Pergi ke kandungan

Marshmallow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketulan marshmallow merah jambu

Marshmallow (disebut [masy.mé.lo]); Jawi: مارشميلو, adalah makanan ringan mempunyai tekstur gebu lembut yang dibentuk pelbagai rupa serta ada berbagai-bagai aroma dan warna. Ia dihasilkan dengan mencampurkan bahan pemanis seperti gula atau sirap jagung bersama putih telur, gelatin, gam arab dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.

Gula-gula ini disukai semua lapisan umur di mana ia boleh dimakan begitu sahaja, dipanggang di atas api unggun, dimasukkan ke dalam minuman (coklat panas bersusu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghias hidangan.[1]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]
Bunga tumbuhan spesies Althaea officinalis atau nama setempatnya marsh-mallow

Nama gula-gula ini datang daripada bahan asal gula-gula dibuat iaitu dedaun dan batang tumbuhan renek Althaea officinalis (nama setempat: marshmallow)[1][2] yang tumbuh di tanah-tanah berpaya (marsh) serata Eropah, Asia Barat dan Afrika Utara. Bapa kedoktoran, Hippocrates, menggunakan tumbuhan ini untuk mengubati luka memar dan kehilangan darah.[3] Dioscorides menulis tentang sifat-sifat positif marshmallow manakala Horatius menulis mengenai sifat melawas tinja yang dapat dimanfaatkan dari pengambilan daun dan akar tanaman tersebut.[3]

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Tabib-tabib Romawi menggunakan marshmallow untuk mengubat sakit gigi, gigitan serangga, bengkak kerana kedinginan, dan kulit yang terengsa.[3] Penduduk Cina, Mesir, dan Roma memakan berbagai jenis gula-gula ini; begitu juga dengan penduduk Perancis memakan bunga dan daun tumbuhan ini suatu ketika dahulu.[3] Masyarakat Eropah menggunakan bahan ini meredakan sakit gigi, gigitan serangga, gangguan pencernaan, dan cirit-birit selama zaman Pertengahan.[3] Malah, gula-gula ini turut diberikan kepada bayi untuk mengalakkan pertumbuhan gigi.[3]

Alex Doumak mempatenkan proses ekstrusi pada tahun 1948 yang membolehkan manisan ini mula dibuat secara besar-besaran di kilang dengan mesin ekstrusi.[1] Hasilnya berupa manisan kenyal berbentuk silinder yang dipotong-potong dan diguling-gulingkan dalam campuran tepung jagung dan gula halus.[1]

Cara tradisi

[sunting | sunting sumber]

Sari tumbuhan Althea officinalis diperolehi dengan merebus lumatan akar tumbuhan ini bersama madu sehingga air rebusan ini memekat sebelum ia ditapis dan disejukkan sebelum dapat dimakan.[4][5]

Cara moden

[sunting | sunting sumber]

Tanpa adanya tumbuhan ini yang memberikan sifat kenyal semulajadi kepada gula-gula asal, marshmallow moden dihasilkan dengan seberapa bahan asas:

  • Protein yang memerangkap udara dipukul dalam adunan lalu menjadikan gula-gula produk akhir bersifat gebu. Putih telur digunakan untuk tujuan ini bersama juga gelatin yang bertakat suhu tinggi sekitar 35 °C kurang daripada suhu badan manusia
  • Gula - campuran gula pasir bersama sirap jagung. Kandungan gula dalam adunan mentah turut mempengaruhi sifat produk akhir yang tidak tentu bentuk (amorphous) hasil pemanasan dan penyejukan segera gula-gula ini lalu tidak menghablur.[6]

Marshmallow merupakan makanan ringan yang sering dimakan setelah. Apabila dipanggang di atas api, bahagian luar marshmallow mengalami pengkaramelan sedangkan bahagian dalam sedikit mencair. Tempoh pemanggangan bergantung kepada selera, dari sedikit berubah warna hingga marshmallow menyala dan sedikit hangus.

  1. ^ a b c d Candyusa. diakses pada tanggal 14 Mei 2010
  2. ^ "BSBI List 2007". Botanical Society of Britain and Ireland. Diarkibkan daripada yang asal (xls) pada 2015-01-25. Dicapai pada 2014-10-17.
  3. ^ a b c d e f (Inggeris)Situs Encyclopedia: Marshmallow.diakses pada tanggal 31 Maret 2010
  4. ^ "How Marshmallows are Made". www.madehow.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-31.
  5. ^ "Marshmallows". www.candyusa.com. National Confectioners Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-13.
  6. ^ Husband, Tom (October 2014). "The Sweet Science of Candy Making". www.acs.org. American Chemical Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy