Pemenang akan layak ke Piala Dunia Kelab FIFA 2016. Memandangkan Jepun adalah tuan rumah bagi Piala Dunia Kelab FIFA 2016, jika pasukan dari Jepun memenangi Liga Juara-Juara AFC, pasukan tempat terbaik di luar Jepun dalam Liga Juara-Juara AFC akan juga layak.
Jawatankuasa Pertandingan AFC telah mencadangkan perubahan dalam pertandingan-pertandingan kelab AFC pada 25 Januari 2014,[1] yang telah diperbetulkan oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC pada 16 April 2014.[2] Satu technical ranking pada tahun 2014 telah di keluarkan oleh AFC berdasarkan prestasi pasukan-pasukan kebangsaan dan kelab-kelab ahli gabungan dalam tempoh empat tahun yang terakhir di dalam pertandingan-pertandingan AFC dengan peruntukan slot-slot untuk edisi tahun 2015 dan 2016 pertandingan-pertandingan kelab AFC ditentukan oleh ranking tersebut:[3]
^ Iraq telah diberi dua tempat di pusingan awal 2, tetapi tidak dibenarkan menyertai memandangkan tiada pasukan-pasukan dari negara mereka yang melepasi syarat-syarat perlesenan kelab.
^ Kuwait telah diberi satu tempat di pusingan awal 1, tetapi tidak dapat menyertai kerana persatuan negara mereka telah digantung oleh FIFA.
^ abcd Oman, Bahrain, Lebanon dan Syria masing-masing telah diberi satu di tempat pusingan awal 1, tetapi tidak dibenarkan menyertai memandangkan tiada pasukan-pasukan dari negara mereka yang melepasi syarat-syarat perlesenan kelab.
^ Indonesia telah diberi satu tempat di pusingan awal 2, tetapi tidak dapat menyertai kerana persatuan negara mereka telah digantung oleh FIFA.
Dalam carta berikut, jumlah penampilan dan penampilan terakhir hanya bermula sejak musim 2002-03 (termasuk pusingan kelayakan) apabila pertandingan telah dijenamakan semula sebagai Liga Juara-Juara AFC.
^Indonesia (IDN): Liga Super Indonesia 2015 secara rasminya telah ditangguhkan oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia pada 2 Mei 2015 disebabkan larangan menjalankan apa-apa pertandingan bola sepak oleh Imam Nahrawi, Menteri Hal Ehwal Belia dan Sukan.[5]
^Singapura(SIN): Oleh kerana Brunei DPMM, pasukan yang diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam tidak layak untuk menyertai apa-apa pertandingan AFC, telah menjuarai S.League 2015, maka naib juara liga telah dipilih untuk mewakili Singapura dalam pertandingan kali ini.
Undian bagi peringkat kumpulan akan diadakan pada 10 Disember 2015. 32 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan. Pasukan-pasukan dari ahli persatuan yang sama tidak boleh diletakkan dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan bermain secara timbal-balik. Juara dan naib juara kumpulan layak ke pusingan kalah-mati.
Juara satu kumpulan akan berlawan dengan Naib Juara kumpulan yang lain dalam satu zon yang sama dengan Juara kumpulan menjadi tuan rumah dalam perlawanan kedua.