Pergi ke kandungan

Senjata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senjata (Jawi: سنجات daripada Sanskrit: सज्जता sajjatā "kesiapan"[1]) adalah peralatan yang boleh digunakan untuk merosakkan nyawa atau barangan, dan disebabkan itu, juga untuk mengancam atau mempertahankan diri. Apabila senjata digunakan dengan kepakaran, ia digunakan menurut doktrin yang memaksimakan kegunaan, sementara meminima kerosakan cagaran.

Secara umum, sebarang benda yang digunakan (termasuk secara psikologi) boleh dikatakan sebagai senjata. Senjata boleh seringkas belantan, atau semaju senjata nuklear.

Senjata zaman Neolitik

Senjata purba

[sunting | sunting sumber]

Orang purba menggunakan senjata dari bahan-bahan asas yang keras seperti kayu dan batu yang tajam. Senjata biasanya ditikam kepada tubuh musuh atau dibuang kearah musuh dengan tujuan mencedera atau membunuhnya. Selepas Zaman Besi, besi telah digunakan secara meluasnya sebagai senjata pilihan utama. Antara lain ia dijadikan pisau, sabel, keris, lembing dan anak panah.

Senjata api

[sunting | sunting sumber]

Senjata api boleh dilancarkan dari jarak jauh dan mula berkembang selepas penemuan serbuk letupan.

Senjata moden

[sunting | sunting sumber]

Senjata moden secara umumnya dianggap sebagai senjata yang dihasilkan selepas Perang Dunia Kedua.[perlu rujukan]

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1131. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 168. ISBN 979-459-416-4.
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy