Daerah Tanjung Manis
Tanjung Manis تنجوڠ مانيس | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Pusat pentadbiran | Belawai |
PBT | Majlis Daerah Matu dan Daro |
Keluasan | |
• Jumlah | 730 km2 (280 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 7,946 |
• Kepadatan | 11/km2 (28/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 96xxx |
Tanjung Manis ialah sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Mukah, wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini memiliki keluasan sebanyak 730 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 7,946 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Melanau.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tanjung Manis telah dijadikan sebuah daerah kecil dengan nama Daerah Kecil Belawai pada 7 April 1973 dan terletak di bawah pentadbiran daerah Sarikei di Bahagian Sarikei.[1] Pada 1 Mac 2002, Daerah Kecil Belawai telah diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Daro dalam Bahagian Mukah susulan perisytiharan Mukah sebagai sebuah Bahagian yang baharu di Sarawak.[1]
Pada 1 Ogos 2015, Daerah Kecil Belawai telah dinaiktaraf kepada sebuah daerah penuh dan dinamakan sebagai daerah Tanjung Manis.[2]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Tanjung Manis terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Tanjung Manis yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Mukah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Matu dan Daro.
Politik
[sunting | sunting sumber]Daerah Tanjung Manis diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Rajang (N41) dan Semop (N42) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Tanjong Manis (P206).
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Tanjung Manis terletak di barat negeri Sarawak, dan di barat daya bahagian Mukah. Daerah Tanjung Manis bersempadan dengan daerah Daro di utara, daerah Meradong di timur, daerah Sarikei di selatan dan Laut China Selatan di barat.
Daerah Tanjung Manis mempunyai keluasan kira-kira 730 kilometer persegi. Bentuk muka bumi daerah ini secara keseluruhannya merupakan kawasan rata dan mendatar, dengan ketinggian maksimum yang hanya mencecah 32 meter. Daerah ini juga berada di kawasan pesisir pantai dan lembah sungai. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Belawai, Batang Paloh dan Sungai Bangau.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Tanjung Manis ialah seramai 7,946 orang dengan kepadatan penduduk 11 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 2,539 isi rumah dengan 3,814 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Tanjung Manis merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Melanau. Antara komuniti lain yang mendiami daerah ini termasuklah Iban, Melayu dan Cina dan Bidayuh. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 623 orang.[4][5]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 853 |
Bumiputera lain | 6,348 | |
Cina | 109 | |
India | 1 | |
Lain-lain | 12 | |
Bukan warganegara | - | 623 |
Jumlah | 7,946 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Tanjung Manis, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 79 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lebih 15 peratus. Sebanyak lebih dua peratus penduduk di daerah ini tidak beragama atau ateisme. Terdapat juga penduduk beragama lain seperti Buddha dan Hindu yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan sekitar satu peratus.
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 6,317 |
Kristian | 1,241 |
Tidak beragama | 217 |
Buddha | 47 |
Hindu | 2 |
Lain-lain | 122 |
Jumlah | 7,946 |
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Perhubungan utama daerah ini ialah pengangkutan darat, namun terdapat 30% kawasan di Daerah Tanjung Manis masih perlu menggunakan pengangkutan air seperti Paloh, Stalun, Sebayang, Sungai Berangan dan Telok Gelam. Jaringan jalan raya di daerah ini menghubungkan daerah-daerah disekitar melalui perkhidmatan feri serta akses ke bandar besar yang terdekat seperti Bandar Sibu.
Di daerah Tanjung Manis juga terdapat sebuah lapangan terbang kecil, iaitu Lapangan Terbang Tanjung Manis.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Sejarah Pentadbiran Daerah Tanjung Manis". Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2019. Dicapai pada 19 Disember 2024.
- ^ "Latar Belakang - Portal Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah". mukah.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-12-19.
- ^ "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010". mycensus.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
Laman utama
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Pejabat Daerah Tanjung Manis - maklumat berkaitan Daerah Tanjung Manis