Ahmad Nawab
Ahmad Nawab | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Khan bin Nawab Khan 6 April 1932 |
Meninggal dunia | 24 November 2024 | (umur 92)
Sebab kematian | Sesak nafas |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Lebuhraya KL-Karak, Kuala Lumpur. |
Pekerjaan | Penyanyi, penggubah lagu, pemuzik |
Tahun aktif | 1950–2024 |
Pasangan | Puan Sri Datin Seri Siti Zainab Ibrahim |
Anak-anak | 5 |
Saudara | Allahyarham Akbar Nawab (abang) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Instrumental, pop, jazz |
Instrumen | Vokal, saksofon |
Syarikat rakaman | EMI (Singapore) Pte. Ltd. EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. WEA Records Sdn. Bhd. MRC BMG Music (Malaysia) Sdn. Bhd. LIFE Records Universal Music Malaysia |
Tan Sri Dato' Seri Dr. Ahmad Khan bin Nawab Khan (6 April 1932 – 24 November 2024) merupakan seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi yang terkenal di Singapura pada era 1950an, 60an dan seterusnya di Malaysia pada 1970an hingga 2000an. Beliau telah menggubah lagu lebih daripada 2,000 lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni. Beliau juga telah diberi penganugerahan sebagai "Seniman Negara ke-7".
Biografi
[sunting | sunting sumber]Ahmad Nawab dilahirkan di Pulau Pinang, merupakan seorang komposer muzik yang terkenal di Malaysia dan bergiat aktif sebelum ini dalam penggubahan lagu sehingga beliau meninggal dunia.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat besar seperti Uji Rashid, Hail Amir, Sharifah Aini, Sudirman Haji Arshad, Hetty Koes Endang, Dato' Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Broery Marantika dan ramai lagi.
Popularitinya telah membuktikan bahawa lagu-lagu ciptaannya adalah berkualiti, di mana beliau masih mampu bersaing serta dapat bertahan lebih dari tiga puluh tahun dalam dunia muzik tanah air walaupun terdapat kemunculan ramai komposer-komposer muda yang serba berkebolehan.
Tan Sri Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab juga merupakan orang yang bertanggung jawab bagi mengubah lagu “Malaysia Truly Asia”, yang dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim. Lagu tersebut turut dijadikan lagu tema bagi mempromosi Malaysia pada persada antarabangsa.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 24 November 2024, beliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, yang terletak di Gombak, Selangor pada jam 3.15 petang. [1] Jenazahnya disembahyangkan di Surau Al-Tarbiah Al-Islamiah di Taman Melewar, Gombak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Sumbangannya pada persada muzik Malaysia telah diakui oleh Universiti Putra Malaysia yang memberi anugerah Doktor Kehormat Dalam Persuratan (“Honarory Doctrate In Literature”) pada tahun 2000.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Instrumental
[sunting | sunting sumber]- Saxsational - Pop Instrumental (1977)
- Ahmad Nawab (1979)
- Bintang Pujaan (1981)
- Mengenang Dirimu (1982)
- Ku Sayang Padamu (1983)
- Permata (1992)
- Seniman Sepanjang Zaman (1993)
- Bintang Malam (1997)
Album Nyanyian
[sunting | sunting sumber]- Gerimis Senja (1981)
Runut Bunyi dan Skor Filem
[sunting | sunting sumber]- Si Tora Harimau Jadian
- Sesudah Subuh
- Do Re Mi
- Nasib Do Re Mi
- Keranda Jingga
- Rahsia Hati
- Permintaan Terakhir
- Hapuslah Airmatamu
- Menanti Hari Esok
- Sumber Ilhamku
- Kisah Seorang Biduan
- Sumpah Semerah Padi
- Bunga Padi Berdaun Lalang
- Pendekar
- Bintang Pujaan
- Langit Petang
- Esok Untuk Siapa
- Di Ambang Kasih
- Gila-Gila Remaja
- Bintang Pujaan
- Penentuan
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]- Bunga Padi Berdaun Lalang (1975)
- Hapuslah Air Matamu (1976)
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Beliau yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980. Namun begitu, beliau mencapai penghormatan tertinggi apabila beliau dipilih untuk menerima "Anugerah Seniman Negara" 2006 pada 20 November 2006.
Anugerah tersebut yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, merupakan salah satu daripada Anugerah Seni Negara (ASN) 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).[2]
Tan Sri Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab, 74, antara lain turut menerima hadiah berupa wang tunai RM60,000 dan dijadikan wakil KeKKWa di seminar/forum peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Petikan kata
[sunting | sunting sumber]- Lagu yang tidak lagi mementingkan mutu penciptaan tidak akan bertahan lama.[3]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Panglima Setia Mahkota (PSM) -- Tan Sri
- Panglima Jasa Negara (PJN) -- Datuk
- Ahli Mangku Negara (AMN)
- Pulau Pinang
- Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) -- Dato' Seri
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) -- Dato'
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Lagenda muzik Ahmad Nawab meninggal dunia". Berita Harian. 24 November 2024. Dicapai pada 24 November 2024.
- ^ Pulau Pinang diminta namakan Jalan Rawang Jalan Datuk Ahmad Nawab Diarkibkan 2015-07-06 di Wayback Machine The Malaysian Insider
- ^ Ahmad Nawab kecewa mutu ciptaan lagu diabai[pautan mati kekal] Utusan Malaysia Online
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Nawab di Spotify
- Ahmad Nawab di 7digital
- Ahmad Nawab di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)