Pergi ke kandungan

Angela Merkel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angela Merkel
Merkel pada Februari 2015
Dalam jawatan
22 November 2005 – 8 Disember 2021
PresidenHorst Köhler
Christian Wulff
Joachim Gauck
Frank-Walter Steinmeier
Didahului olehGerhard Schröder
Digantikan olehOlaf Scholz
Maklumat peribadi
Lahir
Angela Dorothea Kasner

(1954-07-17) 17 Julai 1954 (umur 70)
Hamburg, Jerman Barat
Parti politikKesatuan Demokratik Kristian
PasanganUlrich Merkel (cerai)
Joachim Sauer
TandatanganTandatangan

Angela Dorothea Merkel (nama lahir: Angela Dorothea Kasner pada 17 Julai 1954) adalah Kanselor Jerman ke-43 dari 2004 sampai 2021.

Dilahirkan di Hamburg, Merkel pindah dan dibesarkan di Templin, Brandenburg yang terletak di dalam bekas Jerman Timur sewaktu berusia beberapa bulan. Ini disebabkan ayahnya iaitu seorang pendeta dipindahkan tugasnya ke situ. Beliau kemudian dibesarkan dalam tradisi Jerman Timur termasuk ketika Tembok Berlin didirikan pada Mei 1961. Sejak kecil bakatnya menonjol dalam bidang fizik, matematik, dan bahasa. Setelah tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah 1973-1978) untuk bidang Teori Fizik di Universiti Leipzig. Gelaran Doktornya (Dr. rer.nat, PhD) diperoleh pada tahun 1986 dengan thesisnya tentang Pemecutan partikel dengan hidrokarbon sederhana.

Pada tahun 1989, beliau terlibat dalam gerakan demokrasi. Seiring dengan runtuhnya Tembok Berlin, Merkel kemudian memperoleh pekerjaan dengan Jabatan Penerangan dan ia menjadi ahli kepada Parti Demokratik Kristian Bersepadu(CDU: Christlich Demokratische Union Deutschlands yang konservatif beberapa bulan sebelum penggabungan Jerman terwujud. Turunnya Canselor Helmut Kohl sekaligus sebagai Ketua CDU menjadikan kerjaya politiknya semakin bersinar.

Dalam tahun 1991-1994, Merkel menjawat jawatan "Menteri Wanita dan Pemuda". Selepas itu (1994-1998), sebagai "Menteri Alam Sekitar dan Keselamatan Reaktor Nuklear" dalam kabinet Canselor Helmut Kohl. Kemudian beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung CDU. Selanjutnya sebagai Ketua CDU. Beliau telah mencatatkan beberapa rekod, seperti perempuan pertama yang memimpin CDU dan penganut fahaman Protestan di tengah majoriti anggota parti yang Katolik.

Kekalahan Parti Demokratik Sosial (SPD) pimpinan Canselor Gerhard Schröder pada pilihanraya umum negeri ketika bulan Mei 2005 di North Rhine-Westphalia yang merupakan pendukung tradisional SPD membuat langkah Schroeder meminta pelaksanaan pilihanraya umum persekutuan. Presiden Horst Kohler kemudian membubarkan kabinet pada bulan Juli 2005 dan diputuskan pilihanraya umum diadakan pada 18 September 2005. Pada pilihanraya umum itu, CDU meraih 226 kerusi parlimen dan sebanyak 222 kerusi diraih oleh SPD. Kedua parti ini kemudian sepakat membangun kerajaan gabungan besar (Große Koalition).

Setelah memenangi undian di Bundestag (Parlimen Jerman) pada 22 November 2005, beliau secara rasmi menjawat jawatan sebagai Canselor Jerman. Dari 614 suara, beliau meraih 397 suara menyokong, berbanding 202 suara menolak dan 12 tidak mengundi. Dengan kemenangan tersebut, beliau tercatat sebagai pemimpin kerajaan Jerman yang kelapan sejak berakhirnya Perang Dunia II. Beliau menggantikan Gerhard Schroeder yang tujuh tahun berkuasa bersama SPD dan Parti Hijau (Greens).

Merkel telah beberapa kali berkahwin. Perkawinannya dengan ahli fizik Ulrich Merkel berakhir tahun 1981. Juga perkahwinan keduanya dengan ahli kimia gagal pada tahun 1983. Perkahwinan ketiganya baru dilakukan setelah ia hidup bersama selama lebih dari satu dekad dengan Profesor Joachim Sauer yang seorang ahli kimia di Humboldt University (Berlin). Perkahwinan itu dilakukan setelah seorang kardinal konservatif mengkritik gaya hidupnya yang sukar diterima di dalam partinya yang konservatif dan mementingkan nilai-nilai kekeluargaan dan perkahwinan. "Kami telah berkahwin," demikian bunyi sebuah iklan kecil di akhbar harian Frankfurter Allgemeine Zeitung bertarikh 30 Disember 1998. Tiada yang hadir dalam majlis tersebut, baik ibubapa mahupun para sahabatnya. "Yang penting adalah saya dan suami tahu itu terjadi," kata Merkel seperti dilaporkan oleh Reuters.


Penyandang Terdahulu Canselor Jerman Penyandang Kemudian
Gerhard Schröder Olaf Scholz

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy