Pergi ke kandungan

malam

Daripada Wikikamus

Bahasa Melayu

Takrifan

[sunting]

malam

  1. waktu mulai dari matahari terbenam hingga matahari terbit.
    Jangan main di luar lagi, hari sudah malam.

Kata terbitan

[sunting]
  • bermalam :
    1. tidur, menginap.
      Mahu tidak mahu kami terpaksa bermalam di pondok kecil itu.
    2. sudah disimpan semalam (berkenaan masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan.
      Aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yang sudah bermalam itu.
  • bermalaman: tidur bersama, berseketiduran.
  • malam-malam: sudah jauh malam, pada waktu malam.
    Apa engkau hendak cari di bandar malam-malam hari ini?
  • memalamkan, mempermalamkan: menyimpan sesuatu (ubat dll) untuk satu malam, membiarkan bermalam.
  • semalam:
    1. satu malam.
      Kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang semalam.
    2. sepanjang malam.
      Maka semalam itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita.
    3. hari sebelum hari ini, kelmarin.
      Semalam kami pergi berkelah ke Port Dickson.
    4. malam sebelum malam ini, malam tadi.
      Semalam dia pergi menonton filem di panggung Rex.
  • semalam-malaman, semalaman: sepanjang malam, semalam suntuk.
    Semalaman itu kami tidak tidur.

Etimologi

[sunting]

Sebutan

[sunting]
  • Kamus Dewan: ma·lam
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

[sunting]

مالم

Terjemahan

[sunting]

Terbitan

[sunting]

Ungkapan

[sunting]
  • malam buta: malam yang sangat gelap.
  • semalam suntuk: sepanjang malam

Peribahasa

[sunting]
  • semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut: hendaklah kita menurut adat istiadat negeri yang kita tumpangi.

Tesaurus

[sunting]
Antonim
siang.

Bahasa Indonesia


  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Bahasa Cam Barat

[sunting]

Takrifan

[sunting]

Kata nama

[sunting]

malam (ejaan Jawi مالم) (ejaan Cham ꨠꨤꩌ)

  • Lihat bahasa Melayu.
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy