Azzam Sham
Azzam Sham | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham 29 Jun 1997 |
Pendidikan | Diploma Muzik (Vokal) |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2009–kini |
Pasangan | Sheryl Shazwanie (k. 2022) |
Anak-anak | 1 |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait |
|
Muhammad Azzammuddin Lop Hisham atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham (lahir 29 Jun 1997) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2][3] Beliau ialah Naib Juara bagi rancangan realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim kedua 2009 dan Idola Kecil Ultra pada 2014 di TV9. Pada tahun 2020, Azzam merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga di mana beliau berjaya merangkul gelaran juara.[4][5]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Azzam Sham dilahirkan pada 29 Jun 1997. Dibesarkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, Azzam merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Lop Hisham Piai dan Yusnita Yusop. Adik-beradik beliau ialah Muhammad Azim Ramdan, Intan Noraziean, Siti Nurazwani, Muhammad Azryzham dan Nur Azreen Yusrina. Hobinya ialah menyanyi dan melukis. Semasa melanjutkan pelajarannya di ASWARA dalam Diploma Muzik (Vokal),[6] Azzam berjaya menjadi Pelajar Terbaik Fakulti dan mendapat Anugerah Dekan.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada usia 12 tahun, Azzam menyertai pertandingan Idola Kecil 2 pada 2009 yang disiarkan di TV9 dan berjaya mara ke peringkat akhir.[7] Di peringkat akhir, Azzam menyanyikan lagu sulungnya yang bertajuk "Kekasihku" dan berjaya mendapat tempat kedua. Pada 2012, Azzam meneruskan kerjayanya dengan menyertai kumpulan The BeeSings[8] yang dianggotai bersama Haqiem Rusli, Fimie Don, Didi Astillah dan Aida Ross. The BeeSings telah berjaya menghasilkan dua single yang bertajuk "Luar Biasa" dan "Pentas Dunia".[9]
Pada tahun 2014, Azzam mengikuti pertandingan Idola Kecil Ultra yang mana pertandingan ini menampilkan bekas juara Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam. Dalam pertandingan ini, Azzam sekali lagi berjaya mara ke peringkat akhir dan membawa lagunya sendiri yang bertajuk "Dengar" yang dinyanyi bersama tetamu jemputan Awi Rafael. Azzam berjaya mendapat tempat kedua dan telah menerima Anugerah Idola Ultra Paling Popular.[10]
Azzam juga mengeluarkan beberapa single antaranya single keduanya pada tahun 2015 yang berjudul "Cinta Sejatiku". Selepas itu, pada tahun 2017, Azzam sekali lagi mengeluarkan single ketiganya yang berjudul "Cinta Gila". Azzam juga mempertaruhkan single seterusnya pada Mac 2019 iaitu "Biar Saja" yang menjadi OST Setelah Ku Dimiliki. Lagu duet beliau bersama Ai Wahida yang pertama bertajuk "Selamat Pengantin Baru" dikeluarkan pada Ogos 2019. Pada April 2020, Azzam mempersembahkan lagu duetnya yang terbaharu bersama Sheryl Shazwanie yang bertajuk "Jika Ini Takdirnya". Lagu ini ialah kesinambungan daripada Rusa After Class Series.
Selain bernyanyi, Azzam juga berlakon dalam Idola Kecil The Series yang menampilkan peserta-peserta Idola Kecil musim 1 dan 2. Azzam juga turut berlakon dalam drama Elly & Epit pada sebanyak dua musim yang disiarkan di Astro Ceria. Beliau juga pernah terlibat dalam bidang lakonan dalam drama siri popular iaitu Destinasi G4[11] lakonan bersama Afieq Shazwan, Harris Alif dan Danial Chuer yang ditayangkan di TV9 dan sebuah rancangan pendidikan bersiri popular iaitu Oh My English! Class of 2015 yang ditayangkan di Astro TVIQ dan Astro Maya HD.
Persembahan
[sunting | sunting sumber]Idola Kecil (musim 2)
[sunting | sunting sumber]Azzam memulakan kerjaya muziknya dalam bidang nyanyian dengan menyertai pertandingan Idola Kecil Musim 2 pada 2009. Alif Satar selaku pengacara dengan juri tetap ialah Atilia Haron. Di konsert akhir, Azzam menyanyikan lagu sulungnya yang bertajuk "Kekasihku" yang dicipta oleh Ajai dan lirik oleh Rumie Booty.
Persembahan dan keputusan Idola Kecil (Musim 2) | |||
---|---|---|---|
Minggu Konsert | Lagu | Penyanyi Asal | Kedudukan |
Minggu 1 | Rahsia Pohon Cemara | Exists | Ke-9 |
Minggu 2 | Lagu Untukmu | Meet Uncle Hussain | Ke-5 |
Minggu 3 | Matahariku | Agnes Monica | Ke-3 |
Minggu 4 | Cek Mek Molek | M. Daud Kilau | Ke-3 |
Minggu 5 | Pelangi Petang | Sudirman | Ke-3 |
Minggu 6 | Keliru (duet bersama Nurul IK2) | Ajai & Nurul | Ke-4 |
My Heart (duet bersama Jiha IK2) | Irwansyah & Acha Septriasa | ||
Minggu 7 | Azura | Jamal Abdillah | Ke-3 |
Minggu 8 (Separuh Akhir) | Malam Pesta Muda Mudi | Saloma | Ke-2 |
Minggu 9 (Akhir) | Aku Rindu Sayang Kamu | Black | Naib Juara |
Kekasihku | Dirinya sendiri |
Idola Kecil Ultra
[sunting | sunting sumber]Idola Kecil Ultra menampilkan 12 peserta terbaik daripada bekas pemenang Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam. Ujibakat pertama telah dijalankan pada 26 Mac 2014 dan ujibakat kedua dijalankan pada 29 Mac 2014. Pengacara: Alif Satar. Antara barisan juri adalah Akim Ahmad, Tomok dan Elfira Loy. Di pentas final, Azzam menyanyikan lagunya sendiri yang bertajuk Dengar yang dikompos oleh AG Coco. Azzam berjaya merebut tempat kedua atau naib johan dalam pertandingan ini.
Persembahan Idola Kecil Ultra | ||
---|---|---|
Konsert | Lagu | Penyanyi Asal |
Minggu 1 | Kesedihanku | Sammy Simorangkir |
Akhiri Penantianku (vs Haqiem Rusli) | Alif Satar | |
Minggu 2 | Setelah Kau Tiada (vs Danial Chuer) | Cakra Khan |
When I Was Your Man | Bruno Mars | |
Minggu 3 (Separuh Akhir) | Salam Terakhir (vs Syuhada) | Sudirman |
Hanya Aku | Hyper Act | |
Minggu 4 (Akhir) | Kelibat Si Penyair | Azlan & The Typewriter |
Dengar (duet bersama Awi Rafael) | Dirinya sendiri |
Big Stage (Musim 3)
[sunting | sunting sumber]Beliau juga merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga pada tahun 2020. Beliau telah dinobatkan sebagai Juara Big Stage Musim 3, sekaligus memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.[12]
Persembahan dan keputusan Big Stage (Musim 3) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi Asal | Keputusan |
Minggu 1 | Starter Pack | Salam Sejahtera | Samudera | Pertama |
Minggu 2 | Hype Beat | Sinar | Megat Rahim | Kedua |
Minggu 3 | Duominasi | Canggung (duet bersama Khai Bahar) | Wany Hasrita | Ketiga |
Minggu 4 | Baby Bash | Mengintai Dari Tirai Kamar | Exists | Ketiga |
Minggu 5 (Tribute) | #SandraDalamKenangan | Salam Terakhir | Dato' Sudirman | – |
Minggu 6 (Suku Akhir) | Rotasi 36T | Numb | Linkin Park | Ke-4 |
Battle Round | Merisik Khabar (vs Qody Rany) | Dato' Sudirman | ||
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Duominasi Platinum | Gundah (duet bersama Bob Yusof) | Ernie Zakri | Pertama |
Veto Juri | Tak Mungkin Bersama | Judika | ||
Minggu 8 (Konsert Akhir) | Ultimatum | Slow Beat: Aku Bidadari Syurgamu[13] | Dato' Sri Siti Nurhaliza | JUARA |
Fast Beat: Grenade | Bruno Mars |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Ia telah dihebahkan di media pada awal 2020 bahawa Azzam telah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Sheryl Shazwanie (yang kemudian menjadi peserta Big Stage musim kedua), namun bersepakat untuk tidak berahsia mengenai hubungan mereka.[14][15]
Beliau dan Sheryl mengikat tali pertunangan pada 30 September 2021.[16] Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2022.[17][18]
Pada 27 November 2022, Azzam dan Sheryl dikurniakan cahaya mata perempuan, Azzalea Safiyya.[19][20][21]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | 8 Jam | Bojen | Filem pertama |
2023 | Mami Jarum Kembali | Azim | Pos-produksi |
Pukul Mersing | Jazlan |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Tanah Kubur (Musim 9) | Sham | Astro Oasis | Episod: "Taksub Syurga" |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Misteri Rumah Tua | Azzam | Utama |
2010 | Idola Kecil The Series | ||
2011 | Elly & Epit (Musim 1) | Khairil | Sampingan |
2013 | Elly & Epit (Musim 2) | ||
2015 | Destinasi G4 | Azzam | Utama |
Oh My English! (Class of 2015) | Sayur | Sampingan | |
2021 | All Together Now Malaysia | Juri Tetap | |
Leo The Wildlife Ranger Musim 2-6 | Kai (Suara) | Sampingan | |
2022 | Sayap Bagimu | Azzam | Ditayangkan di YouTube AEON Malaysia |
2023 | Celebrity Family Feud Malaysia | - | Sebagai peserta mewakili rancangan Big Stage |
TBA | Elly & Epit (Musim 3) | Khairil | Sampingan |
Iklan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2008 | Kempen Kejiranan | FINAS |
2010 | Konsert Suarasa TV9 | TV9 |
2012 | Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza | TV3 |
2013 | Konsert Anak Dunia RTM | TV1 |
Cutipedia | Astro TVIQ | |
2014 | Program Alhamdulillah | TV AlHijrah |
2020 | MeleTOP | Astro Ria |
Karpet Merah #AME2020 | ||
2022 | Masak Apa Tu? | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Matilah Nak Pontianak | Ayub | Astro Citra | |
2021 | Matilah Nak Kembali |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]- Kekasihku (2009)
- Luar Biasa (2012)
- Pentas Dunia (2012)
- Dengar (2014)
- Damaikan Rusuh Hati (2015)
- Cinta Sejatiku (2016)
- Cinta Gila (2017)
- Biar Saja (2019)
- Selamat Pengantin Baru (ft. Ai Wahida) (2019)
- Jika Ini Takdirnya (ft. Sheryl Shazwanie) (2020)
- Dikir Joget Cinta (ft. Ai Wahida) (2020)
- Cinta Jangan Pergi (2020)
- Baby BamBam (2021)
- Bila Cinta Di Dusta (2021)
- Kembali (ft. Andika) (2022)
- Pusara Kasih (2022)
- Menahan Luka (ft. Sheryl Shazwanie) (2022)
- Jesnita (ft. Ariff Bahran & Ammar Nobita) (2022)
- Tak Sama (2023)
- Bunga (ft. Ezad Lazim) (2024)
- Derita Jiwa (2024)
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | My Kids Awards TV3 | Favourite Kids Male Singer | Menang |
2014 | Idola Kecil Ultra | Anugerah Idola Ultra Paling Popular | Menang |
2020 | Big Stage Musim 3 | BBNU Paling Gempak | Menang |
2021 | Era Digital Music Award 2021 | Artis Baru Baek | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
Anugerah MeleTOP ERA 2021 | BBNU MeleTOP | Tercalon | |
Artis Baru MeleTOP | Tercalon | ||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Haikal Isa (24 September 2020). Jalan Terang Azzam Sham. Kosmo!. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
- ^ Norhayati Nordin (1 Disember 2020). Azzam tekad fokus kerjaya seni Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
- ^ Norhayati Nordin (19 Ogos 2020). Azzam tak persia peluang Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
- ^ Big Stage 2020: Pernah jatuh, kini Azzam Sham buktikan dia layak bergelar juara Astro Awani. 5 Oktober 2020. Dicapai pada 15 November 2020.
- ^ Azzam Sham tebus maruah Berita Harian. 5 Oktober 2020. Dicapai pada 15 November 2020.
- ^ Farhan Karim (30 Julai 2019). Azzam Sham lewat sertai BBNU kerana fokus belajar mStar Online. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
- ^ Norhayati Nordin (28 Julai 2019). Tuah balada biar saja Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2019.
- ^ Budiey (7 Januari 2013). Gambar kumpulan The BeeSings di Karpet Merah AJL27 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 November 2013.
- ^ Mohd Aizat Shamsuddin (6 Januari 2013). Agenda The Beesings Berita Minggu. Dicapai pada 12 November 2013.
- ^ Anugerah Idola Ultra Paling Popular mStar Online. 15 Jun 2014. Dicapai pada 12 November 2014.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (12 April 2015). Aksi berani Azzam Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2015.
- ^ Tahniah! Azzam Sham juara Big Stage 2020, bawa pulang RM100,000. Dicapai pada 5 Oktober 2020.
- ^ Big Stage: Bawa lagu Aku Bidadari Syurgamu, Azzam Sham dapat pujian Siti Nurhaliza Astro Awani. 4 Oktober 2020. Dicapai pada 15 November 2020.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (9 Mei 2020). "Sheryl Shazwanie mengaku lama simpan perasaan terhadap Azzam Sham - "Ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada dia"". mStar Online. Dicapai pada 2 November 2020.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (11 September 2020). Bukan lelaki idaman wanita, Azzam Sham terharu Sheryl Shazwanie terima kekurangannya - "Saya bukan jenis yang gentleman" mStar Online. Dicapai pada 13 Disember 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (1 Oktober 2021). "Azzam, Sheryl bertunang". Berita Harian. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
- ^ Sairul Zamri Misrani (1 Januari 2022). "Azzam, Sheryl kini suami isteri". Kosmo!. Dicapai pada 1 Januari 2022.
- ^ Hawa Soleha Saleem (1 Januari 2022). "Azzam Sham dan Sheryl Shazwani sah jadi suami isteri, pilih tarikh cantik langsung hari bahagia". mStar Online. Dicapai pada 26 Januari 2022.
- ^ Nor Eryani Yusop (5 Disember 2022). "Azzam Sham, Sheryl Shazwanie pilih nama Azzalea Safiyya". Kosmo!. Dicapai pada 18 Disember 2022.
- ^ "Isteri selamat bersalin, Azzam Sham senyum lebar dah jadi bapa". Astro Awani. 29 November 2022. Dicapai pada 18 Disember 2022.
- ^ Farol Hadi (27 November 2022). "Azzam Sham selamat bergelar bapa… peluang teman isteri di dewan bersalin pengalaman paling berharga". mStar Online. Dicapai pada 18 Disember 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Azzam Sham di Facebook
- Azzam Sham di Instagram
- Azzam Sham di TikTok
- Azzam Sham di Twitter
- Saluran YouTube Azzam Sham