Pergi ke kandungan

Siri Apple II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apple II yang dikeluarkan pada 1977, ditunjukkan di sini dengan pemacu cakera liut kembar dan monitor. Apple II menonjolkan papan kekunci bersepadu, bunyi, selongsong plastik, dan lapan slot tambah dalaman.

Apple II (sering ditulis sebagai Apple atau Apple) ialah komputer peribadi pengeluaran besar-besaran pertama yang amat berjaya.[1] Ia diperkenalkan oleh Apple Computer (kini Apple Inc.) pada 1977. Dari segi kesenangan penggunaan, ciri dan kebolehkembangan, Apple II merupakan kemajuan teknologi utama berbanding pendahulunya, Apple I, suatu komputer papan litar kosong keluaran terhad untuk penggemar elektronik yang merintis banyak ciri yang menjadikan Apple II satu kejayaan komersil. Diperkenalkan di West Coast Computer Faire pada 1977, Apple II merupakan antara komputer peribadi pertama yang berjaya dan bertanggungjawab melancarkan syarikat Apple menjadi perniagaan berjaya (dan membolehkan beberapa syarikat berkaitan bermula). Sepanjang beberapa tahun, sejumlah model berbeza diperkenalkan dan dijual, dengan model paling popular dikilangkan dengan hanya perubahan kecil walau sehingga 1990-an. Di akhir pengeluarannya pada 1993, antara lima dan enam juta komputer siri Apple II (termasuk lebih kurang 1.25 juta model Apple IIGS) telah dihasilkan.[2]

Apple II menjadi salah satu komputer yang paling dikenali dan berjaya pada 1980-an dan awal 1990-an. Ia dipasarkan secara agresif melalui potongan harga pukal dan aturan perkilangan kepada institusi pendidikan yang menjadikannya komputer pertama digunakan secara meluas di sekolah menengah Amerika Syarikat. Satu usaha tertumpu untuk membangunkan perisian pendidikan dan perniagaan bagi Apple II, termasuk pengeluaran hamparan kerja VisiCalc yang popular pada 1979, menjadikan komputer popular terutamanya dengan pengguna perniagaan dan keluarga.[3][4][5]

  1. ^ http://arstechnica.com/articles/culture/total-share.ars/4
  2. ^ Forster, Winnie (2005). The encyclopedia of consoles, handhelds & home computers 1972 - 2005. GAMEPLAN. m/s. 18. ISBN 3-00-015359-4.
  3. ^ Chris Cavanaugh (Mei 2004). "Apple II Biography". Dicapai pada 2009-10-07.
  4. ^ Wilson Rothman (2009-07-19). "Apple II: The World Catches On". Dicapai pada 2009-10-07.
  5. ^ Mary Bellis. "The First Spreadsheet". Dicapai pada 2009-10-07.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy