Pergi ke kandungan

Khawarij

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Khawarij (bahasa Arab Khawārij خوارج), secara harfiah bermaksud "mereka yang keluar". Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali ibn Abi Talib tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh Masihi di selatan Iraq. Mereka berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.

Kumpulan Khawarij yang terselamat sehingga hari ini adalah seperti Ibādi di Oman, dan kelompok kecil di Zanzibar, Algeria, Tunisia dan Libya. Mereka bagaimana pun merujuk diri mereka sebagai ahl al-'adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).

Ulama dan kerajaan negara Islam sekarang melabelkan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan "Khawarij baru" kerana golongan pengganas seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum kafir melalui takfir (diterangkan kemudian).

Sejarah perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman bin Affan. Sesuai dengan tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali bin Abi Talib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang membunuh Uthman saja mengikut hukum qisas dalam Islam.

Kerana keengganan Muawiyyah mengikut hukum qisas,akhirnya terjadilah perang Siffin. Untuk berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini, orang-orang khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh Mu'awiyyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.

Ajaran utama

[sunting | sunting sumber]

Secara umum, ajaran utama golongan Khawarij adalah:

  1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat Imam Hasan al-Basri dan golongan Muktazilah).
  2. Kaum muslimin yang terlibat dalam perang Jamal, yakni perang antara Aisyah, Thalhah, dan Zubair melawan Ali ibn Abi Thalib dan orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
  3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.

Amalan mengkafirkan orang Islam lain ini dipanggil takfir. Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Melalui tafsiran inilah golongan Khawarij menghalalkan darah Ali dan Muawiyah untuk dibunuh. Pada zaman moden ini, terdapat kumpulan ekstrimis Islam yang mengguna pakai hukum takfir untuk membunuh mereka yang tidak berdosa termasuk orang Islam.

Pecahan golongan Khawarij

[sunting | sunting sumber]

Khawarij adalah mazhab pertama dalam sejarah Islam. Terdapat tujuh pecahan utama dalam mazhab Khawarij:

Pecahan kecil lain dalam mazhab ini adalah:

  • al-Ibaathiyyah;
  • ash-Shamraakhiyyah;
  • as-Salaydiyyah;
  • as-Sirriyyah;
  • al-'Azriyyah;
  • al-'Ajradiyyah;
  • ash-Shakkiyyah;
  • al-Fadhaliyyah;
  • al-Bayhasiyyah;
  • al-'Atwiyyah;
  • al-Fadeekiyyah;
  • al-Ja'diyyah;
  • ash-Shaybiyyah;
  • al-Haruriyah;
  • al-Khamariyyah;
  • ash-Sharaah.

Tokoh utama

[sunting | sunting sumber]

Antara tokoh-tokoh utama Khawarij adalah:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]

[ golongan yang pada mulanya menyokong saidina ali namun menolak di saat akhir. ]

[ terbentuk di selatan iraq pada akhir abad ketujuh ]

[ kelompok besar yang terselamat hingga kini ialah IBADI di oman ]

[ kelompok kecil yang terselamat pula berada di ZANZIBAR,TUNISA,ALGERIA dan LIBYA ]

[ khawarij membunuh saidina uthman kemudian kaum muslimin melantik saidina ali menjadi khalifah ]

[ saudaranya SAIDINA MUAWIYAH ingin membalas dendam kepada semua orang khawarij tetapi dihalang oleh ALI yang mengikuti hukum qisas dalam undang undang islam ]

[ mazhab khawarij terbahagi kepada 2 iaitu mazhab besar dan kecil ]

[ mazhab besar terbahagi kepada 7 manakala mazhab kecil terbahagi kepada 16 ]

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy