Daerah Beaufort
Beaufort | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | بعوفورت |
Etimologi: Diambil daripada Gabenor bernama Leicester P. Beaufort | |
Cogan kata: Berkhidmat Untuk Masyarakat | |
Koordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°EKoordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Pedalaman |
Pusat pentadbiran | Beaufort |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Beaufort |
• Pegawai Daerah | Mohd Shaid Hj. Othman |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,735 km2 (670 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 75,716 |
• Kepadatan | 44/km2 (110/batu persegi) |
Zon waktu | MST |
Kod kawasan | 087 |
Nombor plat | SB |
Laman sesawang | mdbft.sabah.gov.my/ ww2.sabah.gov.my/pd.bft/ |
Beaufort merupakan sebuah daerah di negeri Sabah, Malaysia. Daerah Beaufort terletak di barat laut Bahagian Pedalaman dan berkeluasan 1,735 kilometer persegi. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Beaufort. Antara bandar dan pekan lain termasuklah Membakut, Weston, Kota Klias, Gadong, Padas Damit, Limbawang, Bukau dan Lingkungan.[2]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut. Daerah ini bersempadan dengan daerah Sipitang di selatan, Daerah Kuala Penyu di sebelah barat, Daerah Tenom di timur dan Daerah Papar di utara. Bentuk muka bumi daerah Beaufort kebanyakannya merupakan bertanah pamah dan rata, terutamanya di bahagian utara dan tengah daerah yang berdekatan dengan pantai. Kawasan berbukit dan tanah tinggi lebih tertumpu di kawasan tenggara daerah dengan maksimum ketinggian lebih 1,100 meter atas aras laut.[3]
Antara jalan raya utama yang menghubungkan daerah ini ialah Laluan Persekutuan 1 dan Laluan Persekutuan 502
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Majlis Daerah Beaufort
[sunting | sunting sumber]Daerah Beaufort ditadbir oleh Majlis Daerah Beaufort. Daerah Beaufort di bahagikan kepada 8 (lapan) mukim berdasarkan kepada persempadanan pilihanraya bagi kawasan N.32 Klias dan N.34 Lumadan.
Mukim
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan bilangan kampung bagi setiap mukim:
Kawasan N.32 Klias
- Mukim Kota Klias 10 buah kampung
- Mukim Limbawang 13 buah kampung
- Mukim Montenior 5 buah kampung
- Jumlah 28 buah kampung
Kawasan N.34 Lumadan
- Mukim I 9 buah kampung
- Mukim II 7 buah kampung
- Mukim III 20 buah kampung
- Mukim IV 6 buah kampung
- Mukim V 11 buah kampung
- Jumlah 53 buah kampung
Demografi penduduk
[sunting | sunting sumber]Etnik
[sunting | sunting sumber]Jumlah penduduk sekitar Beaufort
[sunting | sunting sumber]Menurut sumber statistik tahun 2020, jumlah populasi penduduk di sekitar Beaufort mempunyai penduduk seramai 75.716 orang. Majoriti penduduk Beaufort adalah dari suku kaum Bisaya, Kedayan dan Melayu Brunei. Juga terdapat suku kaum Murut, Cina, Lun Bawang/Lun Dayeh dan Kadazan-Dusun yang menetap di dalam daerah ini.[4]
Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Beaufort pada tahun 2010 dan 2020 mengikut kumpulan etnik;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Melayu | Kadazan/Dusun | Bajau | Murut | Bumiputera Lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan Warganegara Malaysia | Jumlah Keseluruhan |
2010[5] | 13,425 | 11,060 | 3,346 | 1,660 | 25,774 | 3,671 | 138 | 1,328 | 3,948 | 64,350 |
2020 | 17,546 | 14,124 | 3,376 | 2,092 | 27,730 | 4,196 | 114 | 535 | 6,003 | 75,716 |
Jantina
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Beaufort pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Jantina[5] | |||
---|---|---|---|
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah |
2010 | 6,495 | 6,247 | 12,742 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "Majlis Daerah Beaufort". mdbeaufort.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-03-10.
- ^ "Beaufort topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-10.
- ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-06. Dicapai pada 2020-02-14.
- ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2020-03-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)