Pergi ke kandungan

Cindai (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Cindai"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Cindai
Dilancarkan29 Oktober 1997
DirakamkanJun 1997
FormatSingle CD
GenrePop etnik
Panjang4:56
SyarikatSuria Records
PenulisPak Ngah, Hairul Anuar Harun
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi single Siti Nurhaliza

|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:

  1. B0C4DE;" | Senarai runut Cindai

|- | colspan="3" |

""Bisikan Asmara"
(1997)"
"Cindai" ""Joget Pahang"
(1997)
Siti Nurhaliza - Cindai (muzik video) di YouTube
"Cindai"
(Trek 1)
"Laksamana Mati Dibunuh"
(Trek 2)
"

sunting · sunting di Wikidata

Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Cindai" ialah single pertama daripada album yang sama judulnya, nyanyian Siti Nurhaliza sebagai percubaan awal dalam genre pop etnik.

Kandungan dan lirik

[sunting | sunting sumber]

Sebuah lagu Melayu tradisional yang berdurasi selama 4 minit dan 56 saat, dicipta oleh Suhaimi Mohd Zain atau lebih terkenal sebagai Pak Ngah dengan lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun. Keseluruhan lagu Cindai menceritakan tentang kekecewaan seseorang yang cuba untuk bermandiri dalam hidupnya walaupun banyak dugaan mendatang dalam hidupnya.

Komposisi rangkap

[sunting | sunting sumber]
  • Rangkap 1:
    • Cindai bermaksud sejenis kain atau dalam lagu ini lebih kepada Pontianak ataupun lembaga, tetapi Cindai itu boleh dianggap seperti seseorang yang sangat berduka dan mengasingkan diri kerana Cindai itulah hantu yang tak boleh dilihat, jadi dia cuba menganggap dirinya seperti hantu kerana orang lain sudah tidak memperdulikannya lagi dan dia rasa dirinya sudah mati akibat kekecewaannya.
    • Cindai itu ataupun ( orang yg kecewa dan bersedih itu), cuba untuk melupakan masalahnya dengan cuba untuk berhias. tetapi malangnya cerminnya retak. mungkin cermin itu melambangkan hatinya yang hancur.
  • Rangkap 2:
    • menceritakan Cindai itu walaupun seorang yang kaya, dia juga mengalami kekecewaan dalam hidupnya.

walaupun dia mempunyai tilam emas dan cadar daripada intan, segala harta masih tidak mengatasi masalah dia dan dia hanya mampu tidur berbantalkan lengan untuk meratapi nasib.

  • Rangkap 3:
    • menceritakan si cindai tersebut kecewa dengan cinta yang diberikan kepada temannya yang baru hendak berputik tetapi sudah layu. digambarkan menerusi bunga yang dijaga rapi tetapi gugur sebelum berkembang.
  • Rangkap 4:
    • menceritakan kekecewaan Cindai tersebut yang mempunyai harapan menggunung terhadap cintanya.... walaupun dia masih cuba untuk menawan impiannya (di lagu ini menggambarkan impiannya seperti gunung) tetapi masih gagal untuk memenangi hati temannya.
  • Rangkap 5:
    • menceritakan kisah percintaan Cindai tersbut berduka dengan cuba memujuk hatinya dan hanya mampu merajuk yang berpanjangan dengan cinta hatinya.
  • Rangkap 6:
    • menceritakan kisah cindai tersebut yang cuba untuk membuat perkara yang tidak baik (bunuh diri) atau seumpamanya kerana dia tahu yang dia sudah putus harapan.

Atau juga cindai itu menyatakan dirinya sudah membuat keputusan yang salah iaitu mengambil risiko untuk bercinta dengan orang yang lagi tinggi darjat daripada dirinya. ini dibuktikan dengan sebutan menaiki kapal diperbuat daripada lilin dan layar daripada kertas (melambangkan dirinya) dan akan menyeberang lautan api (melambangkan temannya).

  • Rangkap 7:
    • cindai itu cuba menyatakan apa masalah dia. rupa-rupanya temannya hanya bertanam tebu di tepi bibir sedangkan semua yang dikatakannya tidak benar dan menyakitkan hati si cindai apabila dia tahu perkara sebenarnya. ini dibuktikan apabila dia mengatakan rebung di hati berduri yakni hati temannya.
  • Rangkap 8:
    • akhirnya si cindai menyerah dan menyatakan dia bukan mahu membuka aib sesiapa dan bukan mahu mengadu domba, dia hanya meyatakan kesedihannya sahaja dan mengharapkan ada sinar suatu hari nanti.

Muzik video

[sunting | sunting sumber]

Muzik video Cindai menjalani penggambaran di Melaka Bandaraya Bersejarah, terutamanya di tinggalan pintu Kota A'Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).

Persembahan secara langsung

[sunting | sunting sumber]

Lagu ini juga dipersembahkan oleh Siti sewaktu majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara, Bukit Jalil.[1]

Pada 1 April 2005, beliau menyanyikan Cindai sebagai sebahagian daripada medley lagu Zapin daripada bersama-sama dengan Mahligai Permata dan Ya Maulai pada akhir Irama Malaysia segmen konsert solo beliau di Royal Albert Hall, London. Beliau juga menyampaikan lagu yang sama di Konsert SATU beliau pada 26-28 Julai 2009 di Istana Budaya, sebagai sebahagian daripada medley tradisional.[2]

Pada 5-7 Julai 2013, semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas, Siti menyanyikan Cindai yang diberikan gubahan baru oleh Syed Sharir Faisal Syed Hussein.[3] Siti juga menyanyikan lagu Cindai yang diberikan gubahan baru oleh Ruslan Imam semasa persembahannya di Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 20-24 September 2013.[4]

Versi lagu saduran

[sunting | sunting sumber]

Cindai telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina (Mandarin) dinyanyikan oleh penyanyi China, Chien Bai Hui dengan beberapa lirik kekal tidak diterjemahkan. Bai Hui mendakwa bahawa dia tidak boleh mengubah lirik asal kerana komposisi yang indah dan puitis.

Lagu "Cindai" alunan Datuk Siti Nurhaliza yang mula popular pada 1997 itu masih dianggap lagu malar segar, malah ‘berhantu’ sehingga kini. Pelbagai kisah seram timbul susulan terciptanya lagu tersebut, termasuk sering disalah erti sebagai merujuk kepada hantu pontianak.[5] Menurut penulis liriknya, Haiul Anuar Harun yang sehingga kini masih lagi menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai makna di sebalik lagu tersohor itu.[5] Ujarnya, hampir keseluruhan seni kata lagi Cindai berbentuk pantun dengan setiap pembayang dan maksudnya selari dengan apa yang ingin disampaikan.[5] Walaupun di dalam pantun, senikata lagu Cindai menggunakan pelbagai gaya bahasa seperti metafora, paradoks, hiperbola, paralelisme, epizeukis dan aliterasi.[5]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukMasa
1."Cindai"4:57


Kedudukan carta

[sunting | sunting sumber]
Carta (1998) Kedudukan tertinggi
dalam carta
Radio Muzik 1
Muzik Muzik 1

Tarikh keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Tarikh Format Label
Malaysia 29 Oktober 1997 Keluaran siaran radio Suria Records

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Siti Nurhaliza - Cindai ( Live In Commonwealth Games 1998 )
  2. ^ Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB! Diarkibkan 2016-11-04 di Wayback Machine Siti Azira Abdul Aziz. mStar (20 Mei 2009).
  3. ^ Sultan Muzaffar (16 Julai 2012). "Siti Nurhaliza Ke Dewan Filharmonik Petronas?". Gua.com.my. Dicapai pada 1 November 2013.
  4. ^ "Lentera Timur cukup hebat". Kosmo!. 25 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-06. Dicapai pada 2013-10-03.
  5. ^ a b c d Lagu Cindai seru pontianak Utusan Malaysia (4 Jun 2016). Capaian 5 Jun 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy