Pergi ke kandungan

Arsenik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arsenik yang digali dari bawah tanah. Hanya kawasan hitam di tengah ialah arsenik.

Arsenik (Jawi: ارسنيک), berangan (Jawi: براڠن) atau warangan[1](Jawi: وارڠن) ialah sejenis unsur kimia dengan simbol As, nombor atom 33 dan jisim atom relatif 74.92. Unsur metaloid ini diguna­kan untuk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik dan sebagainya.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Kata warangan ataupun warang adalah istilah Jawa untuk unsur kimia tersebut. Sebutan Melayunya berangan pula merujuk khusus pada racun tikus yang diperbuat daripada bahan ini. Kata warangan dan berangan ini datang dari akar kata Melayu Polineisa Barat, *baraŋan₃.[2]


  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "warang, warangan". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 645 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ Robert Blust; Stephen Trussel (2010). "*baraŋan₃". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 5 Disember 2022.
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy