Content-Length: 165345 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Daerah_Sarikei

Daerah Sarikei - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Daerah Sarikei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sarikei
Transkripsi lain
 • Jawiساريكي
 • Cina泗里街 (Sìlǐjiē)
Map
Sarikei yang terletak di Malaysia Timur
Sarikei
Sarikei
Koordinat: 2°07′46″N 111°31′23″E / 2.1294846°N 111.5230586°E / 2.1294846; 111.5230586Koordinat: 2°07′46″N 111°31′23″E / 2.1294846°N 111.5230586°E / 2.1294846; 111.5230586
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sarikei
Pusat pentadbiranSarikei
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Sarikei
Keluasan
 • Jumlah985 km2 (380 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah44,039
 • Kepadatan45/km2 (120/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
95xxx, 96xxx

Sarikei merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandar Sarikei, yang turut menjadi pusat pentadbiran bagi Bahagian Sarikei.

Daerah Sarikei dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 985 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 44,039 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak yang kebanyakannya berbangsa Iban.

Sarikei dahulunya diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Ketiga. Pada 2 April 1973, Sarikei telah diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei yang baru dibentuk.[1] Kawasan pentadbiran daerah Sarikei juga pada awalnya turut merangkumi Belawai yang menjadi sebuah daerah kecil. Namun bermula pada tahun 2002, daerah kecil Belawai telah dipisahkan daripada daerah Sarikei, dan dimasukkan ke dalam pentadbiran daerah Daro.[2]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Sarikei terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Sarikei yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sarikei dan diketuai seorang pegawai daerah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Sarikei yang diketuai seorang pengerusi majlis.

Daerah Sarikei diletakkan di bawah empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Repok (N45) dan Meradong (N46) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Sarikei (P208), Kuala Rajang (N41) yang terletak di bawah Parlimen Tanjung Manis (P206) dan Pakan (N47) yang terletak di bawah Parlimen Julau (P209).

Daerah Sarikei terletak di tengah negeri Sarawak, dan di barat bahagian Sarikei. Daerah Sarikei bersempadan dengan daerah Meradong di timur, daerah Pakan di tenggara, daerah Saratok di selatan, daerah Kabong di barat daya, daerah Tanjung Manis di barat laut dan Laut China Selatan di barat.

Daerah Sarikei mempunyai keluasan kira-kira 985 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 324 meter.[3] Bentuk muka bumi daerah Sarikei boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu di kawasan utara daerah di mana sebahagian besarnya merupakan kawasan rendah, rata dan mendatar. Kawasan di selatan daerah pula merupakan kawasan yang berbukit dan tinggi.

Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Rajang, Sungai Sarikei dan Sungai Nyelong. Terdapat sebuah empangan yang terletak di selatan daerah iaitu Empangan Gerugu.

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197054,396—    
198041,158−24.3%
199149,631+20.6%
200050,774+2.3%
201056,228+10.7%
202044,039−21.7%
Sumber: [4]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Cina
  
39.6%
Iban
  
33.7%
Melayu
  
16.7%
Melanau
  
7.2%
Lain-lain
  
2.8%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Sarikei ialah seramai 44,039 orang dengan kepadatan penduduk 45 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 11,825 isi rumah dengan 16,794 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Sarikei merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak, dengan sebahagian besarnya berbangsa Iban. Masyarakat Cina merupakan kelompok bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 493 orang.[5][6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 7,339
Bumiputera lain 19,200
Cina 16,904
India 31
Lain-lain 72
Bukan warganegara - 493
Jumlah 44,039
Agama di Sarikei - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
45.6%
Islam
  
26.2%
Buddha
  
18.9%
Tidak beragama
  
8.5%
Lain-lain
  
0.8%

Di daerah Sarikei, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 45 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih 26 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan lebih 18 peratus dari jumlah penduduk. Penduduk yang tidak beragama atau ateis pula membentuk kelompok dengan peratusan lebih lapan peratus. Terdapat juga penganut agama lain seperti Hindu yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan kira-kira satu peratus.[5]

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 20,070
Islam 11,531
Buddha 8,317
Hindu 16
Lain-lain 157
Tidak beragama 3,748
Tidak diketahui 200
Jumlah 44,039
  1. ^ "Sejarah Bahagian Sarikei - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei". sarikei.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-20.
  2. ^ "Profail Daerah Sarikei - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei". sarikei.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-20.
  3. ^ Malaysia, Department of Statistics. "Sarikei Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-20.
  4. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  5. ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Daerah_Sarikei

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy