100% found this document useful (1 vote)
1K views16 pages

Kanak Autisme

This document discusses the development of an educational software called "I Like Learning" to help children with autism learn the Malay language. The software was developed using the ADDIE methodology and tested on 5 primary school students diagnosed with mild autism. Results from qualitative analysis showed that the software was able to attract the children's attention and interest in learning Malay. Educational software and interactive multimedia courses have been shown to improve student achievement and motivation when used in the teaching and learning process.

Uploaded by

zairil
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
100% found this document useful (1 vote)
1K views16 pages

Kanak Autisme

This document discusses the development of an educational software called "I Like Learning" to help children with autism learn the Malay language. The software was developed using the ADDIE methodology and tested on 5 primary school students diagnosed with mild autism. Results from qualitative analysis showed that the software was able to attract the children's attention and interest in learning Malay. Educational software and interactive multimedia courses have been shown to improve student achievement and motivation when used in the teaching and learning process.

Uploaded by

zairil
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 16

Abstrak:

Kajian ini tertumpu kepada pembangunan perisian kursus ‘Saya Suka Belajar’ yang mempunyai ciri-
ciri yang dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu. Responden
kajian terdiri dari lima orang kanak-kanak autisme pada aras ringan yang sedang belajar di sebuah
sekolah rendah di Kuala Lumpur. Satu borang pemantauan khusus yang pernah digunakan oleh
Megan Davis, Kerstin Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv dan Stuart D. Powell di dalam kajian
mereka yang bertajuk The Narrative Construction of Our (Social) World: Steps towards an Interactive
Learning Environment for Children with Autism telah digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini
dengan sedikit pengubahsuaian dilakukan agar ianya sesuai dengan keperluan kajian. Dapatan kajian
pula dianalisis secara kualitatif berdasarkan beberapa persoalan kajian yang turut dicadangkan dalam
kajian mereka dan telah diubahsuai mengikut keperluan kajian ini. Hasil kajian mendapati perisian
kursus yang telah dibangunkan berdasarkan metodologi pembangunan ADDIE ini mampu menarik
perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu.

Kata kunci: Perisian kursus, ADDIE, autisme, aras ringan, Bahasa Melayu

Abstract:

Children with autism usually have difficulty learning as it is quite hard to attract their attentions. In
this research, educational software named ‘I Like Learning’ has been developed to help children with
autism learn Malay Language. The research respondents were five primary school students in Kuala
Lumpur who had been diagnosed with mild level of autism. For the monitoring purposes, the existing
monitoring form with some modification according to the research needs, suggested by Megan Davis,
Kerstin Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv and Stuart D. Powell in their research entitled The
Narrative Construction of Our (Social) World: Steps towards an Interactive Learning Environment for
Children with Autism was used. The research findings were analysed using a Qualitative
contentanalysis based on several research questions with some modification that was also suggested in
their research. The result shows that the educational software that has been developed using ADDIE
methodology is able to attract the children’s attention in learning Malay Language subject.

Keywords: Educational software, ADDIE, autism, Malay Language, mild


PENGENALAN

Menurut Partnership for Accessible Reading Assessment atau PARA (2011), kanak-kanak autisme
adalah kanak-kanak yang telah menjalani pemeriksaan secara diagnostik dan mempunyai ketiga-tiga
kriteria iaitu kelemahan ketara dalam interaksi sosial; kelemahan dalam berkomunikasi; dan corak
pergerakan, aktiviti dan kegemaran yang stereotaip serta berulang-ulang. Persatuan
KebangsaanAustime Malaysia atau NASOM pula telah menyatakan bahawa autisme ialah satu
kekurangan seumur hidup dan ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak autisme boleh dilihat dengan jelas
dalam tempoh 30 bulan pertama selepas kelahiran seseorang bayi. Antara ciri yang boleh dilihat ialah
keupayaan komunikasi mereka yang terhad serta ketidakupayaan untuk berhubung secara langsung.
Dari sudut yang lebih luas, Jamila (2005) pula telah menghuraikan ciri-ciri kanakkanak autisme
mengikut enam bidang iaitu komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, tingkah laku
dan emosi. Dalam persekitaran sekolah, kanak-kanak autisme dikategorikan sebagai murid-murid
berkeperluan khas dan bermasalah dalam pembelajaran di mana kategori ini turut merangkumi murid-
murid yang mempunyai down syndrome, palsi serebral, hiperaktif, tumpuan perhatian singkat
(ADD/ADHD), kerencatan akal, masalah emosi dan tingkah laku, masalah komunikasi, kerencatan
anggota, pintar cerdas atau berbakat, epilepsy, disleksia dan murid-murid yang mempunyai keupayaan
mental yang rendah (portal rasmi Pendidikan Khas, 2009). Kanak-kanak autisme juga boleh
dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) kerana berdasarkan kepada definisi yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau JKMM melalui Akta Orang Kurang
Upaya (2008), OKU merupakan individu yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari
segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera di mana apabila individu ini berinteraksi dengan
pelbagai halangan, berkemungkinan individu tersebut tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya secara
efektif di dalam masyarakat.Di Malaysia, pihak kerajaan telah membuka peluang pendidikan kepada
golongan OKU melalui strategi dasar OKU, iaitu Dasar Aksesibiliti dan Pendidikan melalui Dasar
Orang Kurang Upaya JKMM (2010). Dasar ini bakal menggalakkan penyediaan kemudahan serta
akses OKU kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di samping meningkatkan akses
OKU kepada pendidikan di semua peringkat. Ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FBK) di mana hak setiap warganegara untuk mendapatkan pendidikan turut merangkumi
warganegara Malaysia yang bertubuh badan dan akal yang sihat serta OKU.Sehubungan
itu,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid-
murid berkeperluan khas seperti murid-murid autisme dan juga murid-murid berpendidikan khas
seperti murid-murid yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah dalam
pembelajaran melalui kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan mereka di Sekolah Pendidikan
Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Kemudahan pendidikan yang disediakan turut
merangkumi kemudahan ICT yang disediakan untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) seperti yang termaktub dalam Dasar Aksesibiliti dan Pendidikan (2010). Dasar
yang telah digariskan oleh pihak kerajaan ini adalah selari dengan kenyataan yang dibuat oleh Reed
berkenaan dengan teknologi assistive. Menurut Reed (2004), teknologi assistive dikatakan berperanan
dalam membantu muridmurid kurang upaya khususnya di dalam proses P&P di mana ia mampu
mengurangkan perbezaan jurang pendidikan dan ia dilihat lebih berfokus dan berkesan. Teknologi
assistive juga telah didefinisikan sebagai peralatan yang digunakan untuk meningkatkan,
mengekalkan atau membaik pulih fungsi kemampuan murid-murid pendidikan khas (Individual with
Penggunaan peralatan ICT seperti komputer dalam P&P telah lama dibuktikan berkesan dan dilihat
mampu untuk membantu perkembangan bidang pendidikan. Antaranya adalah dengan memanfaatkan
penggunaan aplikasi perisian multimedia melalui komputer di dalam proses P&P. Banyak kajian
menunjukkan bahawa perisian kursus multimedia interaktif telah berjaya meningkatkan pencapaian
pelajar dan meningkatkan motivasi mereka terhadap mataDisabilities Education Act atau IDEA,
1997). Definisi ini turut merangkumi peralatan ICT yang dilihat sangat praktikal dalam membantu
proses P&P. Penggunaan peralatan ICT seperti komputer dalam P&P telah lama dibuktikan berkesan
dan dilihat mampu untuk membantu perkembangan bidang pendidikan. Antaranya adalah dengan
memanfaatkan penggunaan aplikasi perisian multimedia melalui komputer di dalam proses P&P.
Banyak kajian menunjukkan bahawa perisian kursus multimedia interaktif telah Berjaya
meningkatkan pencapaian pelajar dan meningkatkan motivasi mereka terhadap mata pelajaran yang
dikaji (Nor Azan, Halimah & Shahrul Azman 2009). Namun begitu, satu kaedah instruksional yang
sesuai perlu dikenal pasti dalam membangunkan aplikasi multimedia yang sesuai dengan golongan
sasaran. Ini adalah kerana kanakkanak autisme menghadapi cabaran unik dalam proses pembelajaran
khususnya ketika belajar membaca kerana mereka mempunyai kekurangan

dalam komunikasi yang melibatkan bahasa percakapan. Kekurangan ini mampu mempengaruhi
keupayaan kefahaman mereka dalam proses pembacaan. Walau bagaimanapun menurut PARA,
dengan adanya kemudahan dan intervensi dalam membaca arahan dan penilaian yang bersesuaian,
kanak-kanak autisme boleh menjadi pembaca yang lancar. Lantaran itu, memahami personaliti
kanakkanak dalam kategori ini adalah salah satu langkah penting dalam membangunkan arahan yang
berkesan dan penilaian yang bersesuaian berdasarkan umur dan latar belakang mereka.

Perisian kursus multimedia interaktif merupakan inisiatif yang diambil dalam mengadaptasi
penggunaan teknologi komputer dalam aktiviti P&P melalui pendekatan bermain sambil belajar.
Pendekatan bermain sambil belajar merupakan sebahagian dari matlamat yang telah digariskan oleh
KPM melalui sukatan pelajaran oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 2003 kerana
pendekatan sebegini dikatakan mampu untuk merangsang keupayaan kognitif, membantu kanak-
kanak supaya lebih aktif dan menjana kemahiran yang kritis dan kreatif. Menurut Borysowich (2005),
pendekatan aplikasi perisian kursus yang paling berkesan adalah pembelajaran melalui kaedah
pemberian arahan dengan menggunakan peralatan misalnya dengan menggunakan perisian komputer.
Walaubagaimanapun, kandungan perisian kursus yang bakal dihasilkan perlulah memenuhi keperluan
dan kehendak kanak-kanak autisme kerana mereka mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri
jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal kerana kadar pemprosesan maklumat kanak-kanak
autisme berlaku agak lambat. Ini sekali gus akan mengakibatkan tidak semua objektif P&P boleh
dicapai menerusi satu atau dua sesi pembelajaran sahaja. Tambahan lagi, guru perlu mengulang
rancangan pengajaran yang sama berulang kali memandangkan kanak-kanak autisme
berkecenderungan tinggi untuk terlupa akan isi pembelajaran yang telah dipelajari (Jamila 2005).

Menurut kajian oleh pakar-pakar dalam bidang kognitif dan psikologi, setiap individu mempunyai
keupayaan yang berbeza dalam cara dan kecenderungan mereka menerima dan memproses maklumat.
Dalam persekitaran pembelajaran, cara ini dikenali sebagai gaya pembelajaran, iaitu cara seseorang
individu mula menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat yang baru dan
maklumat yang sukar (Dunn, Honigsfeld, Doolan, Bostrom, Russo, Schiering & Suh 2009). Secara
umumnya, gaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat model berdasarkan kepada dimensi,
strategi dan tingkah laku individu yang berbeza semasa melalui proses P&P (Nor Azan et al. 2009).
Model yang berasaskan kemahiran kognitif adalah gaya pembelajaran yang paling tepat untuk
menggambarkan keadaan kekurangan kognitif kanak-kanak autisme. Oleh kerana pembelajaran di
dalam bilik darjah memerlukan strategi yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid-murid,
maka pendekatan ini juga perlu diterapkan dalam pembangunan sesebuah perisian kursus multimedia
yang mana strategi pembelajaran yang sesuai adalah merupakan salah satu elemen penting untuk
menentukan keberkesanan integrasi perisian kursus ke dalam P&P.Dalam kajian ini, gaya
pembelajaran kanakkanak autisme memerlukan pembangun perisian kursus peka terhadap keperluan
untuk mengatasi masalah komunikasi dan berbahasa dalam kalangan mereka. Memandangkan
pengalaman hidup kanak-kanak autisme adalah terbatas, bahanbahan bacaan atau produk multimedia
interaktif perlulah berkaitan dengan pengalaman kanakkanak itu agar ia dapat menambahkan
kefahaman mereka (Brown, 2004).

TUJUAN DAN SOALAN KAJIAN

Oleh itu, kajian ini turut menghuraikan ciri dan fungsi perisian kursus dalam membantu kanak-kanak
autisme belajar dengan lebih berkesan. Sehubungan itu, persoalan kajian yang telah dibentuk
berdasarkan persoalan kajian asal yang dicadangkan oleh Davis, Dautenhahn, Chrystopher dan Stuart
(2007) adalah seperti berikut :

1. Adakah perisian kursus ini berjaya menyediakan keselesaan, menarik perhatian

dan memberi pengalaman kepada kanakkanak autisme?

2. Adakah perisian kursus ini sentiasa berada dalam perhatian kanak-kanak autisme

sehingga mereka berasa seronok berinteraksi dengan perisian kursus melalui tugas yang telah
diberikan dan tidak menghadapi sebarang masalah apa-bila menggunakan komputer atau laptop?
3. Adakah kanak-kanak autisme berkeupayaan menggunakan perisian kursus ini dengan memberi
tindak balas yang positif terhadap arahan-arahan yang diberikan?

METODOLOGI

Sampel yang dipilih adalah terdiri dari lima orang kanak-kanak autisme aras ringan yang bersekolah
di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Instrumen kajian adalah dalam bentuk borangpemantauan
yang telah dicadangkan oleh Davis et al. (2007). Borang ini telah diubahsuai berdasarkan keperluan
kajian. Borang ini dilengkapkan sendiri oleh penyelidik sambil dibantu oleh guru kelas yang
berpengalaman berdasarkan kepada tindakbalas murid-murid autisme di dalam bilik darjah
semasaperisian kursus ‘Saya Suka Belajar’ sedang digunakan. Antara elemen yang dilihat melalui
borang pemantauan ini adalah tindak balas murid-murid terhadap arahan-arahan yang diberikan sama
ada dalam bentuk ikon mahupun suara. Elemenelemen tambahan seperti gerakan animasi dan
keselesaan terhadap situasi yang digambarkan di dalam perisian kursus juga turut akan dipantau.
Bantuan dari guru pendidikan khas adalah diperlukan untuk membantu penyelidik melengkapkan
borang ini memandangkan muridmurid autisme memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan
penggunaan perisian kursus yang baru. Selain dari itu, Davis et.al (2007) juga turut mencadangkan
agar beberapa persoalan dikemukakan untuk mendapatkan maklumat tentang kebolehgunaan sesuatu
perisian kursus yang telah dibina di samping mendapatkan maklumat secara kualitatif berkenaan
perisian kursus tersebut. Soalan yang dikemukakan melalui kajian Davis et al. (2007) terhadap
perisian kursus Touch Story telah diubahsuai supaya selari dengan keperluan dan persoalan kajian
perisian kursus ‘Saya Suka Belajar’. Analisis kajian dilakukan berdasarkan hasil dapatan dari borang
pemantauan yang dikumpul selepas sesi P&P selesai. Maklumat serta data dianalisis dengan
menggunakan pendekatan deskriptif, iaitu dengan melihat kepada kadar kebolehgunaan perisian
kursus ini. Metodologi pembangunan perisian kursus ini adalah berdasarkan kepada model Analysis
(Analisis), Design (Reka bentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Perlaksanaan)dan
Evaluation (Penilaian) atau ADDIE. Menurut Smith dan Edwards (2006), model ADDIE merupakan
pendekatan secara instruksional yang sah digunakan sebagai latihan pengukuhan atau perkembangan.
Pendekatan secara instruksional dibina berdasarkan nilai, spesifikasi pengetahuan, kemahiran intelek
dan metodologi pembinaan yang memfokuskan pada kebolehan menyelesaikan masalah melalui
latihan yang disediakan dan keadaan sekeliling individu tersebut. Rajah 1 menunjukkan model
ADDIE yang telah dimodifikasi mengikut keperluan penyelidikan ini.
ANALYSIS

DESIGN

DEVEPLOMENT

IMPLEMENTATION

EVALUATION

Rajah 1: Model Instructional Software Design


(ISD) yang menggabungkan proses ADDIE

Strickland (2006) menyatakan bahawa dalam fasa Analisis, permasalahan yang berkaitan dengan
instruksional perlu dinyatakan dan dijelaskan berserta dengan matlamat dan objektif. Ini adalah
bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan semasa proses pembinaan kelak. Dalam kajian ini, suasana pembelajaran, ciri-ciri dan
karektor kanak-kanak autisme telah dikenal pasti untuk memastikan apakah pendekatan yang paling
sesuai untuk diaplikasi dalam perisian kursus yang dibina supaya proses P&P dengan menggunakan
perisian tersebut boleh mencapai objektif seperti yang telah ditentukan. Semasa fasa analisis awal,
pemerhatian yang telah dijalankan di lokasi kajian telah membantu penyelidik mengumpul seberapa
banyak maklumat yang berkaitan keperluan awal dan ia telah diringkaskan seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Persoalan dan cadangan jawapan dalam fasa analisis

PERSOALAN CADANGAN JAWAPAN / PERTIMBANGAN


Siapakah pengguna perisian? Murid autisme pada aras ringan di
sebuah sekolah rendah di Kuala
Lumpur (<10 orang)
Apakah yang hendak dipelajari? Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Topik : Suku kata
Objektif 4.1 Membolehkan murid
membina dan membaca suku kata
Objektif 4.2 Membina dan
membaca perkataan dan rangkai
kata

Membina peta Konsep Menjalankan sesi brainstorm dan menyatakan kejelasan


berdasarkan pemantauan yang perancangan kerja
dibuat.
Apakah kaedah penyampaian Melalui gambar-gambar yang mempunyai suku kata dan
terbaik? perkataan penuh.
Apakah kekangan yang wujud? Kepelbagaian kategori kanakkanak autisme dan bilangan
sampel.
Berapa lama masa Setahun termasuk pengurusan,
yang diperuntukkan menentukan proses kerja, carta
untuk menyiapkan alir, papan cerita, reka bentuk dan
perisian kursus? sebagainya.
Bagaimanakah Susun atur meja dan persekitaran
keadaan bilik darjah yang kondusif
Apakah elemen Verbal, visual, audio atau secara
pedagogi yang fizikal.
dipertimbangkan?

Objektif penggunaan perisian kursus ‘Saya Suka Belajar’ di dalam P&P adalah untuk
membolehkan murid-murid autisme membina dan membaca suku kata melalui aktiviti-aktiviti
menyembunyikan suku kata terbuka/tertutup; membina perkataan daripada huruf/suku kata;
memilih, memadan dan menyalin suku kata menjadi perkataan yang bermakna; membaca
perkataan yang dibina daripada suku kata; mengeja an membunyikan suku kata; dan menulis suku
kata yang mudah. Terdapat 40 perkataan denganpilihan suku kata terbuka dan tertutup telah
digunakan di dalam perisian kursus ini. Perkataan-perkataan tersebut digambarkan melalui
objekobjek dalam dua persekitaran yang dijangka mampu menarik minat murid iaitu persekitaran
sambutan hari lahir dan perkelahan di pantai. Perkataan-perkataan ini dikategorikan sebagai kata
tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata dan kata tunggal tiga suku kata.
Di samping itu, keperluan pengguna, keperluan perkakasan dan perisian serta keperluan
kandungan perisian kursus juga perlu diberi perhatian. Aspek keperluan pengguna merupakan
elemen yang perlu diberi perhatian khusus kerana kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak
berkeperluan khas yang memerlukan perisian kursus yang dapat memenuhi keperluan dan
mampu memberi rangsangan untuk menarik perhatian mereka supaya menggunakan perisian
yang akan dibina kelak. Bagi memenuhi keperluan pengguna, perisian kursus ini akan turut dibina
berdasarkan hasil dapatan daripada kajian literatur terdahulu yang merangkumi aspek seperti
penggunaan teks, grafik, animasi, navigasi, mesra pengguna dan fokus.
Jadual 2 meringkaskan hasil dapatan tersebut.

ELEMEN CIRI
TEKS • Teks yang digunakan ringkas, mudah
difahami dan berbentuk arahan yang
berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan.
• Penggunaan teks yang sangat minimal.
GRAFIK • Grafik yang digunakan menarik dan
mampu memberi rangsangan yang positif kepada
pengguna untuk menggunakan aplikasi ini.
• Menggunakan grafik berbentuk
karikatur seperti di dalam komik.
• Penggunaan warna yang menarik untuk grafik.
ANIMASI • Animasi pada imej-imej tertentu
untuk menarik fokus murid di samping menjadikan perisian
ini bersifat dinamik dan interaktif.
NAVIGASI • Navigasi yang digunakan adalah dalam bentuk butang.
• Konsisten pada setiap halaman.
• Navigasi yang ringkas dan mudah
MESRA • Antara muka yang mesra pengguna, menarik dan ceria.
PENGGUNA Memberikan rangsangan yang sangat tinggi untuk
pelajar autisme menggunakannya.
FOKUS • Isi kandungan pelajaran yang berkaitan dengan
kehidupan seharian

Semasa fasa Reka bentuk, strategi instruksional telah dianalisis, dirancang dan
dirangka. Pemilihan media yang sesuai turut dilakukan untuk memastikan medium penghantaran
yang sesuai dan efektif bakal digunakan. Secara keseluruhannya terdapat 44 scene di dalam
perisian kursus ini. Scene 1 akan memaparkan menu utama yang mengandungi pautan ke
halaman Majlis Sambutan Hari Lahir dan halaman Berkelah di Pantai. Setiap halaman mengandungi
20 objek berlabel yang mewakili 20 patah perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup.Objek-
objek ini boleh diklik untuk memaparkan ejaan dan sebutan suku kata bagi objek-objek
tersebut. Di akhir sesi P&P, murid-murid autisme boleh memilih menu Aktiviti Suku Kata yang
terdiri daripada tiga tahap penguasaan bertujuan untuk menguji tahap pencapaian murid-murid
selepas menggunakan perisian kursus ini. Contoh reka bentuk papan cerita bagi Scene 1 (Halaman
Utama) perisian kursus ini ditunjukkan melalui Jadual 3 :-
Jadual 3: Reka bentuk bagai papan cerita bagi Scene 1
Scene 1: Halaman Utama
B1 Close N1 Hai kawan-kawan. Hari ini kita akan belajar
T1 Mengenal Suku Kata mengenali suku kata. Sila pilih menu
T2 Majlis Hari Lahir Majlis Hari Lahir, Berkelah di Pantai atau Aktiviti
T3 Berkelah Di Pantai Suku kata
T4 Aktiviti Sukukata B1 Klik untuk tutup tetingkap
T2 Navigasi ke Scene 2
T3 Navigasi ke Scene 21
T4 Navigasi ke Scene 40
Latar belakang + karektor

Seterusnya dalam fasa Pembangunan, material atau bahan untuk perisian kursus
dihasilkan berdasarkan keputusan yang telah dibuat semasa fasa Reka bentuk. Antara perisian
yang diperlukan dalam pembangunan perisian kursus ini ialah Macromedia Authorware 7,
Adobe Photoshop CS2 dan Adobe Flash CS3.

Fasa Implementasi dan Penilaian pula melibatkan perlaksanaan perisian kursus ke atas
murid-murid autisme bertujuan untuk menguji tahap kemampuan perisian kursus berfungsi dalam
persekitaran yang sebenar. Borang pemantauan yang dicadangkan oleh Davis et al. (2007) dan
telah diubahsuai berdasarkan keperluan perisian kursus ini digunakan untuk merekodkan tindak
balas murid-murid autisme di dalam bilik darjah sewaktu berinteraksi dengan perisian kursus ‘Saya
Suka Belajar’. Contoh item yang digunakan untuk merekod tindak balas murid-murid autisme
terhadap antara muka pengguna.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dalam bentuk kualitatif telah digunakan memandangkan jumlah sampel yang
kecil iaitu kurang daripada 10 orang. Dengan bantuan guru pendidikan khas, lima orang
responden telah dipilih untuk menguji kebolehgunaan perisian kursus yang telah
dibangunkan dan kesemua responden mempunyai kombinasi kelainan upaya seperti hiperaktif dan
ingatan memori pendek. Borang pemantauan telah digunakan untuk merekodkan semua jenis tindak
balas murid-murid autisme sewaktu berinteraksi dengan perisian kursus. Dapatan daripada borang
pemantauan ini seterusnya dianalisis untuk menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk.
Rumusan yang diperoleh daripada dapatan adalah seperti berikut :

1. Adakah perisian kursus ini berjaya menyediakan keselesaan, menarik perhatian


dan memberi pengalaman kepada kanak-kanak autisme?
Ya. Kesemua responden menunjukkan tingkah laku yang positif sebelum, semasa dan selepas
menggunakan perisian kursus. Ini terbukti apabila beberapa orang responden berasa sangat teruja
dan seronok untuk memberi respon apabila perisian kursus dijana pada skrin di hadapan bilik darjah.
Animasi dan karektor yang terdapat pada halaman menu utama telah memberikan rangsangan yang
positif kepada responden untuk terus menggunakan perisian kursus ini, terutamanya pada modul
aktiviti. Walaupun terdapat sedikit kekeliruan ketika memilih menu, ianya tidak menjadi masalah
dengan adanya bantuan dari guru.
2. Adakah perisian kursus ini sentiasa berada dalam perhatian kanak-kanak autisme
sehingga mereka berasa seronok berinteraksi dengan perisian kursus melalui tugas yang
telah diberikan dan tidak menghadapi sebarang masalah apabila menggunakan komputer atau
laptop?
Ya. Kebanyakan responden berupaya berinteraksi dengan perisian kursus kerana mereka hanya
perlu mengklik objek yang mengeluarkan label semasa
tetikus dilarikan pada mana-mana bahagian di atas imej situasi Majlis Hari Lahir dan Berkelah Di
Pantai. Terdapat juga responden yang cuba untuk mengklik objek yang tidak berlabel. Responden
yang kurang berkemahiran untuk menggunakan komputer dan tetikus telah dibantu oleh guru di
mana guru akan mengklik menu pilihan selepas ditunjukkan oleh mereka. Sedikit kekeliruan
berlaku ketika menggunakan butang navigasi pada peringkat awal penggunaan perisian kursus
kerana ianya baru pertama kali digunakan. Namun begitu,
kanak-kanak tetap teruja menggunakan modul latihan dan berusaha-sedaya upaya untuk
menguasai kemahiran ‘drag & drop’ dengan bantuan guru dengan cara guru akan menunjukkan
contoh terlebih dahulu.
3. Adakah kanak-kanak autisme berkeupayaan menggunakan perisian kursus ini dengan
memberi tindak balas yang positif terhadap arahan-arahan yang diberikan?
Ya. Secara keseluruhan responden dilihat mampu untuk menggunakan perisian kursus ini kerana
mereka dapat memahami penggunaan perisian kursus secara peringkat demi peringkat. Kaedah
pembelajaran secara berulang seperti melarikan kursor dan mengklik objek berlabel telah
menjadikan mereka mahir menggunakan perisian kursus dalam tempoh yang singkat. Walau
bagaimanapun, pemantauan dari guru juga memainkan peranan yang penting kerana
berkemungkinan responden hanya mengklik objek berlabel dan melihat imej yang ditunjukkan tanpa
berlakunya sebarang proses mengeja perkataan atau membunyikan suku kata.

PERBINCANGAN
Keberkesanan sesuatu perisian kursus yang dibina adalah subjektif dan bergantung kepada respon
yang diberikan oleh pengguna. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat untuk
memastikan perisian kursus yang dibina boleh mencapai objektif pembelajaran yang ingin dicapai
misalnya melalui Theory of Mind. Teori ini banyak dibincangkan oleh pengkaji seperti Graham
Williamson (2011), Helen Tager-Flusberg (2007), Lynne Soraya (2008) dan lain-lain kerana ia sangat
membantu dalam proses memahami jenis pendidikan awal yang sesuai untuk diberikan
kepada kanak-kanak autisme. Dengan adanya teori ini, perubahan dan perkembangan kanak-kanak
autisme akan lebih mudah difahami, sistem penyampaian pengetahuan serta rangsangan yang
sesuai dan berkesan juga dapat diberikan untuk memastikan perkembangan mental mereka berada
pada tahap maksimum. Walau bagaimanapun, teori ini sangat menekankan kebolehan berbahasa
dan berkomunikasi kerana ianya mempengaruhi kecerdasan minda kanak-kanak autisme. Oleh
sebab itu, kebanyakan pendekatan yang dicadangkan melalui teori ini merupakan
rangsangan yang mementingkan hasil dalam bentuk verbal atau komunikasi.
Selain itu, antara muka pengguna memainkan peranan yang penting untuk mengintegrasikan
kemahiran kognitif kanak-kanak autisme dengan teknologi pengkomputeran. Ini dapat membantu
mereka menghubungkan diri secara fizikal dan mental ketika menggunakan perisian kursus ini.
Beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam membina antara muka pengguna adalah seperti
penggunaan teks yang sangat minimal, penggunaan grafik yang menarik dan mampu
memberi rangsangan yang positif kepada pengguna, animasi pada imej-imej tertentu untuk
menarik fokus murid di samping menjadikan perisian kursus ini bersifat dinamik dan interaktif,
navigasi yang mudah dan ringkas, antara muka yang mesra pengguna, menarik dan ceria serta isi
kandungan pelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Melalui kajian yang dijalankan, terbukti bahawa kanak-kanak autisme sememangnya
mempunyai pelbagai kecerdasan yang unik serta berbeza di antara satu sama lain. Ini dapat dilihat
semasa fasa Pengujian perisian kursus di mana responden A mempunyai kebolehan yang sangat
baik ketika menggunakan perisian kursus dan hanya memerlukan pengawasan yang sangat
minimal kerana responden A berkebolehan menggunakan aplikasi dan perkakasan seperti
komputer riba dan tetikus. Ini berbeza dengan responden B yang memerlukan pengawasan yang
lebih rapi kerana tidak berkeupayaan menggunakan perisian kursus dan perkakasan
dengan baik. Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh juga dapat dinyatakan bahawa perisian
kursus yang dibina telah mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian seperti yang telah
ditetapkan. Melihat pada reaksi, tingkah laku dan komitmen yang ditunjukkan oleh responden pada
sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisian kursus ini, boleh disimpulkan bahawa mereka
sangat berminat untuk menggunakannya. Ini selari dengan kajian yang dibuat oleh Wright et al.
(2002) di mana beliau telah menyatakan bahawa kanak-kanak autisme meluangkan lebih banyak
masa terhadap bahan bacaan berasaskan komputer jika dibandingkan dengan bahan bacaan
berasaskan buku. Jika dibandingkan dengan buku teks atau kad bacaan, kanak-kanak ini hanya
mengintegrasikan beberapa deria, tetapi dengan menggunakan perisian kursus, mereka akan
mengintegrasikan deria penglihatan dan pendengaran melalui simulasi yang diketengahkan melalui
perisian kursus. Rangsangan yang disuntik melalui elemen multimedia seperti ungkapan audio
‘Tahniah! Jawapan anda betul’ berkeupayaan untuk meningkatkan minat dan fokus mereka
terhadap pembelajaran. Memanipulasi kebolehan elemen multimedia untuk manfaat kanak-kanak
autisme dengan menyediakan bahan pembelajaran yang lebih bersifat interaktif, terkini, menarik,
berkadar langsung dengan minat mereka dan tidak membosankan adalah tujuan utama
penggunaan perisian kursus dalam persekitaran pembelajaran khas.

KESIMPULAN DAN CADANGAN


Penghasilan perisian kursus ini adalah bertujuan untuk mengintegrasikan penggunaan ICT ke dalam
proses pdp bagi kanak-kanak autisme. Untuk menghasilkannya, ciri-ciri dan personaliti kanakkanak
autisme perlu dikaji dan difahami dengan baik dan mendalam. Rangsangan yang mencukupi mampu
untuk mendorong kanak-kanak autisme supaya menggunakan perisian kursus ini sehingga
penamat. Penambahbaikan untuk penyelidikan ini boleh dilakukan dari aspek pemilihan sumber
rujukan kerana rujukan sedia ada lebih berfokus kepada hasil kajian dari luar negara. Ini sedikit
sebanyak turut mempengaruhi penyelidik dalam menghasilkan perisian kursus kerana kurang
menitikberatkan elemen-elemen seperti latar belakang setempat, faktor geografi, sosioekonomi,
literasi komputer dan kebudayaan kanak-kanak autisme khususnya di Malaysia. Dari aspek kumpulan
sasaran, penambahbaikan boleh dilakukan dengan membangunkan perisian kursus
mengikut keunikan kanak-kanak autisme yang lebih spesifik seperti autisme bersama dylexsia,
autisme bersama down syndrome dan lain-lain. Kecenderungan yang berbeza antara satu sama lain
memerlukan perisian kursus yang lebih khusus dan lebih fokus kepada kekuatan dan kelemahan
mereka secara individu supaya ia dapat mengembangkan lagi tahap kognitif kanak-kanak
autisme pada tahap taksonomi yang berbeza. Melalui penyelidikan yang dilakukan, dapat
disimpulkan bahawa kanak-kanak autisme boleh belajar menggunakan komputer dengan baik. Ini
sekali gus membuktikan kebenaran kajian yang telah dilakukan oleh Jonathan dan Stromer (2006) ke
atas seorang kanak-kanak autisme bernama Devon di mana telah terbukti bahawa kanak-kanak
autisme boleh mendengar, mengikut arahan dan berinteraksi menggunakan komputer dengan baik.
Kenyataan ini menyokong hasil kajian yang
dijalankan oleh Boone & Higgins (2007) di mana mereka telah membuktikan bahawa kanak-kanak
autisme tidak lagi perlu bergantung kepada buku teks malah lebih tertarik kepada komputer.
Kajianyang dibuat oleh Wright, Callaghan dan Coughlan (2002) pula menyatakan bahawa kanak-
kanak autisme yang belajar membaca dengan menggunakan komputer mampu untuk mengingati
sekurang-kurangnya tiga perkataan lebih banyak berbanding belajar membaca dengan
menggunakan buku teks. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa kanak-kanak autisme sudah
bersedia untuk menggunakan ICT di dalam proses P&P dan seterusnya melangkah setapak ke
hadapan dalam sistem pendidikan khas yang mengintegrasikan ICT ke dalam bilik darjah.

RUJUKAN
About e-learning (2010). ADDIE. Diperoleh Mei
12, 2012 daripada http://www.aboutelearning.com/addie-instructional-designmodel.html
Beadle-Brown, J. (2004) Elicited imitation in
autistic children and adults: The effects of different types of actions. Journal of Applied
Research in Intellectual Disability, 17: 37-48.
Boone, R & Higgins, K (2007). The role of
instructional design in assistive technology research and development. International
Reading Association, 42 (1 Jan. – Mar): 135-140..
Borysowich, C. (2005). Toolbox for IT. Diperoleh
Mei 23, 2012 daripada http://it.toolbox.com/blogs/enterprisesolutions/a-comparison-of
multimediacourseware-and-classroombased-instruction-6381#
Davis, M., Dautenhahn, K., Chrystopher, N.L. &
Stuart, P.D. (2007). The narrative
construction of our (Social) world: Steps towards an interactive learning environment
for children with autism. Springer-Verlag, 6:145-157.
Dunn, R. & K. Dunn. (1993). Teaching secondary
students through their individual learning styles. Boston: Allyn & Bacon.
Dunn, R., Honigsfeld, A., Doolan, L. S., Bostrom,
L., Russo, K., Schiering, M. S. & Suh, B. (2009). Impact of learning-style instructional
strategies on students' achievement and attitudes: Perceptions of educators in diverse
institutions. Journal of Educational Strategies: Issues and Ideas, 82 (3): 135-140.
Graham Williamson (2011). Autism and theory of
mind. Diperoleh September 27, 2011 daripada http://www.speech-therapy-information-
and-resources.com/autism-and-theory-of-mind. html
Helen Tager-Flusberg (2007). Evaluating the
theory-of-mind. Hypothesis of Autism, 16 (6). Diperoleh Mei 5, 2012 daripada
http://www.bu.edu/autism/files/2010/03/2007-HTF-ToM1.pdfIndividuals with Disability
Education Act
Amendments of 1997 (IDEA]). (1997).
Diperoleh Mac 13, 2012 daripada
http://thomas.loc.gov/home/thomas.php
Jamila K.A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas
untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Jonathan, K.W. & Stromer, R. (2006). Promoting
independence among children with autism: Multimedia activity schedules. Upper Saddle
River, NJ: Merill Prentice Hall.
Laman Web Rasmi, Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia. (2007) Dasar Orang Kurang Upaya. Diperoleh Oktober 6, 2011 daripada
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=88&Itemid
=903&lang=ms
Learning-Theories.com (2010). ADDIE Model.
Diperoleh Oktober 12,2011 daripada http://www.learning-theories.com/addiemodel.html
Lynne Soraya (2008). Empathy, mindblindness, and theory of mind do people with autism
truly lack empathy? Diperoleh Feb 18, 2012 daripada:http://www.psychologytoday.com/bl
og/aspergers-diary/200805/empathymindblindness-and-theory-mind
Nor Azan M.Z., Halimah B. & Shahrul Azman M.
N. (2009). Penilaian perisian kursus Adaptif Multimedia (A-Maths) berasaskan stail
pembelajaran. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 6: 61-78.
Portal Rasmi Pendidikan Khas, LMS. (2009) Autisme. Diperoleh Ogos 6, 2011 daripada
http://ppdlms.edu.my/pk/?s=autismePortal Rasmi Pendidikan Khas, LMS. (2009) Pendidikan
Khas. Diperoleh Ogos 6, 2011 daripada http://ppdlms.edu.my/pk/
Reed, P. (2004) Critical issue: Enhancing system change and academic success through
assistive technologies for k–12 students with special needs. Diperoleh Ogos 6, 2011
daripada http://www.ncrel.org/sdrs/areas /issues/methods/ technlgy/te700.htm.
Smith, R. & Edwards, L., (2006). COCOMOSCORM interactive courseware project cost
modelling. Boston: International Council of Systems Engineering Conference.
Strickland, A.W. (2006) ADDIE. Diperoleh April
12,2012 daripada http://ed.isu.edu /addie/index.html
Wright, B., Callaghan, C. & Coughlan, B. (2002).
Do children with autism learn to read more readily by computer assisted instruction or
traditional book methods? A pilot study.Diperoleh Mac 8,2012 daripada
http://aut.sagepub.com/content /6/1/71.abstract.

You might also like

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy