Pergi ke kandungan

Topeng pembedahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Topeng pembedahan.
Kakitangan perubatan memakai topeng perubatan semasa pembedahan (melindungi bahagian steril).

Topeng pembedahan, topeng muka, pelitup muka atau sekadar pelitup (khusus di Singapura), atau sungkup muka dipakai oleh pakar kesihatan semasa pembedahan atau perawatan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan jangkitan dari mulut pengguna dengan menangkap bakteria yang terkeluar dalam titisan cecair dan aerosol daripada mulut dan hidung pemakai. Topeng ini tidak direka untuk melindung pemakai daripada menyedut bakteria bawaan udara atau zarah virus dan kurang berkesan daripada respirator, seperti topeng N95 atau NIOSH, yang memberi lebih baik perlindungan disebabkan bahannya, bentuk dan pengadang yang ketat.

Barang ini kerap digunakan oleh orang awam sepanjang tahun di negara-negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan sebagai cara mengurangkan peluang menyebar penyakit bawaan udara dan mencegah bernafas dalam zarah debu bawaan udara yang tercipta oleh pencemaran udara.[1] Tambahan pula, topeng pembedahan telah menjadi kenyataan fesyen, terutamanya dalam budaya Asia Timur semasa dikukuh oleh popularitinya dalam budaya pop Jepun dan Korea yang mempunyai impak yang besar terhadap budaya belia Asia Timur.[2][3] Lebih terkini, disebabkan peningkatan masalah asbut di Asia Selatan dan Tenggara, topeng pembedahan dan topeng muka penapisan udara kini lebih kerap digunakan di bandar utama di Thailand, India dan Nepal apabila kualiti udara merosot sehingga tahap toksik.[4][5][6] Tambahan pula, topeng muka digunakan di Indonesia, Malaysia dan Singapura semasa musim jerebu Asia Tenggara.[7][8] Topeng gaya pembedahan penapisan udara agak terkenal di seberang Asia dan akibatnya, banyak syarikat mengeluarkan topeng yang bukan sahaja mencegah bernafas dalam zarah debu bawaan udara tetapi juga berfesyen.[9][10]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy