Reichsmarine
Reichsmarine (RM) | |
---|---|
Aktif | 1919–1935 |
Negara | Republik Weimar (1919-1933) Jerman Nazi (1933-1935) |
Jenis | Tentera laut |
Sebahagian daripada | Reichswehr |
Tanda kebesaran | |
Panji Perang (1933–1935) | |
Panji Perang (1921–1933) | |
Panji (1919–1921) tidak pernah digunakan |
Reichsmarine (Reich Navy atau Tentera Laut Reich) ialah nama bagi Tentera Laut Jerman semasa pentadbiran Republik Weimar dan dua tahun awal pemerintahan Jerman Nazi. Ia adalah salah satu cabang Reichswehr, yang wujud dari tahun 1919 hingga 1935. Pada tahun 1935, ia dinamakan semula Kriegsmarine, salah satu cabang Wehrmacht; iaitu satu perubahan yang dilaksanakan oleh Adolf Hitler.
Vorläufige Reichsmarine
[sunting | sunting sumber]Vorläufige Reichsmarine (Tentera Laut Nasional Sementara) telah dibentuk daripada Kaiserliche Marine selepas berakhirnya Perang Dunia I.
Syarat-syarat Persetiaan Versailles menghadkan tentera laut Jerman kepada 15,000 anggota dan tiada kapal selam, manakala pasukan armada telah dibataskan kepada enam kapal tempur pra-dreadnought, enam kapal kruiser dan 12 kapal pembinasa. Penggantian bagi kapal tempur usang telah dihadkan kepada saiz maksimum 10,000 tan.
Reichsmarine
[sunting | sunting sumber]Tahap dan kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Persetiaan Versailles menghadkan saiz dan persenjataan Reichsmarine dan menghalangnya daripada mencipta teknologi baru. Pembatasan dibuat untuk menghalang tentera laut Jerman daripada menjadi ancaman kepada kuasa Bersekutu. Dalam erti kata lain, pihak Sekutu telah memastikan bahawa Reichsmarine pada masa hadapan akan menjadi kuasa terkuat di Laut Baltik, untuk bertindak sebagai pengimbang antara Soviet Union baru, yang dilihat tidak boleh dipercayai oleh pihak Sekutu.
Jerman hanya dibenarkan enam buah kapal tempur, enam buah kapal kruiser, 12 buah kapal pembinasa, dan 12 buah bot torpedo. Reichsmarine cuba menentang sekatan senjata dengan persenjataan rahsia dan inovasi teknikal seperti pengenalan kapal tempur kecil. Had berat yang sah bagi kapal ini adalah 35,000 tan.
Senarai kapal-kapal Reichsmarine:
- Kapal tempur kelas-Deutschland
- SMS Schleswig-Holstein (1908-1944)
- SMS Hannover (1907-1944)
- SMS Schlesien (1908-1945)
- Kapal tempur kelas-Braunschweig
- SMS Braunschweig (1904-1932)
- SMS Elsass (1904-1936)
- SMS Hessen (1905-1960)
- SMS Preussen (1905-1931)
- SMS Lothringen (1906-1931)
- Kruiser kelas-Bremen
- SMS Hamburg (1904–1927)
- SMS Berlin (1906-1929)
- Kruiser kelas-Gazelle (3,033 tan, meriam 10 × 1 - 105 mm (4.1 inci)
- SMS Niobe (1900–1925)
- SMS Nymphe (1900-1931)
- SMS Thetis (1901-1929)
- SMS Amazone (1901-1931)
- SMS Medusa (1901-1929)
- SMS Arcona (1903-1945)
- Kruiser kelas Emden (6,000 tan, meriam 8 x 150 mm)
- Emden (1925-1945)
- Kruiser kelas-Königsberg (7,200 tan, meriam 9 x 150 mm)
- Königsberg (1929-1940)
- Karlsruhe (1929-1940)
- Köln (1930-1945)
- Kruiser kelas-Leipzig (8,000 tan, meriam 9 x 150 mm)
- Kruiser kelas-Deutschland (10,800 tan, tiga meriam 6 x 280 mm)
- Deutschland (1933-1948)
- Admiral Scheer (1934-1945)
- Admiral Graf Spee (1936-1939)
- Bot torpedo Type 23 (923 tan, 3 × meriam 105 mm)
- Bot torpedo Type 24 (933 tan, 3 × meriam 105 mm)
- Kapal tinjau
- Meteor (1924–1945)
- Kapal sasaran kawalan radio
- SMS Zähringen (1902-1945)