Sos pisang
Penampilan
Sos pisang | |
---|---|
Nama alternatif | Kicap pisang |
Jenis | Perasa |
Tempat asal | Filipina |
Masakan berkaitan | Filipina |
Dicipta oleh | Maria Y. Orosa |
Bahan utama | Pisang |
sunting · sunting di Wikidata |
Sos pisang ialah perasa sos buah Filipina yang dibuat daripada pisang, gula, cuka dan rempah. Warna alaminya adalah kuning-keperangan, namun ia sering diwarnai merah menyerupai sos tomato. Sos pisang julung kali dikeluarkan di Filipina ketika Perang Dunia II disebabkan kekurangan tomato semasa perang tetapi pengeluaran pisang pula agak tinggi.[1][2]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Dalam rumah tangga di Filipina, perasa ini digunakan dalam banyak hidangan: spageti Filipina, dadar (torta), hot dog, burger, kentang goreng, ikan, barbeku babi panggang berarang, ayam cucuk, ayam goreng dan daging lainnya.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ahli teknologi makanan Filipina, Maria Y. Orosa (1893-1945) dikreditkan dengan penemuan produk ini.[3][4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Food from The Philippines: Banana Ketchup". The Longest Way Home. Dicapai pada 16 Mei 2012.
- ^ Jose, Ricardo (1998). KASAYSAYAN The Story of The Filipino People. Philippines: Asia Publishing Company Limited. ISBN 962-258-230-3.
- ^ National Historical Institute of the Philippines: MARIA Y. OROSA (1893–1945). Pioneering Food Technologist and Inventor Diarkibkan 2013-09-21 di Wayback Machine
- ^ Leonor Goguingco: "Maria Y. Orosa: In peace and war". Manila Bulletin, 2005. Dalam talian di Internet Archive