Pergi ke kandungan

Boeing 747

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boeing 747
Perawan Atlantic Airways Boeing 747-400
Peranan Pesawat jet berbadan lebar
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Boeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama 9 Februari 1969[1]
Pengenalan 1970 dengan Pan Am dan TWA[1]
Status Aktif
Syarikat penerbangan utama British Airways
Japan Airlines
Korean Air
Cathay Pacific
Dikeluarkan 1969-kini
Jumlah dibina 1,458 setakat Disember 2012[2]
Kos unit 747-100: US$24 juta (1967)
747-200: US$39 juta (1976)
747-300: US$83 juta (1982)
747-400: US$228–260 juta (2007)
747-8I: US$351.4 juta[3]
747-8F: US$352 juta
Variasi Boeing 747SP
Boeing VC-25
Boeing 747-400
Boeing 747-8
Boeing 747 LCF

Boeing 747 adalah pesawat komersial berbadan lebar dan pesawat pengangkut kargo, sering dikenali sebagai Jumbo Jet (Jet Jumbo) atau Queen of the Skies (Ratu Langit). Ia antara pesawat paling dikenali dunia,[4] dan merupakan pesawat berbadan lebar pertama dihasilkan. Dihasilkan oleh unit pesawat komersial Boeing di Amerika Syarikat, versi original 747 adalah dua kali setengah saiz Boeing 707,[5] satu daripada pesawat komersial besar biasa pada 1960an. Penerbangan secara komersial pada 1970, 747 memegang rekod kapasiti penumpang selama 37 tahun.[6]

Pesawat empat enjin 747 menggunakan konfigurasi dua dek untuk sebahagian daripada panjangnya.

747-400, the most common passenger version in service,adalah antara pesawat terpantas dalam perkhidmatan dengan kelajuan subsonik tinggi Mach 0.85–0.855 (sehingga 570 mph, 920 km/j). Ia mampu terbang antara benua sejauh 7,260 batu nautika (8,350 mi atau 13,450 km).[7] 747-400 versi penumpang mampu menampung 416 penumpang dalam tiga kelas, 524 penumpang dalam konfugirasi dua kelas, atau 660 penumpang dalam konfugirasi satu kelas.[8] Versi terbaru pesawat, 747-8, adalah dalam pengeluaran dan menerima perakuan pada 2011. Penghantaran 747-8F versi kapal pengangkut pada pelanggan pelancaran Cargolux bermula pada Oktober 2011; penghantaran 747-8I passenger versi penumpang kepada Lufthansa bermula pada Mei 2012. 747 ini bakal diganti oleh Boeing Y3 (sebahagian daripada Boeing Yellowstone Project) pada masa depan.

Boeing 747 lahir disaat industri udara era 60-an sedang pesat membangun. Era pesawat komersil pada waktu itu, dijuarai oleh Boeing 707, telah membuat satu revolusi di dalam perjalanan udara jarak jauh dan merealisasikan konsep "Kampung Global". Pada waktu itu, Boeing sudah pun mengkaji pesawat yang besar untuk memenangi kontrak dari Tentera Amerika Syarikat tetapi kalah kepada Lokheed C-5 Galaxy. Pan Am, klien setia Boeing pada waktu itu, meminta Boeing membangunkan sebuah pesawat penumpang yang besar, sebesar 2 kali saiz Boeing 707. Maka, pada tahun 1966 Boeing mengeluarkan satu garis panduan mengenai konfigurasi pesawat penumpang yang akan dinamakan Boeing 747. Pan Am menempah 25 siri 747-100. Pada mulanya, rekaan pesawat ini adalah pesawat dua tingkat penuh atau 'double decker' tetapi disebabkan masalah pengosongan pesawat ketika kecemasan, idea ini di tukar untuk menjadi sebuah pesawat berbadan lebar.

Ketika itu, Boeing 747 dijangka akan digantikan dengan pesawat supersonik. Maka Boeing mereka semula Boeing 747 supaya ia boleh ditukar menjadi pesawat kargo, dengan menjangkakan permintaan bagi versi penumpang akan menurun suatu hari nanti dan hanya versi kargo yang mampu bertahan. Maka kokpit pesawat itu di bawa ke dek atas supaya muncung pesawat boleh direka untuk dibuka menjadi satu pintu kargo. Pada mulanya dek atas digunakan untuk kelas pertama dan lobi/bar tetapi hari ini,ia banyak digunakan sebagai tempat duduk ekstra. Dengan jangkaan hanya 400 jualan, 747 mampu bertahan dari kritik-kritik dan pada tahun 1993 sebanyak 1000 pesawat berjaya dibangunkan.

Pembangunan 747 adalah satu tugas yang cukup besar. Ini kerana Boeing tidak ada bangsal pesawat yang besar untuk memuatkan pesawat-pesawat yang besar. Maka, syarikat ini terpaksa membina satu kilang di Everett, Washington, dimana ia menjadi kilang terbesar pernah dibina. Pratt and Whitney pula pada waktu itu membangunkan satu enjin turbofan yang cukup besar, JT9D, untuk Boeing 747. Maka, untuk keselamatan dan keupayaan terbang, Boeing 747 direka dengan 4 sistem hidraulik yang akan digunakan ketika kecemasan, kawalan pergerakkan pesawat pula dibahagikan kepada dua, stuktur ketika kecemasan dipelbagaikan dan kepak yang kompleks yang membolehkan 747 digunakan pada landasan biasa.

Pada mulanya, banyak maskapai penerbangan merasa ragu-ragu terhadap Boeing 747. Manakala, pesaing Boeing, McDonnell Douglas dan Lokheed, sedang membangunkan pesawat berbadan lebar dengan tiga enjin, digelar 'trijet', dimana, secara perbandingan lebih kecil dari 747. Malahan kebanyakkan syarikat penerbangan merasakan kapasiti 747 terlalu besar untuk penerbangan jarak jauh dan dengan itu mereka melabur di dalam projek 'trijet'. Terdapat juga kebimbangan sama ada 747 mampu beroperasi dengan struktur lapangan terbang ketika itu.

Satu lagi isu yang dibawa ialah pembakaran minyak. Ini kerana pembakaran pesawat 'trijet' lebih rendah dari pesawat empat jet dan syarikat penerbangan cuba mengurangkan kos minyak. Isu ini telah menghantui Boeing semenjak 1970.

Bagaimanapun, Boeing telah pun berjanji kepada Pan Am untuk membina 747, bermaksud dalam masa kurang empat tahun, Boeing perlu mereka, membina dan menguji pesawat itu. Dalam tempoh yang singkat ini, proses pembangunan membuatkan mereka yang terlibat dalam projek ini berkerja dalam keadaan yang cukup pantas dan mereka ini digelar The Incredibles. Kos yang tinggi untuk pembangunan pesawat ini dan pembinaan infrastuktur di Everett merupakan satu pertaruhan bagi Boeing dan kejayaan syarikat ini bergantung kepada kejayaan 747. Malahan, Boeing hampir gulung tikar pada tahun 1970. Walau bagaimanapun, Boeing memenangi pertaruhan ini dan Boeing memonopoli pengangkutan berbadan lebar selama 35 tahun. Kedatangan Airbus A380 memecah rekod Boeing.

Garis masa penghantaran Boeing 747
Garis masa penghantaran Boeing 747

Model pertama 747 ialah 747 siri 100 (747-100), dirasmikan di Everett pada 2 September 1968. 747-100 memasuki perkhidmatan pada 1 Januari 1970 dengan klien pertama Pan Am. 747-100B kemudiannya menggantikan 747-100, dengan fiuslaj yang lebih kukuh dan kerangka sokongan tayar yang kebih kuat. Terdapat juga siri 747-100SR yang mampu menampung seramai 550 penumpang dan digunakan untuk penerbangan domestik di Jepun. Siri 100 mampu terbang sejauh 4,500 batu atau 7,200 km dengan muatan yang penuh.

Dek atas 747-100 ,kebiasaanya mempunyai 3 tingkap, membezakan pesawat ini dengan pesawat-pesawat yang lain. Walau bagaimanapun, modifikasi siri ini dengan menambah keluasan dek atas menyebabkan ia sukar dibezakan dengan siri 300.

747-200 diperkenalkan pada tahun 1971 dan mempunyai daya tujahan yang lebih tinggi serta mampu terbang dengan muatan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan siri 100, dan ia bisa terbang lebih jauh. Ia dibezakan dengan siri 100 dengan bilangan tingkap dek atas iaitu sebanyak 8 tingkap tetapi modifikasi siri ini menyebabkan ia sukar dibezakan dengan siri lain. Pesawat model ini , dibina pada akhir 1980, mampu terbang sejauh 6,700 batu atau 10,800 km dengan muatan yang penuh.

Siri 747-200C dan 200F direka untuk pesawat kargo. 747-200F adalah pesawat kargo sepenuhnya, manakala 747-200C adalah siri yang boleh ditukar mejadi sama ada pesawat kargo ataupun pesawat penumpang. Manakala siri gabungan pesawat penumpang dan pesawat kargo digelar pesawat combi. Tidak seperti siri 100, kebanyakkan 200 dijadikan pesawat kargo.

747Sp atau Special Performance, diperkenalkan pada tahun 1976. Siri ini dikeluarkan untuk bersaing dengan DC-10 dan Lockheed L-1011 TriStar kerana Boeing tidak ada pesawat berbadan lebar saiz sederhana untuk bersaing dengan Tristar. Kos pembinaan 747 dan 737 yang tinggi pada akhir 1960 menyebabkan Boeing tidak mampu untuk mereka pesawat baru dan dengan itu model 747 dipendekkan dan direka semula supaya kelajuan dan jarak maksimum adalah seiring dengan kapasitinya. Siri SP , dengan konfogurasi 3-kelas, mampu membawa 220 penumpang dan terbang sejauh 6,500 batu atau 10,500 km dengan kelajuan 610 mph atau 980 km/h.

747SP adalah satu-satunya pesawat yang mampu terbang dengan jarak terjauh, sehinggalah kemunculan Airbus A340. Antara penerbangan yang menggunakan model ini ialah American Airlines, Pan Am, dan Qantas, kerana kemampuan siri ini yang bisa terbang melintasi Lautan Pasifik memenuhi keperluan penerbangan-penerbangan ini untuk terbang ke Tokyo. South African Airways juga menggunakan 747SP didalam perkhidmatan mereka untuk terbang dari Johannesburg ke London, ketika dasar apartheid berleluasa, penerbangan ini tidak dibenarkan untuk terbang melintasi negara-negara Afrika dan menyebabkan South African Airways terpaksa membuat pusingan yang besar, dan SP adalah penyelesaian mereka.

Disebalik kemampuannya yang istimewa, penjualan SP tidak seperti yang diharapkan, dimana hanya 45 model dibina dan kebanyakkan model ini berkhidmat untuk pernerbangan di Timur Tengah dan Afrika.

Pengamatan astronomi SOFIA dalah modifikasi 747SP yang membawa teleskop infrared yang berdiameter 2.5 meter. Pada mulanya, ia berkhidmat untuk Pan Am dan dinamakan "Clipper Lindbergh".

Pada mulanya, model 747-300 direka untuk menjadi pesawat 'trijet' versi 747SP. Tetapi disebabkan permintaan yang tidak menggalakkan, idea ini dilupakan saja.

747-300 menjadi satu model baru bagi Boeing yang diperkenalkan pada tahun 1980. Ia adalah model pertama 747 dengan dek atas dibesarkan untuk menambah kapasiti.

Japan Airlines 747-400 di Lapangan Terbang London

747-400 adalah model 747 terbaru Boeing, dan satu-satunya siri dibina sehingga hari ini. Antara perubahan yang nyata ialah pemanjangan sayap sebanyak 2m dan penambahan sayap lawi di hujung sayap sepanjang 2m. Ia memasuki pasaran pada tahun 1989 dengan klien pertamanya iaitu Northwest Airlines.

Siri 400 dibina dalam bentuk penumpang sepenuhnya, combi (747-400M) dan kargo (747-400F). Siri domestik untuk pasaran Jepun iaitu 747-400D, adalah pesawat penumpang dengan kapasiti tertinggi di dunia, sehinggalah kemunculan A380, dan ia boleh ditukar menjadi pesawat jarak jauh bila diperlukan.

747-400ER ialah siri 400 yang mampu terbang dengan jarak yang terjauh didalam model 747. Ia juga datang dalam bentuk kargo sepenuhnya iaitu 747-400ERF. Satu pelan kini sedang dibangunkan untuk model terbaru iaitu 747-400XQLR, kini ditukar menjadi 747 Advanced, yang mampu terbang dengan jarak yang lebih jauh.

Pesawat kargo 747

[sunting | sunting sumber]

Boeing mengumumkan pada Oktober 2003 bahawa komponen-komponen untuk 7E7/787 , yang dibina diseluruh dunia, akan diterbangkan ke Everett, Washington untuk dicantumkan. Oleh itu, Boeing membuat modifikasi terhadap 747-400 menjadi pesawat kargo.

Tempoh penghantaran dapat dipendekkan menjadi 30 hari dengan menggunakan satu 747. Ini cukup penting kerana sayap 787 direka di Jepun. [1] [2]

747X adalah satu cadangan untuk mereka siri 747 dengan keluasan dek atas ditambah, sama seperti 757-500. Tetapi cadangan ini ditolak setelah pembangunan 747Adv di dalam proses.

747 Advanced

[sunting | sunting sumber]

Boeing sekarang ini membuat satu usaha sama dengan syarikat pernerbangan untuk mereka siri terbaru 747, Boeing 747 Advanced yang akan menggunakan kokpit dan enjin yang sama dengan 7E7/787. Boeing 747 Advanced direka untuk terbang dengan lebih senyap, lebih ekonomik dan baik untuk alam semulajadi. Ia berkapasiti seramai 500 penumpang dengan konfigurasi 3-kelas dan mampu terbang sejauh 8000 batu nautika atau 18,816 km dengan kelajuan 0.86 Mach.

Penjana kuasa

[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]
Boeing 747
Ukuran B747-100 (versi terawal) B747-400ER (versi termoden)
Panjang 70.7 m 70.7 m
Rentang sayap 59.6 m 64.4 m
tinggi 19.3 m 19.4 m
Keluasan sayap 511 m² 541 m²
Berat bersih 162.4 t 180.8 t
Berat maksimum untuk terbang 340.2 t 412.8 t
Kelajuan maksimum 967 km/h 939 km/h
Jarak maksimum   9,040 km 14,200 km
Kapasiti kargo   170.6 CBM (5 palet + 14 LD1s) 158.6 CBM (4 palet + 14 LD1s)
Contoh enjin 4 × Pratt & Whitney JT9D setiap satu dengan tujahan 209 kN 4 × General Electric CF6-80 setiap satu dengan tujahan 274 kN
Krew Kokpit Tiga Dua

Kemalangan

[sunting | sunting sumber]

Seperti pada September 2010, 747 telah terlibat dalam 124 kemalangan,[9] termasuk 49 hull-loss accidents,[10] mengakibatkan 2,852 kematian. 747 terlibat dalam 31 perampasan, yang mana menyebabkan 25 kematian.[11]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  1. ^ a b Rumerman, Judy. "The Boeing 747", U.S. Centennial of Flight Commission. Retrieved: 30 April 2006.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 747_O_D_summ
  3. ^ "Boeing Commercial Airplanes prices." The Boeing Company. Retrieved: August 8, 2012.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Disc_Chan_747
  5. ^ Branson, Richard. "Pilot of the Jet Age." Diarkibkan 2016-08-09 di Wayback Machine Time, December 7, 1998. Retrieved: December 13, 2007.
  6. ^ "A380 superjumbo lands in Sydney." BBC, October 25, 2007. Retrieved: August 3, 2010. Quote: "The superjumbo's advent ends a reign of nearly four decades by the Boeing 747 as the world's biggest airliner."
  7. ^ "Technical Characteristics – Boeing 747-400", The Boeing Company. Retrieved: April 29, 2006.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 747sp
  9. ^ "Boeing 747 incidents." Aviation-Safety.net, September 3, 2010. Retrieved: September 3, 2010.
  10. ^ "Boeing 747 hull-loss occurrences." Aviation-Safety.net, September 3, 2010. Retrieved: September 3, 2010.
  11. ^ "Boeing 747 Accident Statistics." Aviation-Safety.net, Retrieved: December 16, 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy