Pergi ke kandungan

Eredivisie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eredivisie
NegaraBelanda Belanda
KonfederasiUEFA
Ditubuhkan1956
Bilangan pasukan18
Disingkirkan keEerste Divisie
ArasTahap 1
Piala domestikPiala KNVB
Piala antarabangsaLiga Juara-Juara UEFA
Liga Eropah UEFA
Juara semasaFeyenoord (kemenangan ke-15) (2016–17)
Kejuaraan terbanyakAjax (33 kemenangan)
Rakan TVFox Sports Eredivisie
NOS (Highlights)
Tapak sesawangEredivisie.nl
Eredivisie 2017–18

Eredivisie (Sebutan Belanda: [ˈeːrədiˌvizi], [é-rĕ-di-vi-zi]; "Divisyen Terhormat" atau "Divisyen Perdana") adalah pelapis bola sepak profesional tertinggi Belanda. Liga ini telah didirikan pada tahun 1956, dua tahun setelah bermulanya sepak bola profesional di Belanda. Pada akhir musim 2015-2016, ia telah menduduki tempat ke-13 dalam senarai liga terbaik Eropah oleh UEFA.[1]

Divisyen atas ini terdiri daripada 18 buah kelab. Setiap kelab bertemu setiap kelab lain dua kali dalam semusim, sekali sebagai tuan rumah dan sekali sebagai pasukan tetamu. Pada akhir setiap musim, kelab terbawah secara automatiknya diturunkan ke tahap kedua dari sistem liga Belanda iaitu Eerste Divisie ("Divisyen Pertama"). Pada masa yang sama, juara Eerste Divisie akan secara automatik dinaiktaraf ke Eredivisie. Dua kelab-kelab dari bawah Divisyen tersebut akan mara ke perlawanan semula (play-off) penaikan/penyingkiran yang berasingan Perlawanan-perlawanan ini dimainkan dalam dua kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai satu kelab Divisyen dan tiga kelab tinggi Eerste Divisie. Dalam kedua-dua perlawanan semula ini, setiap kelab bermain dalam siri ganda sebagai tuan rumah dan tetamu (home-and-away series) dengan kelab-kelab lain. Pemenang setiap perlawanan kumpulan ini akan bermain di Eredivisie berikutnya manakala pasukan-pasukan lain mara ke Eerste Divisie.

Gelaran kelab tersohor Belanda telah diputuskan melalui perlawanan semula oleh segelintir kelab-kelab yang pernah memenangi liga wilayah masing-masing sejak penubuhan kejuaraan bola sepak di negara tersebut sehingga tahun 1954.[2] Pertandingan ini dilakukan secara amatur semata-mata; Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (Koninklijke Nederlandse Voetbalbond, KNVB) menolak apa-apa bentuk pembayaran serta menggantung pemain yang ditangkap menerima gaji atau yuran pemindahan.[3] Dorongan untuk memajukan kemahiran bola sepak profesional pada peringkat negara mula berputik pada awal tahun 1950an setelah banyak anggota pasukan negara Belanda berpindah ke luar negeri untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan.[4] KNVB biasanya akan menggantung pemain-pemain ini lalu mencegah mereka dari muncul dalam pasukan negara. Selepas berlakunya banjir Laut Utara pada tahun 1953, pemain-pemain Belanda di luar negara (yang terutamanya bermain di liga Perancis) menganjurkan suatu perlawanan amal bersama pasukan negara Perancis di Paris. Perlawanan ini diboikot oleh KNVB, namun kemenangan pasukan Belanda mengalahkan Perancis (2-1) membuka mata orang ramai mengenai kehebatan yang boleh dicapai mereka melalui permainan bola sepak profesional.[5] Untuk melayani kepentingan perlawanan sebegini yang semakin meningkat, suatu persatuan pembangkang sepak bola profesional iaitu Persatuan Bola Sepak Profesional Belanda (Nederlandse Beroeps Voetbal Bond, NBVB) serta liganya yang tersendiri diasaskan untuk musim 1954-1955.[6] Pada 3 Julai 1954, KNVB bertemu dengan sekumpulan pengerusi kelab amatur yang bimbang pemain-pemain terbaik dari kelab-kelab tersebut akan menyertai pasukan profesional. Pertemuan yang digelar slaapkamerconferentie ('persidangan bilik tidur') membawa kepada penerimaan KNVB terhadap semi-profesionalisme dengan berat hatinya.

Sementara itu, kedua-dua KNVB dan NBVB memulakan perlawanan yang berasinga. Perlawanan bola sepak pertama yang dipertandingkan ialah antara Alkmaar dan Venlo. Liga tersebut berterusan selama 11 pusingan sebelum penggabungan kedua-dua persatuan ini melalui rundingan pada bulan November tahun 1954, maka kedua-dua liga yang sedia ada dibatalkan dan segera digantikan oleh suatu perlawanan gabungan yang baru. De Graafschap, Amsterdam, Alkmaar dan Fortuna '54 dari NBVB diterima masuk ke dalam liga baru ini. Sebahagian kelab-kelab lain bergabung menjadi kelab dengan nama yang baru seperti Rapid J.C., Holland Sport dan Roda Sport. Liga (semi)profesional pertama ini telah dimenangi oleh Willem II.[7] Untuk musim tahun 1956-57, KNVB meninggalkan sistem liga wilayah dengan sistem Eredivisie yang baru diasaskan, di mana 18 buah kelab terbaik di seluruh negara terus bermain untuk kejuaraan liga tanpa sebarang perlawanan semula. Kelab-kelab anggota pertama yang menduduki Eredivisie ini pada tahun 1956 ialah Ajax, BVC, BVV, DOS, EVV, Elinkwijk, SC Enschede, Feijenoord, Fortuna '54, GVAV, MVV, NAC, NOAD, PSV, Rapid J.C., Sparta, VVV '03 dan Willem II.[8] Ajax merupakan pasukan pertama untuk meraih gelaran juara liga pada musim itu.

Prestasi mengikut kelab

[sunting | sunting sumber]
Kelab Bilangan kemenangan Bilangan sebagai
naib pemenang

Tahun-tahun memenangi liga
Ajax 33

23 1917–18, 1918–19, 1930–31, 1931–32, 1933–34, 1936–37, 1938–39, 1946–47, 1956–57, 1959–60, 1965–66, 1966–67, 1967–68, 1969–70, 1971–72, 1972–73, 1976–77, 1978–79, 1979–80, 1981–82, 1982–83, 1984–85, 1989–90, 1993–94, 1994–95, 1995–96, 1997–98, 2001–02, 2003–04, 2010–11, 2011–12, 2012–13, 2013–14
PSV 23

14 1928–29, 1934–35, 1950–51, 1962–63, 1974–75, 1975–76, 1977–78, 1985–86, 1986–87, 1987–88, 1988–89, 1990–91, 1991–92, 1996–97, 1999–00, 2000–01, 2002–03, 2004–05, 2005–06, 2006–07, 2007–08, 2014–15, 2015–16
Feyenoord 15

21 1923–24, 1927–28, 1935–36, 1937–38, 1939–40, 1960–61, 1961–62, 1964–65, 1968–69, 1970–71, 1973–74, 1983–84, 1992–93, 1998–99, 2016–17
HVV Den Haag 10

1 1890–91, 1895–96, 1899–00, 1900–01, 1901–02, 1902–03, 1904–05, 1906–07, 1909–10, 1913–14
Sparta Rotterdam 6 1908–09, 1910–11, 1911–12, 1912–13, 1914–15, 1958–59
RAP 5 3 1891–92, 1893–94, 1896–97, 1897–98, 1898–99
Go Ahead Eagles 4 5 1916–17, 1921–22, 1929–30, 1932–33
Koninklijke HFC 3 3 1889–90, 1892–93, 1894–95
Willem II 3 1 1915–16, 1951–52, 1954–55
HBS Craeyenhout 3 1903–04, 1905–06, 1924–25
AZ 2 2 1980–81, 2008–09
Heracles Almelo 2 1 1926–27, 1940–41
ADO Den Haag 2 1941–42, 1942–43
RCH 2 1922–23, 1952–53
NAC Breda 1 4 1920–21
FC Twente 1 3 2009–10
DWS 1 3 1963–64
Roda JC Kerkrade* 1 2 1955–56
Be Quick 1 2 1919–20
FC Eindhoven 1 2 1953–54
SC Enschede 1 1 1925–26
DOS 1 1 1957–58
FC Den Bosch 1 1 1947–48
De Volewijckers 1 1943–44
HFC Haarlem 1 1945–46
Limburgia 1 1949–50
SVV 1 1948–49
Quick Den Haag 1 1907–08
VV Concordia 1 1888–89
  1. ^ "Country coefficients 2015/16". uefa.com. UEFA. Dicapai pada 19 Julai 2016.
  2. ^ "Netherlands – Regional Analysis". RSSSF. Dicapai pada 12 October 2013.
  3. ^ "Eredivisie – ontstaan" (dalam bahasa Belanda). Vak Q. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 13 Oktober 2013.
  4. ^ "Professionalism and European Games". TimeRime. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-21. Dicapai pada 12 Oktober 2013.
  5. ^ "De Watersnoodwedstrijd van Cor van der Hart" (dalam bahasa Belanda). Sportgeschiedenis. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2007. Dicapai pada 13 Oktober 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ "Netherlands Final Tables 1950–1954". RSSSF. Dicapai pada 12 Oktober 2013.
  7. ^ "Netherlands 1954/55". RSSSF. Dicapai pada 12 Oktober 2013.
  8. ^ "Netherlands 1956/57". RSSSF. Dicapai pada 12 Oktober 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy