Batu Pahat
Koordinat: 1°51′8″N 102°56′14″E / 1.85222°N 102.93722°E
Batu Pahat (باتو ڤاهت)
Bandar Penggaram بندر ڤڠڬارم | |
---|---|
Bandar | |
Nama panggilan: BP | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Penubuhan | 1894 |
Majlis Daerah | 1976 |
Majlis Perbandaran | 2001 |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah, Yang Dipertua | Norizan Kulop |
• ADUN Johor | Gan Peck Cheng (DAP) |
Penduduk (2010) | |
• Bandar | 311,862 |
• Metro | 468,058 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 83xxx |
Kod awalan panggilan antarabangsa | +60742XXXXX, +60743XXXXX, +60744XXXXX, +60745XXXXX (talian darat sahaja) |
Laman sesawang | www |
Batu Pahat (باتو ڤاهت, juga dikenali sebagai Bandar Penggaram atau BP) merupakan Bandar yang terdapat di dalam Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar ke-20 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduknya. Ia juga bandar kedua terbesar dalam negeri Johor selepas bandaraya Johor Bahru.
Berdasarkan bancian pada tahun 2010, Batu Pahat merupakan bandar ke-16 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduknya. Batu Pahat Mall juga telah didirikan di Batu Pahat ini. Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat pula dikenali sebagai Sungai Kundur. Ia merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussain Shah di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari keturunan orang Melayu Daik dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah menghadap Sultan Hussain. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussain di tempat masing-masing pada tahun 1834.[1]
Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Pada tahun 1885 beberapa orang berketurunan Inggeris iaitu Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu sebuah bukit yang berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu ialah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan beliau telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.[1]
Usaha-usaha untuk membuka bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan bernama Bukit Senangin, Kampung Tambak iaitu di tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada, di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga".[1]
Pembukaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1889, Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang telah tertarik akan tempat itu termasuklah pendatang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain. Orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi di kampung itu. Di antara orang yang terkenal di situ ialah Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar).[2]
Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu di Batu Pahat bagi membuka sebuah bandar dan ditambah pula dengan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serom, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap dan Chaah. Maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang yang terdiri daripada orang-orang kaya, para penghulu, menteri penghulu dan jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad yang merupakan Ketua Pengaman Batu Pahat ketika itu. Keputusan perjumpaan tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) sebagai wakil daripada perjumpaan tersebut untuk mengadap Sultan Abu Bakar bagi memohon Dato' Bentara Luar pada ketika itu iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang membuka sebuah bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan bahawa usaha membuka sebuah bandar kali ini berhasil.[2]
Pada 4 November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu mendiami di Kampung Senangar telah dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11 November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau untuk membuka bandar Batu Pahat itu. [2]
Kedudukan
[sunting | sunting sumber]Kedudukan tempat yang hendak dijadikan Bandar adalah kira-kira 15 kilometer dari kuala sungai Batu Pahat, sebelah kanan tebing mudik sungai. Dato' Bentara Luar memilih kawasan ini kerana senang dan boleh merapatkan kapal-kapal besar yang dianggarkan dapat masuk ke sungai dengan membina sebuah dermaga bagi kemudahan perdagangan laut. Sungguhpun kawasan yang hendak dijadikan Bandar rendah, sering ditenggelami air masin sewaktu air pasang besar dari laut, kira-kira 2 kilometer ke darat tanahnya tinggi berbukit dan subur bagi tanam-tanaman. Dato' Bentara Luar membina rumah kediamannya di Kampung Penggaram yang bertentangan dengan Tasek Kadri untuk membuat kerja-kerja membuka bandar.[3]
Pada 2 Disember 1893, fakir menjalankan kerja menjalankan pekerjaan ukur-mengukur dari jalan kebun kopi ke Gunung Penggaram sehingga ke Sungai Penggaram. Di tepi Sungai Penggaram itu fakir jadikan sebuah rumah atap tempat duduk fakir. Fakir jalankan pekerjaan membuat jalan dalam itu. Fakir mulakan menjalankan membuat rumah, pejabat, polis, mahkamah, dan tambak menambak batu di jalan. Kerja mengukur, merancang dan membangunkan pusat Bandar pentadbiran daerah telah berjalan lancar dengan bantuan kuat dua orang penghulu itu termasuk perbelanjaan yang dipungut dari orang tempatan dan juga bantuan kewangan dari Orang Kaya Bagan serta kewangan Dato' Bentara Luar sendiri.[3]
Pembukaan rasminya telah dilakukan pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang sendiri yang dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Kemuncak majlis perasmian itu ialah istiadat menaikkan bendera negeri Johor di Bukit Penggaram yang sekarang menjadi tapak dan kawasan rumah kediaman Pegawai Daerah dan seterusnya bukit itu disebut orang Bukit Bendera hingga hari ini. Seterusnya selepas itu pegawai-pegawai tadbir pun disusun dan pejabat-pejabat kerajaan seperti mahkamah, polis, penjara, hospital, dan lain-lain juga diwujudkan satu demi satu. Perkembangannya berjalan dengan baik dan lancar dan dalam masa sebulan sahaja jumlah hasil kutipan telah mencapai $ 1,500.00.[3]
Pengisytiharan
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Disember 1894, diadakan satu majlis pengisytiharan menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama Kampung Penggaram yang sedia ada di situ yang menjadi kampung kediaman Penghulu Rahmat. Selain diwujudkan sistem pentadbiran moden dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu menggantikan sistem tradisional, Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato' Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, telah memainkan peranan yang amat aktif.[4]
Orang-orang kampung telah digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dan dalam masa yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang dan berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato' Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini.[4]
Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato' Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar (General Commisioner) Johor dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21 sehingga 24 Disember 1896. Kemajuan ekonomi Batu Pahat dapat diukur berdasarkan pendapatan daerah yang didapati sepanjang tahun. Masa bandar ini dibangunkan dalam tahun 1893 pentadbiran daerah berjaya mengutip sejumlah $ 15,000.00 sahaja tetapi dalam tahun 1910 pendapatan tahunan mencapai jumlah $ 55,375.00.[4]
Zaman Dato' Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato' Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru bila menjelma pula sistem pentadbiran yang seiringan dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran.[4]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Penduduk
[sunting | sunting sumber]Bandar Batu Pahat mempunyai penduduk lebih daripada 300,000 orang. Terdapat lebih daripada 100,000 isi rumah dengan jumlah penduduk seramai 468,058 orang di daerah ini. Mukim terpadat adalah Simpang Kanan dengan lebih daripada 250,000 orang dan yang paling sedikit adalah Bagan dengan penduduk hanya 4,692 orang.
Taburan penduduk di seluruh daerah ini adalah berdasarkan jantina dimana hampir sama dengan jumlah penduduk lelaki 169,087 orang dan penduduk perempuan 166,281 orang.
Bandar Batu Pahat terdiri daripada 37.08% Bumiputera (terutamanya Melayu), 60.29% Cina, 2.54% India dan selebihnya kaum lain. Majoriti penduduk kawasan bandar Batu Pahat terdiri daripada kaum Cina.
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Masyarakat Cina di Batu Pahat terutamanya terdiri daripada keturunan selatan Fujian (Quanzhou, Xiamen dan Zhangzhou) dan wilayah Chaozhou kawasan wilayah Guangdong. Manakala, Hokkien atau minnan dan Teochew adalah bahasa utama di daerah ini, kemudian diikuti oleh dialek Hakka dan dialek minoriti yang ketara adalah Kantonis dan dialek Hainan.
Orang Cina di Batu Pahat biasanya bertutur dalam Bahasa Mandarin.
Agama
[sunting | sunting sumber]Di Batu Pahat, terdapat beberapa jenis agama terutamanya agama Islam, Buddha, Kristian, Taoisme, Hindu dan Konfusianisme.
Terdapat lebih daripada 400 buah kuil di daerah Batu Pahat dan kuil-kuil tersebut merupakan salah satu tempat yang menarik untuk pelancong dari negeri lain di Malaysia (terutamanya pelancong dari Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur) dan juga dari Singapura ketika hujung minggu. Kuil tersebut terletak di Segenting, Pantai Minyak Beku, Senggarang dan Bukit Pasir adalah tempat hotspot untuk dilawati oleh para pelancong.
Terdapat kepercayaan yang kuat menyatakan bahawa nasib baik dikurniakan atas doa dan mereka datang kembali dengan selalu. Beberapa kuil ini diubah suai dengan indah dan dengan itu ia juga menjadi tarikan kepada pelancong. Setiap hujung minggu, terdapat banyak bas perjalanan dari banyak jenis tempat terutamanya Singapura melawat kuil-kuil di Batu Pahat.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Batu Pahat merupakan bandar kedua pembuatan industri terbesar di Johor; meliputi industri tekstil, elektronik, pemprosesan makanan, kayu, tembikar dan plastik. Ia juga dikenali sebagai Pusat Tekstil Negara dengan menghasilkan 50% daripada tekstil yang dieksport dari Malaysia dan terdapat kira-kira 300 kilang pakaian dan tekstil.
Terdapat beberapa kawasan industri termasuk Tongkang Pecah, Parit Raja dan Sri Gading. Kawasan industri swasta termasuk Sri Sulong, Lian Aik dan Buditama, antara 20 ekar (81,000 m2) kepada 200 ekar (0.81 km2). Pelabur luar termasuk Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi dan Mitsumi. Terdapat lebih daripada 20 buah syarikat awam, termasuk Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn. Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.
Pertanian merupakan satu lagi sumber pendapatan bagi penduduk setempat. Batu Pahat mempunyai beberapa kawasan terbesar seperti ladang getah, kelapa sawit, kelapa dan koko di Johor. Penghasilan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang, nanas, durian dan 20 jenis sayur-sayuran yang dieksport. Terdapat juga beberapa buah perkampungan nelayan berhampiran Selat Melaka, menyediakan sumber-sumber yang kaya dengan perikanan. Ikan hiasan seperti ikan kelisa adalah eksport utama untuk beberapa buah syarikat seperti Xiang Leng.[5]
Makanan
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai jenis kedai makanan yang boleh didapati di sekitar bandar Batu Pahat. Antaranya ialah:
Nasi Briyani
Batu Pahat terkenal di seluruh Malaysia dengan nasi briyani gam yang sangat lazat. Nasi Briyani yang sangat popular dengan harga yang murah ialah Nasi Briyani Mohd Shah. Gerai Mohd Shah terletak di Benteng Batu Pahat, iaitu di Jalan Peserai. Gerai ini ditutup setiap hari Jumaat dan makanan selalunya habis seawal jam 3.00 petang. Selain itu terdapat juga Resoran Bariani Power yang terletak di Taman Soga, Batu Pahat. Restoran Briyani Power sedikit mahal kerana mempunyai restoran tersebut berhawa dingin dengan suasana yang selesa dan dibuka sehingga pukul 7.00 malam.
Murtabak Noor
Murtabak Noor antara murtabak yang popular di Batu Pahat dan boleh didapati sepanjang tahun di resoran ini. Restoran ini terletak di Jalan Rahmat dan di Jalan kampung Istana. Inti murtabak ini yang hanya daging dan bawang tanpa kentang menjadikan murtabak ini antara juadah yang di bawa balik apabila singgah di Batu Pahat.
"Mee Bandung"
[sunting | sunting sumber]Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, "Benteng" terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Mee rebus dan nasi lemak
[sunting | sunting sumber]Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan nasi lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.
Asam pedas
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai restoran dan gerai makan yang menawarkan asam pedas pelbagai jenis ikan seperti di :
- Yana Asam Pedas Batu Pahat (Jalan Syahbandar/Taman Flora Utama)
- Asam Pedas Pak Ali (Jalan Syahbandar)
- Asam Pedas Mak Limah (Jalan Rogayah)
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Pengangkutan awam
[sunting | sunting sumber]Batu Pahat dihubungkan melalui pengangkutan awam tempatan dan kedua-duanya antara kawasan sekitarnya dan antara bandar. Ianya adalah:
- Terminal Bas (Perkhidmatan bas ekspres, tempatan dan bas antara bandar. Selain itu, teksi juga boleh didapati di terminal)
- Terminal Feri (Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku, perkhidmatan pelabuhan Indonesia di Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam)
- Keretapi berkelajuan tinggi (Pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat)[6]
Jalan
[sunting | sunting sumber]Bandar Batu Pahat dihubungkan dengan beberapa batang utama ke pinggir bandar terpencil atau bandar-bandar lain.
- Jalan Kluang (menghubungkan antara Batu Pahat Mall, Sri Gading, Pura Kencana, UTHM, Parit Raja, Ayer Hitam, Kluang)
- Jalan Tanjung Labuh (menghubungkan antara Senggarang, Rengit)
- Jalan Bakau Condong (menghubungkan dari persimpangan-T Jalan Kluang dan merentasi Sungai Batu Pahat melalui Peserai)
- Jalan Bukit Pasir (menghubungkan antara Taman Bukit Pasir, Tongkang Pechah, Yong Peng)
- Jalan Tan Swee Hoe (menghubungkan antara Taman Setia Jaya 2, Taman Flora Utama, Aeon Batu Pahat, Square One Shopping Mall)
- Jalan Peserai (menghubungkan antara Sungai Batu Pahat melalui Semerah, Muar, Melaka)
Hospital dan Klinik Kesihatan utama
[sunting | sunting sumber]- Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)
- Putra Specialist Hospital
- Pantai Specialist Hospital
- Klinik Kesihatan Batu Pahat
- KPJ Batu Pahat Specialist Hospital [7]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Sistem letak kereta di bandar Batu Pahat.
-
BP Walk.
-
Bulatan tertua di bandar.
-
Pemandangan waktu malam di Bandar Batu Pahat
-
Jalan Rahmat.
-
Jalan Sultanah .
-
Jalan Jenang.
-
Square One Mall .
-
McDonald Drive Thru hanya di bandar.
-
Pasaraya Agro Fresh di Taman Soga. Kini dinamakan sebagai Nirvana.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c (Melayu) "Latar belakang pengenalan". Portal MPBP (dalam bahasa Melayu). 19 Jun 2009. Dicapai pada 10 Julai 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal] - ^ a b c d (Melayu) "Latar belakang pembukaan". Portal MPBP (dalam bahasa Melayu). 19 Jun 2009. Dicapai pada 10 Julai 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal] - ^ a b c (Melayu) "Latar belakang kedudukan". Portal MPBP (dalam bahasa Melayu). 19 Jun 2009. Dicapai pada 10 Julai 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal] - ^ a b c d (Melayu) "Latar belakang pengisytiharan". Portal MPBP (dalam bahasa Melayu). 19 Jun 2009. Dicapai pada 10 Julai 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal] - ^ [1]
- ^ "Greater Kuala Lumpur - EPP 3: Connecting to Singapore via a high speed rail system".[pautan mati kekal]
- ^ "KPJ Batu Pahat Special Hospital Website".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Batu Pahat. |