Pergi ke kandungan

Empayar Mongol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Great Mongol State
ᠶᠡᠬᠡ
ᠮᠣᠩᠭᠣᠯ
ᠤᠯᠤᠰ

Yeke Mongγol Ulus
1206–1368
Pengembangan empayar Mongol 1206–1294 superimposed on a modern political map of Eurasia
Pengembangan empayar Mongol 1206–1294
superimposed on a modern political map of Eurasia
StatusKhagan (Empayar Nomad)
Ibu negaraAvarga (1206–1235)
Karakorum (1235–1260)
Khanbaliq (1271–1368)
Bahasa yang umum digunakan
Agama
KerajaanMonarki
Khagan-Maharaja[b] 
• 1206–1227
Genghis Khan
• 1229–1241
Ögedei Khan
• 1246–1248
Güyük Khan
• 1251–1259
Möngke Khan
• 1260–1294
Kublai Khan (pemerintah nominal)
• 1333–1368
Toghon Temür (pemerintah nominal)
Badan perundanganKurultai
Sejarah 
• Genghis Khan naik takhta
1206
1250–1350
1260–1294
• Kejatuhan Ilkhan
1335
• Perpecahan Khaniyah Chagatai
1347
• Keruntuhan Dinasti Yuan
1368
• Keruntuhan Golden Horde (Horde Agung)
1502
Keluasan
1206[4]4,000,000 km2 (1,500,000 bt2)
1227[4]12,000,000 km2 (4,600,000 bt2)
127932,156,358 km2 (12,415,639 bt2)
1294[4]23,500,000 km2 (9,100,000 bt2)
1309[4]24,000,000 km2 (9,300,000 bt2)
Mata wangVarious[c]
Didahului oleh
Diganti oleh
Khamag Mongol
Empayar Khwarazmia
Qara Khitai
Dinasti Jin
Dinasti Song Selatan
Xia barat
Kerajaan Abbasiah
Negeri Nizari Ismaili
Kievan Rus'
Volga Bulgaria
Cumania
Alania
Kerajaan Dali
Konfederisasi Kimek–Kipchak
Kesultanan Rûm
Khaniyah Chagatai
Golden Horde
Ilkhanate
Dinasti Yuan

Templat:Campaignbox Mongol invasions and conquests


Perkembangan Empayar Mongol
Peta Empayar Mongol

Empayar Mongol (Mongolia:Mengenai audio inidengar Mongol-yn Ezent Güren, merujuk kepada empayar yang diperintah oleh Khan Agung Mongol semasa kurun ke-13 hingga ke-14. Ia asalnya dinamakan Mongol Besar, Negeri Mongol Agung, (Mongolia: Ikh Mongol Uls). Empayar ini merupakan antara yang terbesar dalam sejarah. Orang Mongol berasal daripada sekitar pergunungan Khingan di timur, di barat pergunungan Altai dan Tian, Sungai Shilka dan banjaran berdekatan dengan Tasik Baikal di utara, serta selatan Tembok Besar China. Bermula dengan hanya padang rumput steppe di Asia Tengah, empayar ini berkembang dengan kawasan yang meliputi Eropah Timur sehinggalah ke Laut Jepun, merangkumi sebahagian besar kawasan Siberia di utara merentasi selatan ke sebahagian Asia Tenggara serta benua kecil India dan wilayah Timur Tengah. Umum dikenali sebagai empayar yang memiliki wilayah berdampingan terbesar di dalam sejarah manusia. Ketika kemuncaknya, ia merentasi jarak 9,700 km, meliputi kawasan seluas 24,000,000 km2 [5][6][7][8] iaitu bersamaan 16% daratan Bumi dan menguasai sejumlah 100 juta penduduk.

Empayar ini diasaskan oleh Genghis Khan pada tahun 1209 apabila beliau berjaya menyatukan suku-suku bangsa Mongol. Empayar Mongol berkembang sangat pesat di bawah kepimpinan Genghis Khan serta keturunan beliau apabila mereka menghantar tentera penakluk ke segenap pelusuk dunia. [9][10][11][12][13][14]Genghis Khan meninggal dunia pada 1227 dan digantikan oleh Kublai Khan yang meluaskan empayar dan mengasaskan Dinasti Yuan di China. Empayar luas yang merentasi benua Asia menghubungkan tamadun-tamadun di antara dunia Barat dan Timur, sehingga memwujudkan kebudayaan baru menggantikan kebudayaan lama. Di bawah penguasaan Mongol, teknologi baru, komoditi serta idealogi mengalami pertukaran merentasi kawasan Eurasia. Pertukaran yang berlaku adalah pelbagai bermula dari kartografi hingga ke percetakan dan dari pertanian hingga ke astronomi.[15][16]

Empayar Mongol mula berpecah pada kurun ke-14. Mereka sama ada diserapkan ke kuasa lain atau dikalahkan.

Nama empayar Mongol boleh ditafsirkan sebagai Ikh Mongol Uls (ikh: "besar", uls: "negara"; Negara Mongolia Besar).[17] Pada tahun 1240-an, salah seorang keturunan Genghis, Güyük Khan, telah menulis sepucuk surat kepada Paus Innocent IV yang mana menggunakan awalan "Dalai (besar/oceanic) Khagan daripada negara Mongolia besar (ulus)".[18]

Selepas perang pewarisan antara Kublai Khan dan saudara lelaki beliau Ariq Böke, Ariq menghadkan kuasa Kublai ke bahagian timur empayar. Kublai secara rasminya telah mengeluarkan sebuah edik diraja pada 18 Disember 1271 untuk menamakan negara Yuan Besar (Dai Yuan, atau Dai Ön Ulus) dan mengasaskan dinasti Yuan. Beberapa sumber menyatakan bahawa nama penuh Mongolia adalah Dai Ön Yehe Monggul Ulus.[19]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kołodziejczyk, Dariusz (2011). The Crimean Khanate and Poland-Lithuania: International Diplomacy on the European Periphery (15th-18th Century). A Study of Peace Treaties Followed by Annotated Documents. Leiden, South Holland: Brill. ISBN 978-90-04-19190-7.
  2. ^ Kim, Hyun Jin (2013). The Huns, Rome and the Birth of Europe. Cambridge University Press. m/s. 29. ISBN 978-1-107-06722-6. Dicapai pada 20 November 2016.
  3. ^ "太祖本纪 [Chronicle of Taizu]". 《元史》 [History of Yuan] (dalam bahasa Cina). 元年丙寅,大会诸王群臣,建九斿白旗,即皇帝位于斡难河之源,诸王群臣共上尊号曰成吉思皇帝["Genghis Huangdi"]。
  4. ^ a b c d Taagepera, Rein (September 1997). "Expansion and Contraction Patterns of Large Polities: Context for Russia". International Studies Quarterly. 41 (3): 475–504. doi:10.1111/0020-8833.00053. JSTOR 2600793. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  5. ^ Finlay, Pilgrim Art, p. 151
  6. ^ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/102315/history-of-Central-Asia/73543/Creation-of-the-Mongol-empire
  7. ^ «Mongolia se encomienda a Gengis Jan» (en español). diario El País 18.08.2007 (2007). Consultado el 19/06/2008.
  8. ^ Peter Turchin, Thomas D. Hall and Jonathan M. Adams, "East-West Orientation of Historical Empires Diarkibkan 2007-02-22 di Wayback Machine", Journal of World-Systems Research Vol. 12 (no. 2), pp. 219-229 (2006).
  9. ^ Diamond, Guns, Germs, and Steel, p. 367
  10. ^ The Mongols and Russia, by George Vernadsky
  11. ^ The Mongol World Empire, 1206-1370, by John Andrew Boyle
  12. ^ The History of China, by David Curtis Wright, p. 84
  13. ^ The Early Civilization of China, by Yong Yap Cotterell, Arthur Cotterell, p. 223
  14. ^ Mongols and Mamluks: The Mamluk-Ilkhanid War, 1260-1281 by Reuven Amitai-Preiss
  15. ^ Gregory G.Guzman - Were the barbarians a negative or positive factor in ancient and medieval history?, The historian 50 (1988), 568-70
  16. ^ Thomas T.Allsen - Culture and conquest in Mongol Eurasia, 211
  17. ^ Sanders. p. 300.
  18. ^ Saunders. History of the Mongol conquests. p. 225.
  19. ^ Rybatzki. p. 116.
  • Finlay, Robert (2010). The Pilgrim Art: Cultures of Porcelain in World History. Berkeley: University of California Press. ISBN 9780520244689.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy