Briged
Briged (Brigade) adalah satu formasi tempur di dalam Tentera Darat Malaysia dan juga pasukan-pasukan tentera negara lain, dan biasanya mempunyai kekuatan 3 batalion ataupun rejimen. Kadangkala bilangan batalion diubah menjadi empat batalion ataupun dua batalion mengikut keperluan taktikal.
Sesuatu Briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1 x bateri artileri, 1 x skuadron semboyan, 1 x kompeni polis tentera, 1 x platun risik, 1 x skuadron askar jurutera, dan 1 x Detasmen Bantuan Ringan Kor Jurutera Letrik Dan Jentera.
Briged biasnya diketuai oleh seorang Brigedier Jeneral, tetapi kadangkala diberikan perintah kepada Kolonel. Briged boleh beroperasi secara sendirian sebagai Briged Bebas tetapi lazimnya menjadi unit di dalam sesebuah divisyen.
Jenis briged
[sunting | sunting sumber]Terdapat 3 jenis briged dalam Tentera Darat Malaysia.
Briged Infantri
[sunting | sunting sumber]Briged Infantri mempunyai 3 batalion infantri dan tidak mempunyai perisai dalam senarai kelengkapannya. Anggota briged infantri bergerak sama ada menggunakan lori tentera ataupun secara berjalan kaki.
Briged Mekanis
[sunting | sunting sumber]Anggota briged mekanis bergerak di medan pertempuran menggunakan kenderaan infantri berperisai seperti ACV300 Adnan K200 KIFV 4x4 APC Condor & AV8 Gempita
Kenderaan berperisai akan membawa anggota briged mekanis di medan pertempur di mana anggota briged akan keluar daripada kenderaan berperisai mereka untuk bertempur.
Kenderaan berperisai mereka akan seterusnya digunakan sebagai elemen bantuan dengan menggunakan mesingan ataupun meriam kecil.
Briged Infantri Mekanis mengandungi 4 buah Batalion Utama terdiri Batalion Ke 12 Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion Ke 7 Rejimen Renjer Diraja Batalion ke 14 Rejimen Askar Melayu Diraja & Batalion ke 19 Rejimen Askar Melayu Diraja
Briged Para
[sunting | sunting sumber]Briged Para terdiri daripada 4 buah batalion tentera infantri terdiri dari Batalion Ke 8 Renjer Diraja Batalion Ke 9 Renjimen Askar Melayu Diraja Batalion Ke 17 Rejimen Askar Melayu Diraja & Batalion Ke 18 Rejimen Askar Melayu Diraja yang dilatih untuk menggunakn payung terjun untuk memasuki medan pertempuran. Selepas mencecah tanah, mereka menjadi pasukan infantry biasa.
Disebabkan mereka dibawa ke medan tempur dengan pesawat udara, kelengkapan mereka hanya meliputi kelengkapan ringan.
Dengan ini batalion para boleh digerakkan dengan cepat dari markas ke medan tempur. Dengan demikian, briged Para digunakan sebagai unit utama dalam Pasukan Atur Cepat (PAC) Tentera Darat Malaysia.
Briged Perisai
[sunting | sunting sumber]Satu jenis briged yang mungkin ditubuhkan oleh Tentera Darat Malaysia ialah Briged Perisai yang mempunyai elemen tempur terdiri dari rejimen perisai dan batalion mekanis. Biasanya briged perisai mempunyai dua rejimen kereta kebal MBT dan satu batalion askar mekanis. Ketika ini, Tentera Darat Malaysia masih belum mempunyai briged perisai.