Pergi ke kandungan

Pingat Semat Iron Cross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pingat Semat Kelas 1 berserta Iron Cross 1914 Kelas 1
Pingat Semat Kelas 2 di atas reben hitam putih
Pingat Semat Kelas 2 dilekatkan dibawah butang baju bersama reben dan Pingat Semat Kelas 1 dipakai dipoket dada kiri Jeneral Johannes Friessner


Pingat Semat Iron Cross (Spange zum Eisernen Kreuz) ialah sejenis klasp logam yang dipakai pada uniform anggota-anggota tentera Wehrmacht Jerman yang telahpun dikurniakan Iron Cross dalam Perang Dunia I. Ia telah dipakai pada uniform oleh kebanyakkan pegawai-pegawai tinggi tentera semasa Perang Dunia II kerana kebanyakkan mereka pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I.

Penyandang pingat Iron Cross 1914 boleh dikurniakan buat kali kedua (atau darjah lebih tinggi) pingat Iron Cross 1939. "Pingat Semat 1939" (Spange) akan dipakai bersama Iron Cross 1914 yang asli. Lencana tersebut berbentuk burung helang sedang mencengkam kalungan daun oak yang didalamnya terdapat lambang swastika dan terletak diatas petak trapezoid yang terukir tahun 1939. Bagi Pingat Semat Kelas 2, ia akan di pin pada bar reben yang disematkan dibawah butang baju uniform. (Satu anugerah yang sama telah dibuat pada tahun 1914 tetapi agak jarang dipakai, kerana hanya ada beberapa orang yang memiliki Iron Cross tahun 1870)

Bagi Pingat Semat Kelas 1, ia akan di pin terus di atas Iron Cross yang dipakai pada poket dada. Walaupun ia merupakan anugerah yang berasingan, dalam beberapa kes si pemegang telah mematerinya bersama. Kelayakan untuk memiliki Pingat Semat 1939 ini ialah seseorang yang sudah menerima Iron Cross 1914 dan juga telah menunjukkan kegagahan serta keberanian dalam medan pertempuran.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy