Pergi ke kandungan

Aeneid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Aeneid 
oleh Virgil
Manuskrip dari sekitar 1470, Cristoforo Majorana
Tajuk asalAENEIS
Ditulis29–19 SM
Terbitan pertama19 SM
NegaraRepublik Rom
BahasaLatin Klasik
SubjekKitaran Epik, Perang Troia, Pengasasan Rom
GenrePuisi epik
MatraSadmatra daktilik
Tarikh penerbitan1469
Penerbitan bahasa Melayu1697; 328 tahun yang lalu (1697)
Jenis mediaManuskrip
Baris9,896
DidahuluiGeorgica
Baca dalam talianAeneid at Wikisource
Aeneas Lari dari Troia yang Terbakar, oleh Federico Barocci (1598). Galeri Borghese, Rom, Itali
Peta perjalanan fiksyen Aeneas

Aeneid (Latin: Aenēĭs [ae̯ˈneːɪs] atau [ˈae̯neɪs]; Jawi: ايـنـيـيـد) ialah puisi epik Latin yang menceritakan kisah legenda Aeneas, seorang Troia yang lari semasa kejatuhan Troia dan mengembara ke Itali, di mana dia menjadi moyang bangsa Rom. Ditulis oleh penyair Rom Virgil antara tahun 29 dan 19 SM, Aeneid terdiri daripada 9,896 baris dalam sadmatra daktilik.[1] Enam buku pertama daripada dua belas buku puisi ini menceritakan kisah pengembaraan Aeneas dari Troia ke Itali, dan enam buku yang seterusnya menceritakan peperangan yang akhirnya dimenangi oleh orang Troia menentang orang Latin, dengan Aeneas dan para pengikutnya akan menjadi moyang orang Rom.

Aeneas sudah dikenali sebagai seorang wira dalam legenda dan mitos Yunani-Rom, serta seorang watak dalam Iliad. Virgil mengambil kisah-kisah terputus tentang pengembaraan Aeneas, cerita-cerita rakyat tentang pengasasan Rom olehnya dan sifatnya sebagai seseorang yang berprinsip dan berbakti—pietas dalam bahasa Latin—dan membentuk Aeneid kepada mitos pengasasan atau epik negara yang menghubungkan Rom dengan legenda Troia, menjelaskan Perang Punic, mengangkat nilai-nilai tradisional Rom, dan mengesahkan dinasti Julius-Claudius sebagai keturunan para pengasas, pahlawan, dan dewa Rom dan Troia.

Aeneid secara meluas dianggap sebagai mahakarya Virgil dan salah satu karya teragung kesusasteraan Latin.[2][3]

  1. ^ Gaskell, Philip (1999). Landmarks in Classical Literature. Chicago: Fitzroy Dearborn. m/s. 161. ISBN 1-57958-192-7.
  2. ^ Aloy, Daniel (22 May 2008). "New translation of 'Aeneid' restores Virgil's wordplay and original meter". Cornell Chronicle. Dicapai pada 5 December 2016.
  3. ^ Damen, Mark (2004). "Chapter 11: Vergil and The Aeneid". Dicapai pada 5 December 2016.

Bibliography

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy