Pergi ke kandungan

Francesco dari Assisi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Francesco dari Assisi
Francesco d'Assisi
Francis of Assisi
Potret Francis lukisan Philip Fruytiers
Founder of the Franciscan Order, Confessor of the Faith and Stigmatist
Lahir1181 atau 1182
Assisi, Duci Spoleto, Empayar Rom Suci
Meninggal3 October 1226 (aged 44 years)
Assisi, Umbria, Negeri-Negeri Paus[1]
Dihormati oleh
Dikanunkan16 Julai 1228, Assisi, Negeri-Negeri Paus oleh Paus Gregorius IX
Tempat keramatBasilika San Francesco d'Assisi
Hari perayaan4 October
AtributFranciscan habit, burung, stigmata, crucifix, buku, tengkorak
NaunganMazhab Fransiskus, haiwan, saudagar, ekologi, pelarian, Naga, Cebu, Itali

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Francesco dari Assisi (juga dalam Itali: Francesco d'Assisi, Latin: Franciscus Assisiensis, bahasa Inggeris: Francis of Assisi; nama lahir Giovanni di Pietro di Bernardone; 1181 atau 1182[2][3] - 3/4 Oktober 1226[4]) ialah seorang biarawan, diakon, mistik dan mubaligh Katolik Itali.[5] Beliau ialah salah satu tokoh yang paling disanjung dalam agama Kristian.[1]

Beliau dikanonkan menjadi santo oleh Paus Gregorius IX pada 16 Julai 1228. Beliau tidak sahaja menjadi santo penaung Itali tanah airnya malah alam sekitar dan haiwan-haiwan. Tarikh keraian beliau adalah 4 Oktober.

Awal hayat

[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir di Assisi pada akhir 1181 atau awal 1182 dengan nama Giovanni di Pietro kepada Bernardone dei Moriconi, seorang saudagar sutera Itali yang berjaya, dan Pica de Bourlemont, seorang bangsawati berasal dari Provence, Perancis.[6] "Giovanni" merupakan nama asalnya semasa dibaptiskan oleh ayahnya,[7] namun beliau dinamakan semula dengan nama "Francesco" ("orang Perancis") sebagai meraikan kejayaan ayahnya berdagang di negeri itu.[8]

Gaya hidup ibu bapanya membawa Francesco menjalani kehidupan yang serba mewah[9] di mana beliau sering berhibur denganlipur lara, mengumpul banyak barangan mewah dari rantau Transalpnya.[8] Namun, pertembungan beliau dengan seorang pengemis mula memutik rasa kesangsian terhadap kekayaan yang dinikmatinya.

Pada 1202, beliau menyertai suatu ekpedisi tentera dalam peperangan melawan Perugia. Walau bagaimanapun, beliau dikepung dan ditahan selama setahun di Collestrada,[10] beliau turut menghidap penyakit yang menyebabkannya muhasabah keadaannya lalu segera kembali ke Assisi. Pada 1205, beliau ke Apulia berkhidmat untuk tentera pembesar Gautier III de Brienne, namun suatu firasat mendorongnya tidak sahaja kembali ke kampung halamannya malah mula membuang minat terhadap kemewahan dan kekayaan harta.[9]

Menjadi rahib

[sunting | sunting sumber]

Pendalaman agama

[sunting | sunting sumber]

Beliau diceritakan mengalami kejadian mendapat luka tangan luar biasa di mana semasa bersembahyang di gunung Verna. Hal ini duburukkan dengan suatu penyakit trakoma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di seberapa kota; dia akhirnya menumpang rehat di sebuah pondok di Porziuncola.

Beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan beribadat di pondok tersebut pada malam Sabtu, 3 Oktober 1226,

Penulisan

[sunting | sunting sumber]

Penyanjungan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Brady & Cunningham 2020.
  2. ^ Castelli, Ferdinando (2002). Testi mariani del secondo millennio, (dalam bahasa Itali). 8. Città Nuova Editrice. m/s. 48.
  3. ^ Barcaro, Umberto (2014). Il sogno memorabile di Francesco d’Assisi (dalam bahasa Itali). FrancoAngeli. m/s. 15.
  4. ^ Frugoni, Chiara (2015). Quale Francesco? Il messaggio nascosto negli affreschi della Basilica superiore di Assisi (dalam bahasa Itali). Torino: Einaudi. m/s. 4. ISBN 978-88-06-22098-3. Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  5. ^ Delio 2013.
  6. ^ Englebert, Omer (1951). The Lives of the Saints. New York: Barnes & Noble. m/s. 529. ISBN 978-1-56619-516-4.
  7. ^ Dagger, Jacob (November–December 2006). "Blessing All Creatures, Great and Small". Duke Magazine. Dicapai pada 1 December 2019.
  8. ^ a b Chesterton, Gilbert Keith (1924). "St. Francis of Assisi" (ed. 14). Image Books: 158. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ a b Cross, F. L., penyunting (2005). "Francis of Assisi". The Oxford dictionary of the Christian church. New York: Oxford University Press. ISBN 0199566712.
  10. ^ St. Bonaventure; Cardinal Manning (1867). The Life of St. Francis of Assisi (from the Legenda Sancti Francisci) (ed. 1988). Rockford, Illinois: TAN Books & Publishers. m/s. 190. ISBN 978-0-89555-343-0.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy