Pergi ke kandungan

Syarif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Syarif (Arab: شَرِيف, rumi: syarīf, juga dirumikan sebagai Syareef, Syerif, Syreef, Syareef, Alsyarif, Alsyareef, Sharif atau Chérif, lahjah Darijah: Chorfa) adalah gelaran tradisional Arab. Asal kata ini adalah kata sifat yang bermaksud "yang mulia",[1] atau "bangsawan". Bentuk muanasnya adalah Syarifah/Sharifah (Arab: شَرِيفَة, rumi: syarīfah).

Dari tahun 1201 hingga 1925, ketika Hijaz ditakluki oleh Ibn Saud, keluarga ini memegang jawatan sebagai Syarif Mekah, sering juga memegang gelaran dan jawatan Raja Hijaz. Keturunan sekarang memerintah Kerajaan Hasyimiyyah Jordan, namanya diambil dari Banu Hashim, sub-suku Banu Quraisy, iaitu suku Muhammad.

Penganut ahli sunnah di dunia Arab menggunakan istilah syarif untuk keturunan Hasan bin Ali, sementara sayyid digunakan untuk keturunan Husain bun Ali, adik Hasan. Kedua-dua Hasan dan Husayin adalah cucu Nabi Muhammad, melalui perkahwinan sepupunya Ali dan puterinya Fatimah. Namun, sejak era pasca-Hashimiyyah bermula pada tahun 1925 setelah jatuhnya Syarif Mekah, istilah sayyid telah digunakan untuk menunjukkan keturunan dari kedua-dua Hasan dan Husain. Orang-orang Syiah menggunakan istilah sayyid dan habib untuk menunjukkan keturunan baik dari Hasan dan Husain. Sayyid yang mempunyai keturunan dari kedua-dua Imam Hasan dan Husayn menggunakan istilah Syareefayn, Sayyidayn, Sayyid AlShareef, atau Syeikh Assayyid sebelum nama mereka dan menyebut diri mereka sebagai Najeeb AlTarfayn.

Di Maghribi, beberapa dinasti kerajaan telah memenuhi syarat sebagai "Sharifan", yang merupakan keturunan Muhammad. Dinasti Alawiyyah hari ini telah mengaku sebagai Sharifian.

Keluarga Diraja Brunei, Wangsa Bolkiah, juga merupakan Syarif melalui nenek moyang mereka Sultan Syarif Ali bin Ajlaan bin Rumayytha bin Muhammad AbuNumayy I yang merupakan putera Emir Makkah Sharif Ajlaan dan telah berhijrah dan menetap di Borneo.

Perkataan ini tidak mempunyai hubungan etimologi dengan istilah Inggeris syerif, yang berasal dari kata Inggeris Tua scīrgerefa, yang bermaksud "shire-reeve", reeve tempatan (ejen penguatkuasaan) bagi raja di shire (daerah).[2]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 194. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ "Online Etymology Dictionary". www.etymonline.com.
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy