Pergi ke kandungan

Bendera putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera putih
Kegunaanbendera awam dan bendera dan panji-panji perang
Diterima pakai29 Julai 1899 (Konvensyen Hague I)
Sehelai bendera putih yang dikibar.

Bendera putih dikenali sebagai suatu cara untuk menunjukkan perdamaian atau pengecualian seseorang daripada suatu peperangan. Bendera putih juga menandakan salah satu pihak yang berperang menyerah diri atau menginginkan gencatan senjata. Berdasarkan peraturan peperangan, mereka yang mengibarkan bendera putih dilarang dibunuh. Penggunaan bendera putih pada peperangan sudah dilakukan sejak abad ke-17 ketika peperangan banyak tercetus, terutamanya di Eropah dan Amerika. Walau bagaimanapun, penggunaan bendera putih mempunyai perlambangan berbeza berdasarkan konteks zaman, keadaan serta latar tempat.

Catatan pertama penggunaan bendera putih sebagai lambang serah diri tercatat pada zaman Dinasti Han Timur (25-220 M). Dalam Empayar Rom, sejarawan Cornelius Tacitus menyebut tentang bendera putih serah diri pada tahun 109 M. Sebelum itu, tentera Rom akan menyerah diri dengan memegang perisai di atas kepala mereka.[1] Bendera putih digunakan secara meluas pada Zaman Pertengahan di Eropah Barat sebagai lambang serah diri. Warna putih digunakan secara umum untuk menunjukkan seseorang dibebaskan daripada pertempuran; bentara membawa tongkat istiadat putih, tahanan atau tebusan yang ditangkap dalam pertempuran akan melekatkan sehelai kertas putih di topi mereka, dan pasukan pengawal yang telah menyerah dan dijanjikan jalan selamat akan membawa tongkat putih.[2]

Penggunaannya mungkin telah tersebar merentasi benua; sebagai contoh, perekod sejarah Portugis, Gaspar Correia (pada 1550-an) mendakwa bahawa pada tahun 1502, seorang penguasa India, Zamorin dari Calicut menghantar perunding yang membawa "kain putih yang diikat pada tongkat", "sebagai tanda kedamaian", kepada musuhnya Vasco da Gama.[3] Pada 1625, Hugo Grotius dalam tulisan De jure belli ac pacis (Mengenai Hukum Perang dan Perdamaian), salah satu teks dasar undang-undang antarabangsa, mengiktiraf bendera putih sebagai "tanda yang telah mendapat pengiktirafan penggunaannya"; yakni "tanda diam-diam menuntut rundingan, dan dianggap permintaan wajib seperti mana kalau dilafazkan".[4]

Pandemik COVID-19

[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2021, rakyat Malaysia melancarkan sebuah gerakan isyarat kecemasan dengan cara mereka yang terdesak secara kewangan dan memerlukan makanan serta barang keperluan untuk mengibarkan bendera putih di luar kediaman mereka susulan perkembangan pandemik COVID-19 negara.[5]

  1. ^ Koerner, Brendan I. (March 21, 2003). "Why Do Surrendering Soldiers Wave White Flags?". Slate. The Slate Group. Graham Holdings Company. Dicapai pada 22 August 2018.
  2. ^ Keen, Maurice Hugh (1965). The Laws of War in the Middle Ages. London: Routledge & K. Paul. m/s. 291. doi:10.2307/2851422. ISBN 9781317397588. JSTOR 1339392. OCLC 507262.
  3. ^ Correia, Gaspar; de Lima Felner, Rodrigo José (1858). Lendas da Índia. 1. Typ. da Academia Real das Sciencias. m/s. 300. mandou hum seu Bramane em huma almadia com hum pano branco atado e um páu per sinal de paz
  4. ^ Grotius, Hugo (2005) [1625]. Barbeyrac, Jean; Tuck, Richard (penyunting). The Rights of War and Peace. 3 – melalui Liberty Fund, Inc.
  5. ^ "If you see a white flag flying outside a house in Malaysia, the family needs help". Mashable (dalam bahasa Inggeris). 29 Jun 2021.
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy