Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPhone
Pusat Kawalan memberikan anda akses cepat ke mod pesawat, Jangan Ganggu, lampu suluh dan ciri berguna yang lain.
Buka Pusat Kawalan
iPhone X dan lebih baru: Leret ke bawah dari bahagian pinggir kanan atas. Untuk menutup Pusat Kawalan, leret ke atas dari bahagian bawah.
Model lain: Leret ke atas dari bahagian bawah. Untuk menutup Pusat Kawalan, leret ke bawah atau tekan butang Utama.
Akses lebih banyak kawalan dalam Pusat Kawalan
Banyak kawalan menawarkan pilihan tambahan. Untuk melihat pilihan tersedia, tekan kawalan (sentuh dan tahan pada model tanpa 3D Touch). Sebagai contoh, anda boleh melakukan yang berikut:
Dalam Pusat Kawalan, tekan (atau sentuh dan tahan) kumpulan kawalan di bahagian kiri atas, kemudian ketik untuk mengakses pilihan AirDrop.
Dalam Pusat Kawalan, tekan (atau sentuh dan tahan) untuk mengambil selfie, foto, atau merakam video.
Putuskan sambungan daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu
Dalam Pusat Kawalan, ketik ; untuk sambung semula, ketiknya sekali lagi.
Untuk melihat nama rangkaian Wi-Fi yang disambungkan, tekan (sentuh dan tahan butang pada model tanpa 3D Touch).
Disebabkan Wi-Fi tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan rangkaian, AirPlay dan AirDrop masih berfungsi dan iPhone menyertai rangkaian dikenali apabila anda bertukar lokasi atau memulakan semula iPhone. Untuk menyahaktifkan Wi-Fi, pergi ke Seting > Wi-Fi. (Untuk mengaktifkan Wi-Fi semula dalam Pusat Kawalan, ketik .) Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi dalam Pusat Kawalan semasa dalam mod pesawat, lihat Pilih seting iPhone untuk mengembara.
Putuskan sambungan daripada peranti Bluetooth buat sementara waktu
Dalam Pusat Kawalan, ketik ; untuk membenarkan sambungan, ketik butang sekali lagi.
Disebabkan Bluetooth tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan peranti, ketepatan lokasi dan perkhidmatan lain masih didayakan. Untuk menyahaktifkan Bluetooth, pergi ke Seting > Bluetooth, kemudian nyahaktifkan Bluetooth. Untuk mengaktifkan Bluetooth semula dalam Pusat Kawalan, ketik . Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Bluetooth dalam Pusat Kawalan semasa dalam mod pesawat, lihat Pilih seting iPhone untuk mengembara.
Nyahaktifkan akses ke Pusat Kawalan dalam app
Pergi ke Seting > Pusat Kawalan, kemudian nyahaktifkan Akses Dalam App.
Tambah dan susun kawalan
Pergi ke Seting > Pusat Kawalan > Sesuaikan Kawalan.
Untuk menambah atau mengeluarkan kawalan, ketik atau .
Untuk menyusun semula kawalan, sentuh bersebelahan kawalan, kemudian seretnya ke kedudukan baru.