Nor Zamri Latiff
Penampilan
Tuan Nor Zamri Latiff | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Sungai Bakap | |
Dalam jawatan 2023 – 24 Mei 2024 | |
Didahului oleh | Amar Pritpal Abdullah |
Digantikan oleh | Abidin Ismail |
Majoriti | 1,563 (PRU-15) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 24 September 1968 |
Meninggal dunia | 24 Mei 2024 Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang | (umur 55)
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Puan Musalmah binti Yusop |
Anak-anak | 6 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Nor Zamri bin Latiff (24 September 1968 – 24 Mei 2024) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di DUN Sungai Bakap mewakili Perikatan Nasional[1] pada 2023.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N20 Sungai Bakap | Nor Zamri Latiff | PN (PAS) | 15,433 | Norhidayah Che Ros | PH (Keadilan) | 13,870 | 1,563 |
Kematian
[sunting | sunting sumber]Nor Zamri meninggal dunia pada jam 1:38 tengah hari, hari Jumaat 24 Mei 2024 di Hospital Seberang Jaya (HSJ). Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Jamek Sungai Acheh lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh pada petang hari yang sama.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Pulau Pinang". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-15.
- ^ Siti Nor Mas Erah Amran (2024-05-24). "Allahyarham Nor Zamri disenangi ramai". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-05-24.