar seperti Tangier dan Casablanca. Pencampuran bahasa dalam pertuturan adalah lazim dalam masyarakat dan media Maghribi.[42]

Masakan

sunting
 
Lokasi Maghribi

Masakan Maghribi (Jawi: ماسقن مغربي; Arab: المطبخ المغربي) merupakan masakan Maghribi, didorong oleh interaksi dan pertukaran dengan banyak budaya dan negara selama berabad-abad.[43] Masakan Maghribi biasanya merupakan campuran masakan Arab, Barbar, Andalusi, dan Mediterranean, dengan pengaruh Eropah (Perancis dan Sepanyol) dan sub-Sahara yang minimum.[44] Seperti masakan Maghrebi yang lain, masakan Maghribi mempunyai lebih banyak persamaan dengan masakan Timur Tengah berbanding dengan seluruh Afrika.[45]

Menurut cef Maghribi dan penyelidik masakan Hossin Houari, jejak masakan Maghribi tertua yang masih boleh diperhatikan hari ini, kembali ke abad ke-7 SM.[46]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Note sur les premiers résultats du Recensement Général de la Population et de l'Habitat 2019". Haut Commissariat au Plan. 2019. Dicapai pada 22 Disember 2015.
  2. ^ "Morocco – GDP (PPP based)". Knoema.
  3. ^ "Morocco – GDP per capita (PPP based)". Knoema.
  4. ^ "Morocco – GDP". Knoema.
  5. ^ "Morocco – GDP per capita". Knoema.
  6. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  7. ^ L'horaire d'été (GMT+1) maintenu jusqu'au 27 octobre 2013, Ministère de la Fonction Publique et de la Modernisation de l'Administration. Dicapai pada 20 Januari 2017.
  8. ^ https://support.microsoft.com/en-us/help/4023136/2017-morocco-ramadan-dst-changes
  9. ^ Jamil M. Abun-Nasr (20 Ogos 1987). A History of the Maghrib in the Islamic Period. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-33767-0.
  10. ^ Yahya, Dahiru (1981). Morocco in the Sixteenth Century. Longman. m/s. 18.
  11. ^ Nanjira, Daniel Don (2010). African Foreign Policy and Diplomacy From Antiquity to the 21st Century. ABC-CLIO. m/s. 208.
  12. ^ a b c Bosworth, Clifford Edmund (2004). "The Marīnids". The New Islamic Dynasties: A Chronological and Genealogical Manual. Edinburgh University Press. ISBN 9780748621378.
  13. ^ a b Bennison, Amira K. (2007). "ʿAlawī dynasty". Dalam Fleet, Kate; Krämer, Gudrun; Matringe, Denis; Nawas, John; Rowson, Everett (penyunting). Encyclopaedia of Islam, Third Edition. Brill. ISBN 9789004150171.
  14. ^ Rivet, Daniel (2012). Histoire du Maroc: de Moulay Idrîs à Mohammed VI. Fayard.
  15. ^ Capitalizing on the Morocco-US Free Trade Agreement: A Road Map for Success. 2009. ISBN 9780881325812. Dicapai pada 21 September 2016.
  16. ^ R., Pennell, C. (2013). Morocco : From Empire to Independence. Oneworld Publications. m/s. 112. ISBN 978-1-78074-455-1. OCLC 891448295.
  17. ^ Gilson Miller, Susan (2013). A History of Modern Morocco. Cambridge University Press. ISBN 9781139619110.
  18. ^ Wyrtzen, Jonathan (2015). "The Sultan-cum-King and the Field's Symbolic Forces". Making Morocco: Colonial Intervention and the Politics of Identity. Cornell University Press. m/s. 248–272. ISBN 9781501704246.
  19. ^ "POPULATION LÉGALE DES RÉGIONS, PROVINCES, PRÉFECTURES, MUNICIPALITÉS, ARRONDISSEMENTS ET COMMUNES DU ROYAUME D'APRÈS LES RÉSULTATS DU RGPH 2014" (dalam bahasa Arab dan Perancis). High Commission for Planning, Morocco. 8 April 2015. Dicapai pada 29 September 2017.
  20. ^ Rézette, Robert (1975). The Western Sahara and the Frontiers of Morocco (dalam bahasa Inggeris). Nouvelles Editions Latines. m/s. 47. Moulay Rachid who really founded the dynasty in 1664, was born in Tafilalet of a family that had come from Arabia
  21. ^ "Décret fixant le nom des régions" (PDF). Portail National des Collectivités Territoriales (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 11 Julai 2015.
  22. ^ Leonard, Thomas M. (2006). Encyclopedia of the Developing World. Taylor & Francis. m/s. 1085. ISBN 0-415-97663-4.
  23. ^ "Morocco major economic player in Africa, researcher". moroccobusinessnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 30 Ogos 2018.
  24. ^ "The World Economic Forum". The World Economic Forum – Error 404. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2010. Dicapai pada 11 Jun 2015.
  25. ^ Hudman, Lloyd E.; Jackson, Richard H. (2003). Geography of Travel & Tourism (dalam bahasa Inggeris). Cengage Learning. ISBN 0766832562.
  26. ^ "The Most Visited Countries in Africa".
  27. ^ Bazza, Tarek (23 Januari 2019). "Over 12 Million Tourists Visited Morocco in 2018, Up 8% from 2017". Morocco World News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2019.
  28. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  29. ^ "Berber people". Dicapai pada 30 Ogos 2017.
  30. ^ Tej K. Bhatia; William C. Ritchie (2006). The Handbook of Bilingualism. John Wiley & Sons. m/s. 860. ISBN 978-0631227359. Dicapai pada 9 September 2017.
  31. ^ "Haratin (social class)". Britannica Online Encyclopedia.
  32. ^ "Religious Composition by Country" (PDF). Global Religious Landscape. Pew Forum. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Mac 2013. Dicapai pada 9 Julai 2013.
  33. ^ "Morocco". The World Factbook. Central Intelligence Agency. 12 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  34. ^ United Nations High Commissioner for Refugees. "Refworld – Morocco: General situation of Muslims who converted to Christianity, and specifically those who converted to Catholicism; their treatment by Islamists and the authorities, including state protection (2008–2011)". Refworld.
  35. ^ F. Nyrop, Richard (1972). Area Handbook for Morocc. University of Illinois Urbana-Champaign. m/s. 97. ISBN 9780810884939.
  36. ^ "Le Secteur Routier" (PDF). mtpnet.gov.ma. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Mei 2011. Dicapai pada 2 Jun 2010.
  37. ^ (dalam bahasa Perancis) Les Autoroutes du Maroc. Adm.co.ma. Dicapai pada 29 Julai 2013. Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine
  38. ^ Radio France Internationale. "Maroc : inauguration des travaux du premier TGV d'Afrique en présence de Nicolas Sarkozy". Radio France Internationale. Dicapai pada 16 Oktober 2011.
  39. ^ "Morocco to Launch High Speed Train". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2010. Dicapai pada 2 Jun 2010.
  40. ^ Yassir, Malahakch (Januari 2016). "Diglossic Situations in Morocco: Extended diglossia as a sociolinguistic situation in Er-rich" (dalam bahasa Inggeris). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  41. ^ "عصِيد: باحثُو الإحصاء يطرحون "سؤال الأمازيغيَّة" بطرق ملتويَة". Hespress – هسبريس جريدة إلكترونية مغربية (dalam bahasa Arab). 8 September 2014. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  42. ^ News, Morocco World (12 Februari 2014). "Morocco: Code switching and its social functions". Morocco World News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Oktober 2019.
  43. ^ "The Art of Moroccan Cuisine". 10 Oktober 2007.
  44. ^ Howard, Herbert (30 Oktober 2013). Ultimate African Travel - Morocco (dalam bahasa Inggeris). Herbert Howard.
  45. ^ McCann, Jennifer (22 Januari 2011). Vegan Lunch Box Around the World (Large Print 16pt) (dalam bahasa Inggeris). ReadHowYouWant.com. m/s. 29. ISBN 978-1-4596-0917-4.
  46. ^ "Best Moroccan Chefs honored on a TV program, interview with Hossin Houari" (dalam bahasa Arab dan Arab Maghribi). 21 Januari 2019.

Pautan luar

sunting

Koordinat: 34°02′N 06°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy