Pergi ke kandungan

Esma Daniel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Esma Daniel
Kelahiran
Esma Daniel bin Md Isa

(1969-01-16) 16 Januari 1969 (umur 55)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1990–kini
Pasangan
  • Sherie Merlis (k. 1992; c. 1997)
  • Nitra Sari Omar (k. 2002; c. 2016)
  • Nur Atira Mazlan (k. 2023)
Anak-anak8

Esma Daniel Md Isa (lahir 16 Januari 1969) merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburannya pada 1991 selepas menjuarai pertandingan Hero Remaja 1990/91.[1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Esma dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Ipoh, Perak. Beliau berkahwin pada 20 Oktober 2002 dan mempunyai enam anak. Esma memfailkan perceraian mereka pada 2016. Beliau sebelum ini berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis dan mempunyai dua anak.[2]

Esma Daniel merupakan salah seorang dari finalis Hero Remaja 1990/91 bersama Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman; beliau meraih gelaran juara. Selepas Hero Remaja tamat, Esma ditawarkan membintangi filem pertamanya, Interlud arahan Othman Zainuddin yang ditayangkan pada 1992, turut dibintangi oleh Louisa Chong dan Wan Maimunah. Beliau muncul pula menerusi filem XX Ray arahan Aziz M. Osman.

Beliau juga pernah membintangi telefilem Neon arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Danny X-Factor, Melissa Saila, Abby Abadi, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.[3]

Esma menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Zaiton: Ceritaku yang berkisarkan tentang kehidupan dan kerjaya penyanyi veteran terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.[4] Beliau memegang watak sebagai Inspektor Zamri dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.[5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Interlud Filem pertama
XX Ray Sharul
2008 Anak Doktor
2009 Santau Halim
2011 Dilarang Masuk Rawis
2012 3 Temujanji Eizlan
Zaiton: Ceritaku Filem arahan pertama
Baik Giler!! Joe
2015 Ada Apa Dekat Bas Stop
2016 Pelepas Saka Adnan
Showdown The Movie Rosman
Kampung Drift Pak Din
Rock Bro! Zack Penampilan khas
2017 Jibam Suman
2018 Badang Pak Tam
KL Special Force Inspektor Zamri
2021 Janet: Sumpah Terlarang Pak Erwin
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Brigadier Jeneral Rahim Mohamad
Juang Pegawai Kanan Nadma
Seratus Borhan Penampilan khas
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Hakim
2024 Sheriff: Narko Integriti Tuan Roslan
Danum Iskandar
2025 Legasi Wira Merah Pos-produksi
TBA Perisik Pra-produksi

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Neon Pelanggan Kedai Runcit II Astro Ria
Airmata Ibu VCD
2009 Kenderaan Ke Syurga Malik Astro Prima
2013 Kasih Berbisik Ayah
2015 Jodoh Memang Tak Pergi Kemana Tuan Mansor Unifi TV
2016 Payung Emas TV AlHijrah
Syahadah Yang Hilang Astro Mustika HD
2018 Wish List Raya Razali (Bapa Aiman) NTV7
2019 Wakaf Dosa Dekan TV3
2022 Jangan Malu Menangis Razak TV9
Matahari Tak Bercahaya Doktor TV3
Along TV Okey
2020 Mohon Hantuan Astro Citra
2023 Satu Hari Di Bulan Februari Kamal TV1
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Maria Mariana The Series Cikgu Syam TV3 Drama pertama
2002 Sembilu Joe TV2
2006 Sembilu Kasih TV3/TV9
2007 Atiqah Najwa Datuk Faris TV1
2008 Impian Illyana Azri TV3
Sunsilk Impian
2009 Dua Marhalah Kamal Astro Oasis
Bio-Nik Dr. Syamil TV3
Sekudus Doa Arisa TV1
2010 Usia Cinta Kita TV2
2010–2011 Hani Mokhtar TV3
2011 Sahara Rizal
Ramadhan Terakhir Hashim
2013 Ruby Dato' Kamal
Jodoh Dato Azumi Alauddin Astro Ria Pelakon undangan
Cinta Jangan Pergi Ibrahim TV9
2014 7 Suami Dato' Naza
Romi Cinta Julia Malik TV3
PLAN B Dr. Rizman
Kifarah 2 Episod: "Kelentong"
2015 Ajaibnya Cinta Datuk Tajudin
Dendam Semalam Datuk Malik
2015–2016 Keluarga Pontimau Jabar
2016 Kahwin Muda Syed Amir
Cinta Hati Abah Pak Salleh
Bagaikan Kelip-Kelip Azman TV9
2017–2018 My Coffee Prince Kamal Astro Ria Penampilan khas
2018 Zahir Tak Terucap Razak TV3
Sejuta Rasa Buat Adelia Dato' Talhah Astro Ria
Jangan Benci Cintaku Tuan Shariman TV3
Cinta Bukan Kristal Dato' Manan
2019 Aurora Aisyah Zafran TV1
Asalkan Dia Bahagia Dato' Hijaz TV3
Cinta Non Grata Abdullah
2020 Rindu Yang Terindah Sofian
Pink Smile Tuan Irsyad
2020–2021 Tercipta Satu Ikatan Dato' Jeffrey Astro Ria
2021 Penjara Janji Razlan TV3
Perisik Cinta Tak Diundang Tuan Mukhsin
Ustazah Robotik Dato Hamzah TV AlHijrah
2022 Love In Lockdown Sooka
Antara Ikhlas & Kaca Datuk Hussein Awesome TV
Kerana Aku Isteri Bidaan Dato' Malik TV3
Tarik Aku Ke Syurga Dato' Azman
Demi Tuan Akhbar TV Okey
2023 Akira Khan Kamarul Astro Ria
Nenek Bongkok Tiga Hateem Viu
Andai Itu Takdirnya Dato Sri Syed Rahim Astro Ria
2024 Hello Jodoh Mr Roy TV3
Dedaun Hijau Di Angin Lalu Khairuddin Astro Ria
Bunga Salju Manan
TBA Kau Takdirkan Bersama Datuk Jamil TV3
Tahun Tajuk Watak
2012 Teater Tun Siti Hasmah Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
2017 Bahara Emas Sultan Mahmud
  1. ^ Ramlah Zainal (14 September 2017). "Dunia lakonan tidak ditinggalkan". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  2. ^ Syanty Octavia Amry (26 April 2017). Esma akur ketentuan jodohnya Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  3. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  4. ^ "Esma Daniel Akur Filem 'Zaiton Ceritaku' Gagal". mStar Online. 11 November 2002. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  5. ^ Aref Omar (9 Mac 2018). "Action packed collision course of drama and thrills". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy