Content-Length: 436322 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewa-dewi_Mesir_purba

Dewa-dewi Mesir purba - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Dewa-dewi Mesir purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Painted relief of a seated man with green skin and tight garments, a man with the head of a jackal, and a man with the head of a falcon
Dewa Osiris, Anubis, dan Horus di Makam Horemheb (KV57) di Lembah Raja-raja

 

Dewa-dewi Mesir purba merupakan para dewa yang disembah di Mesir purba. Kepercayaan dan upacara yang berhubung kait dengan dewa-dewi ini membentuk teras agama Mesir purba, yang diasaskan dalam prasejarah. Dewa-dewi ini mewakili kuasa dan fenomena alam dan orang Mesir memuja dan memujuk mereka menerusi semah,persembahan dan upacara supaya kuasa-kuasa alam terus berfungsi mengikut maat, yakni keseimbangan semesta. Selepas negeri Mesir diasaskan sekitar tahun 3100 SM, semua perkara ini dikawal oleh raja firaun, yang mengaku dirinya sebagai wakil para dewa dan menguruskan kuil-kuil upacara tersebut dijalankan.

Perwatakan dewa digambarkan di dalam mitos-mitos dan hubungan mereka dengan dewa lain: pertalian keluarga, kumpulan dan hierarki mereka, dan gabungan beberapa orang dewa dalam satu. Rupa-rupa dewa yang beraneka ragam dalam seni Mesir purba—dengan rupa haiwan, manusia, benda dan beberapa jelmaan berlainan mereka—turut menunjukkan ciri-ciri mereka secara tidak langsung dengan simbolisme.

Dewa yang paling tinggi antara para dewa berbeza-beza mengikut zaman, antaranya dewa matahari Ra, dewa misteri Amun dan dewi ibu Isis. Dewa yang tertinggi biasanya dikatakan sebagai pencipta dunia dan sering dihubungkan dengan matahari kerana telah memberikan kehidupan. Berdasarkan beberapa teks Mesir, sesetengah sarjana berhujah bahawa orang Mesir percaya terdapat satu tuhan yang mengawal semua perkara, termasuklah ke atas semua dewa dan dewi. Walaupun begitu, mereka tidak pernah meninggalkan kepercayaan politeisme mereka, kecuali dalam era Atenisme pada kurun ke-14 SM apabila agama negara ditukarkan untuk menyembah Aten, suatu dewa matahari.

Orang Mesir percaya bahawa dewa dan dewi hadir di seluruh alam dan mempengaruhi alam semula jadi dan hidup manusia. Mereka berinteraksi dengan para dewa di kuil-kuil dan keramat untuk tujuan peribadi mahupun hal besar seperti perkara kenegaraan. Orang Mesir berdoa meminta bantuan tuhan, menjalankan upacara supaya dewa bertindak melakukan sesuatu, dan merayu kepada mereka untuk memberi nasihat. Hubungan dengan dewa adalah penting dalam masyarakat Mesir.

"tuhan" dalam hieroglif
R8Z1A40

atau
R8G7

atau
R8

nṯr
"dewa"[1]
R8D21
X1
I12

nṯr.t
"dewi"[1]

Jumlah dewa dalam kepercayaan Mesir purba amat sukar untuk dikenal pasti. Teks-teks Mesir menyenaraikan pelbagai nama dewa yang tidak diketahui sifatnya serta membuat rujukan kepada dewa-dewi lain yang langsung tidak disebut namanya.[2] James P. Allen, seorang ahli kaji purba Mesir, menganggarkan terdapat lebih daripada 1400 dewa yang dinamakan dalam teks-teks purba[3] manakala rakan sejawat beliau Christian Leitz pula berkata bahawa ada "beribu-ribu orang" dewa.[4]

Istilah yang digunakan dalam bahasa Mesir bagi makhluk-makhluk ini dinamakan nṯr, "tuhan, dewa" manakala bentuk femininnya dipanggil nṯrt, "dewi".[5] Ahli sarjana telah cuba untuk mentafsirkan sifat asal para dewa ini dengan mengusulkan etimologi untuk dua perkataan ini namun tiada satu pun cadangan ini diterima secara meluas, juga asal usul istilah ini masih samar. Hieroglif-hieroglif yang digunakan sebagai ideogram dan determinatif untuk menulisnya ada menunjukkan beberapa ciri yang dikaitkan kepada tuhan oleh orang Mesir.[6] Simbol yang paling lazim ditemui ialah lambang bendera berkibar pada kayu. Objek-objek yang seperti itu dahulu ditempatkan di pintu masuk kuil, menandakan kehadiran seorang dewa, sepanjang sejarah Mesir purba. Antara hieroglif-hieroglif lain ialah burung falkon, yang mirip dengan beberapa dewa awal yang digambarkan sebagai burung helang, dan seorang dewa atau dewi yang sedang duduk.[2] Bentuk femininnya boleh ditulis dengan sebiji telur sebagai determinatifnya, menghubungkan dewi-dewi dengan penciptaan dan kelahiran, atau dengan ular tedung, yang juga sering digunakan untuk membayangkan ramai orang dewi.[6]

Orang Mesir membezakan nṯrw, "dewa-dewi", dengan rmṯ, "orang", tetapi makna istilah-istilah ini dalam bahasa Mesir dengan Melayu adalah tidak setara. Perkataan nṯr mungkin boleh digunakan untuk apa sahaja makhluk yang di luar kebiasaan harian.[7] Manusia yang telah mati dipanggil nṯr kerana mereka dianggap sama seperti dewa[5] tetapi jarang digunakan untuk makhluk-makhluk halus dalam kepercayaan Mesir, yang pakar-pakar moden menggelarkan "syaitan".[4] Seni keagamaan Mesir juga menggambarkan tempat-tempat, objek dan konsept dalam rupa manusia. Segala idea yang dipersonifikasikan ini melambangkan tuhan-tuhan yang penting dalam mitos dan upacara mereka hingga dewa atau makhluk yang tidak begitu dikenali, yang mungkin bukan sekadar metafora tetapi disebutkan hanya sekali dua.[7]

Untuk membezakan antara dewa dan makhluk-makhluk lain, golongan pakar telah memberi banyak takrifan bagi seorang "tuhan". Satu definisi yang diterima dengan meluas,[4] dicadangkan oleh Jan Assmann, menjelaskan bahawa seorang tuhan mempunyai ramai penyembah, terlibat dalam perkara-perkara alam semesta dan disebut dalam mitos atau kisah-kisah bertulis.[8] Mengikut satu lagi takrifan, oleh Dimitri Meeks, nṯr digunakan untuk apa-apa makhluk yang disembah. Dari sudut pandangan ini, raja dikira sebagai seorang "dewa", yang dipanggil begitu selepas istiadat pertabalannya, dan orang-orang yang telah mati, yang telah memasuki dunia kedewaan selepas upacara pengebumian. Dengan yang demikian, dewa-dewa besar the preeminence of the great gods was maintained by the ritual devotion that was performed for them across Egypt.[6]

Asal usul

[sunting | sunting sumber]

Bukti bahawa Mesir mempunyai tuhan tercatat dalam Tempoh Dinasti Awal (s. 3100–2686 SM).[9] Ia tentu muncul dalam zaman sebelum itu, dalam Tempoh Pradinasti (sebelum 3100 SM) dan dikembangkan daripada kepercayaan prasejarah. Seni-seni dari Tempoh Pradinasti menggambarkan pelbagai watak haiwan dan manusia. Sesetengah daripadanya, seperti bintang dan lembu, agak mirip dengan yang terdapat dalam agama Mesir yang terkemudian tetapi dalam kebanyakan kes, imej-imej tersebut tidak dapat dikaitkan dengan tuhan-tuhan mereka kerana kekurangan bukit. Semakin masyarakat Mesir maju, aktiviti-aktiviti agama menjadi semakin ketara.[2] Kuil-kuil yang terawal timbul dalam abad-abad terkahir era pradinasti,[10] berserta imej-imej yang menyerupai ikonografi tuhan-tuhan yang diketahui: falkon yang melambangkan Horus dan beberapa dewa lain, anak panah bersilang yang melambangkan Neith,[11] dan binatang misteri "Set" yang melambangkan Set.[12]

Crude stone statue of a baboon
Patung dewa babun Hedj-Wer, bertuliskan nama mendiang raja pradinasti, Narmer

Terdapat ramai teori yang diusulkan oleh pakar-pakar kaji purba Mesir dan ahli antropologi tentang bagaimana dewa-dewa ini berkembang pada awalnya.[13] Contohnya, Gustave Jéquier berpendapat bahawa orang Mesir dahulu pertamanya menyembah objek-objek pujaan, kemudian dewa dalam bentuk haiwan dan akhirnya tuhan dalam bentuk manusia, sementara Henri Frankfort berhujah bahawa dewa-dewa ini tentu digambarkan dengan rupa manusia sejak awal lagi.[11] Sesetengah teori begini sekarang dianggap terlalu mudah,[14] dan teori yang lebih kini, seperti hipotesis Siegfried Morenz bahawa tuhan-tuhan menjelma sebagai manusia kemudian membezakan diri mereka dan mempersonafikasikan persekitaran mereka, adalah sukar untuk dibuktikan.[11]

Pada asalnya, Mesir Pradinasti terdiri daripada kampung-kampung kecil dan berdiri sendiri.[14] Disebabkan banyak tuhan dalam zaman-zaman kemudian berkait dengan bandar-bandar dan kawasan khas, ramai pakar mengemukakan hujah bahawa kuil dewata Mesir terbentuk apabila komuniti-komuniti yang berbeza mula bergabung menjadi negeri-negeri yang lebih besar, menyebarkan dan menerima tuhan-tuhan tempatan lama. Ada juga yang berpendapat bahawa dewa-dewa pradinasti yang terutama dipuja di seluruh Mesir tanpa mengira sempadan, sama seperti unsur-unsur budaya Mesir yang lain.[9]

Langkah terakhir dalam pembentukan agama Mesir ialah penyatuan Mesir, iaitu apabila penguasa-penguasa dari Mesir Hulu menjadikan diri mereka sebagai firaun seluruh Mesir.[2] Raja-raja suci ini dan pegawai-pegawai mereka mula memegang hak untuk berinteraksi dengan para dewa,[11] dan perajaan menjadi perkara utama yang menyatukan agama mereka.[2]

Walaupun dengan perubahan ini, tuhan-tuhan baharu tetap diwujudkan. Beberapa tuhan penting seperti Isis dan Amun tidak dicatat kewujudan mereka sehinggalah Kerajaan Lama (s. 2686–2181 SM).[2] Mungkin tempat-tempat dan konsep-konsep baru telah mengilhamkan orang Mesir untuk mencipta seorang tuhan untuk mewakilinya,[5] dan tuhan-tuhan kadangkala dicipta untuk menjadi pasangan kepada dewa-dewi yang sedia ada.[2] Raja-raja juga dianggap sebagai dewa tetapi hanya segelintir sahaja yang terus disembah selepas mereka mangkat. Beberapa orang manusia yang bukan diraja dikatakan telah mendapat restu para dewa dan turut disanjungi.[15] Pemujaan mereka biasanya sekejap sahaja tetapi dua orang arkitek diraja Imhotep dan Amenhotep anak lelaki Hapu disembah sebagai dewa berkurun-kurun lamanya selepas mereka meninggal dunia,[15] sama seperti dengan beberapa pegawai-pegawai lain.[16]

Orang Mesir juga pernah menerima pakai tuhan-tuhan asing daripada tamadun-tamadun jiran. Dedun, yang namanya disebut buat pertama kalinya pada zaman Kerajaan Lama, mungkin berasal dari Nubia, danBaal, Anat dan Astarte, dan lain-lain, diambil daripada agama Kanaan semasa Kerajaan Baru (s. 1550–1070 SM).[13] Dalam zaman Yunani dan Rom, dari 332 SM ke awal abad pertama Masihi, tuhan-tuhan dari seberang Laut Mediterranean disembah di Mesir tetapi dewa-dewa tempatan masih dikekalkan, dan orang Mesir sering menyerap kultus-kultus orang asing untuk mereka sembah.[17]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan daripada apa yang diketahui dalam pengetahuan moden tentang dewa-dewa Mesir datang daripada tulisan-tulisan keagamaan yang dihasilkan oleh katib-katib dan para pendeta mereka. Mereka ini dikira sebagai golongan elit masyarakat Mesir dan berbeza daripada rakyat biasa yang kebanyakannya buta huruf. Tidak banyak yang diketahui tentang bagaimana golongan keramaian ini tahu atau memahami idea-idea ciptaan golongan elit ini.[18] Tanggapan orang biasa tentang konsep tuhan mungkin berbeza daripada tanggapan pendeta. Contohnya, khalayak awam mungkin menganggap penyataan-penyataan simbolik tentang dewa-dewa dan perbuatan mereka sebagai benar.[19] Namun pada amnya, sedikit-sebanyak yang diketahui dalam soal kepercayaan popular dalam masyarakat mereka adalah konsisten dengan tradisi kaum atasan. Tradisi kedua-dua golongan ini membentuk satu pemahaman terpadu tentang dewa-dewi dan sifat-sifat mereka.[18]

Relief of a seated woman with an elaborate headdress. In her lap is a child with a cap-shaped crown whose head she cradles.
Isis, seorang dewi ibu dan penaung raja, menimang Firaun Seti I di pangkuannya.

Kebanyakan dewa Mesir mewakilkan fenomena semula jadi atau sosial. Secara amnya, para dewa mereka bersifat "ada" dalam fenomena-fenomena ini—mereka hadir dalam alam.[20] Antara jenis-jenis fenomena yang mereka mewakilkan ialah tempat-tempat dan objek, malah konsep dan daya.[6] Dewa Shu ialah dewa yang mewakilkan udara dunia; dewi Meretseger menguasai sebuah kawasan, Nekropolis Thebes; dan dewa Sia melambangkan konsep tanggapan.[12] Dewa-dewa utama biasanya terlibat dalam beberapa jenis fenomena. Contohnya, Khnum ialah dewa Pulau Elefantin di tengah-tengah Nil, sungai yang penting kepada tamadun Mesir. Dia dikatakan ialah penghasil banjir tahunan Nil yang menyuburkan tanah-tanah pertanian negara itu. Berkaitan dengan fungsinya sebagai menghidupkan bumi, dia juga dikatakan telah mencipta semua makhluk hidup dengan membentukkannya di atas roda membuat tembikar.[12] Dewa-dewa juga boleh berkongsi peranan yang sama; Ra, Atum, Khepri, Horus dan dewa-dewa lain memainkan peranan sebagai dewa matahari.[14] Meskipun peranan mereka berbagai-bagai, kebanyakan dewa memainkan tugas yang sama: menjaga maat, keseimbangan semesta yang merupakan prinsip penting dalam agama Mesir yang juga dilambangkan sebagai seorang dewi.[19] Akan tetap, sesetengah dewa mewakilkan halangan kepada maat. Antara yang paling utamanya ialah Apep, yang melambangkan huru-hara dan mengancam untuk merosakkan keseimbangan semesta, dan Set, dewa yang walaupun boleh menentang kekacauan juga boleh menimbulkannya.[11]

Bukan semua benda yang wujud dijadikan dewa. Sekalipun ramai dewa dikaitkan dengan Sungai Nil, tiada satu pun mewakilkannya seperti Ra mewakilkan matahari.[5] Fenomena yang tidak kekal lama, seperti pelangi atau gerhana, tidak diwakili oleh dewa;[8] mahupun api, air atau pelbagai unsur bumi.[14]

Peranan setiap dewa boleh bertukar ganti dan sifat setiap dewa boleh dikembangkan untuk merangkumi ciri-ciri baharu. Oleh sebab ini, peranan-peranan dewa sukar untuk dikelaskan atau ditakrifkan. Walau bagaimanapun, keupayaan dan bidang kuasa setiap dewa juga ada batasannya. Dewa pencipta sendiri pun dikatakan tidak dapat melepasi sempadan alam semesta yang dia ciptakan, malah Isis, walaupun dia dikatakan adalah yang terpintar antara semua dewa, bukannya maha mengetahui.[5] Namun, Richard H. Wilkinson berhujah bahawa beberapa teks dari akhir-akhir Kerajaan Lama menunjukkan semakin kepercayaan tentang dewa Amun berkembang, dia dipercayai bersifat maha mengetahui dan maha hadir, dan mampu melepasi batasan dunia yang tidak dapat dilakukan oleh dewa-dewa lain.[2]

Dewa-dewa dengan bidang kuasa yang amat kecil atau khusus biasanya digelarkan "dewa kecil" atau "jin" dalam teks-teks moden tetapi tidak ada takrifan yang khusus untuk kedua-dua istilah ini.[21] Sesetengah jin menjaga tempat-tempat, terutamanya di Duat, alam si mati. Ada juga yang berkeliaran di dunia manusia dan Duat, sama ada sebagai pelayan dan utusan dewa-dewa yang lebih besar atau sebagai semangat yang menyebabkan penyakit atau kecelakaan terhadap manusia.[22] Kedudukan jin dalam hierarki tuhan adalah tidak tetap. Dewa-dewa pelindung, Bes dan Taweret, pada asalnya memainkan peranan kecil seperti jin tetapi lama-kelamaan menjadi lebih penting dan berpengaruh.[21] Makhluk-makhluk yang paling ditakuti di Duat dianggap adalah yang paling menjijikkan dan paling berbahaya kepada manusia.[23] Lama-kelamaan dalam sejarah Mesir, mereka dianggapkan sebagai anggota yang rendah dalam golongan tuhan[24] dan berlawanan dengan dewa-dewa utama yang memberikan manfaat dan kehidupan.[23] Tetapi dewa yang paling dihormati juga kadangkala boleh membalas dendam terhadap manusia atau satu sama lain, menampakkan sisi jahat mereka dan mengaburi batasan antara syaitan dan dewa.[25]

Kelakuan dewa dipercayai menguasai segala benda.[8] Selain daripada beberapa orang tuhan yang mengganggu keseimbangan semesta,[11] perbuatan dewa-dewa mengekalkan maat dan mencipta dan memeliharakan semua benda yang hidup.[19] Mereka membuat kerja-kerja ini dengan menggunakan kuasa yang orang mesir panggil sebagai heka, yang biasanya diterjemahkan sebagai "magis". Heka merupakan kuasa utama yang tuhan pencipta gunakan untuk membentuk dunia dan para dewa yang lain.[5]

Fresco of a woman with stars on her body and a red sun near her mouth
Dewi langit Nut menelan matahari, yang bergerak melalui tubuhnya pada waktu malam untuk dilahirkan semula pada waktu fajar.

Tindakan para dewa pada kala kini digambarkan dan dipuji dalam gita puja dan teks pengebumian. [8] Ini berbeza dengan mitologi, yang menceritakan tindakan tuhan dalam hikayat masa silam semasa tuhan-tuhan hadir di bumi dan berinteraksi secara langsung dengan manusia. Peristiwa masa lampau ini menetapkan corak kejadian untuk masa kini. Peristiwa-peristiwa berkala dikaitkan dengan peristiwa pada masa lalu dalam mitos; contohnya, penggantian setiap firaun melakonkan semula kenaikan Horus ke takhta bapanya Osiris.[26]

Mitos ialah metafora untuk tindakan dewa, yang tidak dapat difahami sepenuhnya oleh manusia. Ia mengandungi idea-idea yang berkhilafan, setiap satu memberikan perspektif tertentu tentang peristiwa ketuhanan. Percanggahan mitos merupakan sebahagian daripada pendekatan agama Mesir yang bermacam-macam—yang Henri Frankfort menggelarkan "kepelbagaian kaedah" untuk memahami tuhan. [11] Dalam mitos, dewa-dewa berkelakuan seperti manusia. Mereka mempunyai perasaan; mereka boleh makan, minum, melawan, menangis, sakit dan mati.[27] Ada yang mempunyai sifat-sifat yang unik.[2] Set bersifat agresif dan impulsif, dan Thoth, penaung penulisan dan ilmu, sering memberikan ucapan yang meleret-leret. Namun pada amnya, tuhan-tuhan lebih bersifat arketip daripada watak-watak yang terperinci.[27] Versi-versi mitos yang berlainan boleh menceritakan dewa yang berbeza memainkan peranan arketip yang sama, seperti dalam mitos Mata Ra, sisi feminin dewa matahari itu yang diwakili oleh ramai dewi.[28] Tingkah laku dewa dalam mitos tidak konsisten dan pemikiran serta motivasi mereka jarang dinyatakan.[8] Kebanyakan mitos kurang mempunyai watak dan jalan cerita yang terperinci kerana makna simboliknya lebih penting daripada penceritaannya.[19]

Tindakan ketuhanan yang pertama ialah penciptaan alam semesta, yang diceritakan dalam beberapa mitos penciptaan. Setiap satu memfokuskan tuhan-tuhan yang berbeza, yang masing-masingnya bertindak sebagai dewa pencipta.[14] Lapan tuhan Ogdoad, yang mewakili huru-hara yang mendahului penciptaan, melahirkan dewa matahari, yang mengasaskan keharmonian di dalam dunia yang baru; Ptah, dewa pemikiran dan kreativiti, memberikan bentuk kepada semua benda dengan membayangkan dan menamakannya;[29] Atum menghasilkan semua benda sebagai pancaran dirinya;[3] dan Amun, menurut pandangan pemuja-pemuja dia, mendahului dan mencipta tuhan-tuhan pencipta yang lain.[29] Ini semua dan versi-versi penciptaan yang lain tidak dianggap bercanggah. Masing-masingnya memberikan perspektif yang berbeza tentang proses rumit alam semesta yang teratur ini dan para dewa muncul daripada huru-hara.[19] Waktu selepas penciptaan ini, apabila sekumpulan tuhan memerintah sebagai raja segala dewa, menjadi permulaan kebanyakan mitos. Dewa-dewa berjuang melawan kehuru-haraan dan satu sama lain sebelum mereka berundur dari dunia manusia dan melantik raja-raja kuno Mesir untuk memerintah dalam tempat mereka.[26]

Tema yang sering ditemui dalam mitos-mitos ini ialah usaha para dewa untuk mengekalkan maat dengan menentang kekacauan. Mereka berlawan teruk dengan kuasa huru-hara pada permulaan penciptaan. Ra dan Apep, yang berlawan setiap malam, menurut kepercayaan Mesir purba masih bertembung hingga ke masa kini.[27] Satu lagi tema besar ialah kematian dan kebangkitan dewa-dewa. Contoh seorang dewa mati yang paling mudah dilihat ada dalam mitos pembunuhan Osiris, ketikamana dewa itu dibangkitkan sebagai raja Duat.[27] [Nota 1] Dewa matahari juga dikatakan menua dalam perjalanan merentasi langit setiap hari, lalu terbenam ke dalam Duat pada waktu malam dan muncul sebagai seorang anak pada waktu matahari terbit. Dalam pada itu, dia bersentuhan dengan air Nun, iaitu kekacau-bilauan yang wujud sejak azali lagi. Teks-teks tentang pengebumian yang menyentuh perjalanan Ra melalui Duat juga menunjukkan mayat dewa-dewi yang dihidupkan bersama dia. Maka daripada bersifat abadi, para dewa mati secara berkala dan dilahirkan semula dengan mengulangi peristiwa penciptaan, membaharukan seluruh alam.[5] Namun begitu, kitaran ini boleh terganggu dan kacau-bilau boleh kembali. Beberapa teks Mesir yang kurang difahami membayangkan bahawa malapetaka ini sudah ditakdirkan akan berlaku—bahawa suatu hari nanti, tuhan pencipta akan membubarkan ketertiban dunia, meninggalkan dirinya seorang dan Osiris dalam kekacau-bilauan purbakala tadi.[6]

Relief showing four people with varying sets of hieroglyphs on their heads
Dewa-dewa melambangkan daerah-daerah Mesir

Para dewa mempunyai hubungan dengan tempat tertentu di dalam alam semesta. Dalam kepercayaan Mesir purba, dunia merangkumi bumi, langit dan alam mati. Di keliling semua ini ialah kelompongan dan kegelapan yang wujud sebelum penciptaan.[31] Secara amnya para dewa dikatakan tinggal di langit tetapi dewa-dewi yang mempunyai hubungan dengan benda-benda lain di alam semesta pula tinggal di sana. Kebanyakan peristiwa mitos, yang berlaku sebelum para dewa berundur diri dari dunia manusia, bertempat di bumi. Dewa-dewa itu pula kadangkala berinteraksi dengan yang berada di langit. Ini berlainan dengan alam mati, yang terpencil dan tidak dapat dimasuki, dan dewa-dewa yang tinggal di sana sukar berkomunikasi dengan yang tinggal di dunia hidup.[32] Ruang di luar kosmos juga dikatakan berada sangat jauh. ia juga dihuni oleh beberapa orang dewa, sesetengah jahat dan sesetengah bermanfaat kepada dewa-dewa yang lain dan dunia mereka yang teratur.[33]

Dalam zaman selepas mitos, kebanyakan dewa dipercayai berada di langit atau hadir di dunia secara halimunan. Kuil-kuil menjadi tempat untuk mereka berhubung dengan manusia. Mereka percaya setiap hari para dewa akan bergerak dari alam tuhan ke kuil-kuil mereka, rumah mereka di dunia manusia. Di sana, mereka menghuni berhala dan patung-patung yang menggambarkan dewa itu dan mengizinkan manusia berinteraksi dengan mereka melalui upacara pemujaan. Pergerakan antara alam ini kadangkala dijelaskan sebagai perjalanan antara langit dan bumi. Oleh sebab kuil dijadikan pusat utama bandar-bandar Mesir, dewa kuil utama bandar itu dijadikan dewa penaung mereka dan kawasan yang di sekitar.[34] Kawasan pengaruh dewa di bumi bergantung pada bandar-bandar dan kawasan yang mereka menjaga.[31] Ramai dewa mempunyai lebih daripada satu bandar dan tempat mereka disembah boleh bertukar dari semasa ke semasa. Dewa boleh dipuja di bandar-bandar lain dan kawasan pengaruh mereka boleh mengecil. Oleh itu, bandar kultus utama sesuatu dahulu tidak semestinya tempat asal usul dewa itu.[35] Pengaruh politik sesebuah kota juga boleh mengubah kepentingan dewa penaungnya. Apabila raja-raja dari Thebes mengambil alih pada permulaan Kerajaan Pertengahan (sekitar 2055–1650 SM), mereka mengangkat dewa-dewa penaung Thebes—mula-mula dewa perang Montu kemudian Amun—menjadi dewa utama seluruh negara.[36]

Names and epithets

[sunting | sunting sumber]

Dalam kepercayaan Mesir, nama menunjukkan sifat sebenar sesuatu itu. Oleh itu, nama-nama dewa sering berkaitan tentang peranan mereka atau dari mana mereka berasal. Nama dewi pemangsa Sekhmet bermaksud "yang berkuasa", nama dewa misteri Amun bermaksud "yang tersembunyi", dan nama Nekhbet, yang dipuja di bandar Nekheb, bermaksud "dia yang dari Nekheb". Banyak nama lain tidak mempunyai makna tertentu, walaupun dewa-dewi itu hanya ada satu peranan. Nama dewi langit Nut dan dewa bumi Geb tidak sama dengan perkataan Mesir untuk langit dan bumi.[5]

Orang Mesir juga mencipta etimologi palsu yang memberikan lebih banyak makna kepada nama-nama dewa.[5] Satu petikan dalam Teks Keranda menulis nama dewa pengebumian Sokar sebagai sk r, yang bermaksud "pembersihan mulut", untuk menghubungkan namanya dengan peranannya dalam upacara Pembukaan Mulut,[37] manakala satu dalam Teks Piramid berkata namanya berasal daripada kata-kata yang Osiris laungkan semasa kesusahan, menghubungkan Sokar dengan dewa pengebumian itu.[2]

Para dewa dipercayai mempunyai banyak nama. Antaranya terdapat nama rahsia yang mendedahkan sifat sebenar mereka dengan lebih mendalam. Mengetahui nama sebenar dewa dipercayai akan memberi individu itu kuasa ke atas dewa itu. Kepentingan nama dapat dilihat dalam mitos yang mana Isis meracuni dewa agung Ra dan enggan menyembuhkannya melainkan dia mendedahkan nama rahsianya kepada dia. Setelah mengetahui nama itu, Isis memberitahunya kepada anaknya, Horus, dan dengan mengetahuinya mereka memperoleh pengetahuan dan kuasa yang lebih banyak.[27]

Selain nama, para dewa diberi julukan, seperti "pemilik kemegahan", "penguasa Abydos", atau "raja langit", yang menggambarkan beberapa aspek peranan mereka atau pemujaan mereka. Oleh sebab peranan para dewa banyak dan bertindih, mereka boleh mempunyai banyak julukan—dewa yang lebih penting mendapat lebih banyak gelaran—dan julukan yang sama boleh digunakan untuk banyak dewa.[5] Beberapa julukan akhirnya menjadi dewa yang berasingan,[38] seperti Werethekau, julukan yang digunakan untuk beberapa dewi yang bermaksud "ahli sihir yang hebat", yang kemudiannya dianggap sebagai seorang dewi tersendiri.[2] Kepelbagaian nama dan gelaran dewa menunjukkan sifat rencam mereka.[5]

Jantina dan seksualiti

[sunting | sunting sumber]

The Egyptians regarded the division between male and female as fundamental to all beings, including deities.[5] Male gods tended to have a higher status than goddesses and were more closely connected with creation and with kingship, while goddesses were more often thought of as helping and providing for humans.[39][28] Some deities were androgynous, but most examples are found in the context of creation myths, in which the androgynous deity represents the undifferentiated state that existed before the world was created.[5] Atum was primarily male but had a feminine aspect within himself,[28] who was sometimes seen as a goddess, known as Iusaaset or Nebethetepet.[2] Creation began when Atum produced a sexually differentiated pair of deities: Shu and his consort Tefnut.[5] Similarly, Neith, who was sometimes regarded as a creator goddess, was said to possess masculine traits but was mainly seen as female.[28]

Seks dan jantina berkait rapat dengan penciptaan dan kelahiran semula.[40] Dewa-dewa lelaki dipercayai mempunyai peranan aktif dalam mengandungkan anak. Dewi pula sering memegang peranan penyokong, merangsang kejantanan suami mereka dan memelihara anak-anak mereka. Akan tetapi, dewi-dewi mempunyai peranan yang lebih besar dalam pembiakan, lewat dalam sejarah Mesir.[28] Para dewi bertindak sebagai ibu-ibu dalam mitologi, isteri raja, dan prototaip bagi permaisuri manusia.[40] Hathor, ibu atau isteri Horus dan dewi terpenting bagi kebanyakan sejarah Mesir,[26] melambangkan hubungan rumit antara ketuhanan dan raja.[40]

Dewi juga mempunyai aspek ganas yang boleh dilihat positif, seperti dewi Wadjet dan Nekhbet yang melindungi raja, atau negatif.[28] Mitos Mata Ra mengkontraskan keganasan feminin dengan seksualiti dan asuhan, ketika dewi Sekhmet atau dewi berbahaya lain mengamuk sehingga dewa-dewa lain menenangkannya, ketika mana dia menjinak menjadi Hathor yang, dalam sesetengah versi, kemudian menjadi isteri seorang dewa.[28][26]

Konsep seksualiti Mesir sangat tertumpu pada pembiakan heteroseksual dan perbuatan homoseksual biasanya tidak begitu disukai. Namun sesetengah teks menyebut tentang perbuatan homoseksual antara dewa.[28] Dalam sesetengah kes, terutamanya apabila Set mencabul Horus secara seksual, perbuatan ini dibuat untuk menjadikan pasangan yang di atas lebih "jantan" sambil memalukan pasangan yang di bawah. Biarpun begitu, ada juga kes hubungan antara dewa lelaki dilihat secara positif dan menghasilkan anak, seperti dalam satu teks yang mana Khnum dilahirkan daripada penyatuan Ra dan Shu.[27]

Dewa-dewa Mesir mempunyai hubungan yang kompleks antara satu sama lain, dan hubungan ini menentukan sifat mereka. Contohnya, Isis, ibu dan penjaga Horus, bukan sahaja seorang penyembuh yang hebat tetapi juga pelindung raja-raja.[8] Cara dewa berinteraksi dan hubungan mereka lebih penting kepada kepercayaan agama orang Mesir daripada mitosnya sendiri untuk menyatakan pandangan dunia orang Mesir.[41] Hubungan ini membentuk asas untuk penciptaan mitos.[8]

Statue of a man with a crown standing between a man holding a staff and a woman with the head of a lioness
Dewa Ptah dan Sekhmet mengapit raja, yang mengambil peranan anak mereka, Nefertum.[2]

Dewa-dewa biasanya mempunyai hubungan kekeluargaan. Mereka sering menjadi pasangan lelaki dan perempuan. Keluarga yang ada tiga dewa, bapa, ibu, dan anak, melambangkan penciptaan kehidupan yang baru dan anak sebagai waris bapa, dan corak ini menghubungkan keluarga dewa dengan pewarisan diraja.[11] Osiris, Isis, dan Horus merupakan contoh klasik keluarga jenis ini. Corak yang mereka tetapkan menjadi semakin tersebar dengan masa, sehingga banyak dewa di pusat pemujaan lain, seperti Ptah, Sekhmet, dan anak mereka Nefertum di Memphis dan Triad Theban di Thebes, telah dikumpulkan menjadi triad keluarga.[6][27] Hubungan genealogi seperti ini berbeza mengikut keadaan. Hathor boleh menjadi sebagai ibu, isteri, atau anak kepada dewa matahari, dan jelmaan kanak-kanak Horus bertindak sebagai ahli ketiga dalam banyak triad keluarga dewa.[26]

Pelbagai kumpulan dewa lain mempunyai peranan yang saling berkaitan, atau yang bersama-sama mewakili kawasan tertentu dalam kosmos mitologi Mesir. Kumpulan-kumpulan ini termasuk dewa-dewi untuk waktu siang dan malam, serta untuk setiap nomos (daerah) Mesir. Sesetengah kumpulan mempunyai bilangan dewa yang penting secara simbolik.[2] Dewa berpasangan sering berkongsi peranan, seperti Isis dan Nephthys melindungi Osiris.[2] Pasangan lain mewakili konsep yang bertentangan tetapi saling berkaitan dalam konsep yang lebih besar. Contohnya, Ra, yang selalu bertukar rupa dan dewa cahaya, bergabung dengan Osiris yang tidak berubah dan diselubungi kegelapan pada setiap malam.[42] Kumpulan dengan tiga individu dikaitkan dengan kejamakan dalam pemikiran Mesir purba, dan kumpulan dengan empat mempunyai konotasi kesempurnaan.[2] Raja-raja pada Kerajaan Baru lewat menekankan kepentingan trio dewa atas semua dewa yang lain: Amun, Ra, dan Ptah. Dewa-dewa ini mewakili kejamakan semua dewa, serta pusat pemujaan mereka sendiri (bandar utama Thebes, Heliopolis, dan Memphis) dan untuk banyak konsep yang mempunyai tiga lapisan dalam pemikiran agama Mesir.[8] Kadangkala Set, dewa penaung raja-raja Dinasti Kesembilan Belas[14] dan penjelmaan kekacauan dalam dunia, ditambahkan pada kumpulan ini, yang menekankan satu dewata yang padu.[16]

Sembilan, hasil daraban tiga dengan tiga, melambangkan idea ramai, jadi orang Mesir memanggil beberapa kumpulan besar "Enneads", atau set sembilan, walaupun ia mempunyai lebih daripada sembilan ahli.[Nota 2] Ennead yang paling terkenal ialah Ennead Heliopolis, keluarga dewata keturunan Atum, yang menggabungkan banyak dewa penting.[2] Istilah "ennead" sering diperluaskan untuk merangkumi semua dewa Mesir.[27]

Hierarki himpunan para dewa ini kabur dan boleh berubah. Dewa-dewa yang mempunyai pengaruh luas dalam alam semesta atau yang lebih tua dalam mitologi daripada yang lain mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat dewata. Di puncak masyarakat ini ialah raja para dewa, yang biasanya menjadi dewa pencipta.[27] Dalam tempoh berbeza dalam sejarah Mesir, dewa-dewa lain memegang jawatan ini. Horus ialah dewa yang paling penting dalam Zaman Dinasti Awal, Ra menjadi utama pada Kerajaan Lama, Amun tertinggi dalam Zaman Baru, dan pada zaman Ptolemaik dan Rom, Isis ialah ratu segala dewa dan dewi pencipta.[2] Dewa-dewa yang baru menjadi utama cenderung diberikan ciri-ciri pendahulu mereka.[44] Isis menyerap ciri-ciri ramai dewi lain semasa dia naik, dan apabila Amun menjadi raja dewata, dia bergabung dengan Ra untuk menjadi dewa matahari.[2]

Jelmaan dan gabungan

[sunting | sunting sumber]
Relief of a man with an erection, wearing a headdress of two feathers and a disk
Amun-Ra-Kamutef, satu jelmaan Amun dengan matahari Ra dan kuasa berkenaan zuriat Min.[45] Cakera matahari pada hiasan kepalanya diambil daripada Ra, dan zakar tegaknya berasal daripada ikonografi Min.[5]

Templat:List of mythological figures by region

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Templat:List of mythological figures by region

  1. ^ Teks-teks purba Mesir tidak menyatakan bahawa Osiris mati dengan terus-terang, begitu juga tentang dewa-dewa lain. Orang Mesir dahulu menghindari daripada menyebut tentang bala, seperti tentang kematian seorang tuhan yang baik, tanpa beralas. Walaupun begitu, mitosnya jelas bahawa Osiris dibunuh dan bukti-bukti lain seperti munculnya mayat-mayat tuhan di Duat menunjukkan bahawa dewa dan dewi lain juga boleh mati. Menjelang Zaman Akhir Mesir Purba (sekitar tahun 664–323 SM), beberapa tempat di seluruh Mesir dikatakan sebagai makam dewa.[30]
  2. ^ Perkataan Mesir untuk "kumpulan sembilan" ialah psḏt. Istilah 'ennead' yang berasal daripada Yunani, yang mempunyai makna yang sama, biasanya digunakan untuk menterjemahkannya [43]
  1. ^ a b Allen 2014, m/s. 523.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Wilkinson 2003.
  3. ^ a b Allen 1999.
  4. ^ a b c Leitz 2004.
  5. ^ a b c d e f g h i j k l m n o Hornung 1982.
  6. ^ a b c d e f Dunand & Zivie-Coche 2004.
  7. ^ a b Baines 2001.
  8. ^ a b c d e f g h Assmann 2001.
  9. ^ a b Wilkinson 1999.
  10. ^ Gundlach 2001.
  11. ^ a b c d e f g h Traunecker 2001a.
  12. ^ a b c Hart 2005.
  13. ^ a b Silverman 1991.
  14. ^ a b c d e f David 2002.
  15. ^ a b Wildung 1977.
  16. ^ a b Baines 1991.
  17. ^ Frankfurter 2004.
  18. ^ a b Englund 1989a.
  19. ^ a b c d e Tobin 1989.
  20. ^ Allen 2014.
  21. ^ a b Meeks 2001.
  22. ^ Lucarelli 2010.
  23. ^ a b Frandsen 2011.
  24. ^ Roccati 2011.
  25. ^ Ritner 2011.
  26. ^ a b c d e Pinch 2002.
  27. ^ a b c d e f g h i Meeks & Favard-Meeks 1996.
  28. ^ a b c d e f g h Graves-Brown 2010.
  29. ^ a b Lesko 1991.
  30. ^ Hornung 1982, m/s. 152–162.
  31. ^ a b Hornung 1982, m/s. 166–169.
  32. ^ Meeks & Favard-Meeks 1996, m/s. 81–82, 87–90.
  33. ^ Hornung 1982, m/s. 178–182.
  34. ^ Assmann 2001, m/s. 17–19, 43–47.
  35. ^ Silverman 1991, m/s. 38–41.
  36. ^ David 2002, m/s. 154–155.
  37. ^ Graindorge 2001.
  38. ^ Budde 2011.
  39. ^ Baines 2011.
  40. ^ a b c Troy 1986.
  41. ^ Lorton 1999.
  42. ^ Englund 1989b.
  43. ^ Wilkinson 2003, m/s. 74–79, 83–85.
  44. ^ Lesko 1999.
  45. ^ Traunecker 2001b.

Karya yang dipetik

[sunting | sunting sumber]
  • Allen, James P. (Jul–Aug 1999). "Monotheism: The Egyptian Roots". Archaeology Odyssey. 2 (3).
  • Allen, James P. (2014). Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs, Third Edition. Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-05364-9.
  • Allen, James P. (2001). "Ba". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 1. Oxford University Press. m/s. 161–162. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Andrews, Carol A. R. (2001). "Amulets". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 1. Oxford University Press. m/s. 75–82. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Assmann, Jan (2001) [German edition 1984]. The Search for God in Ancient Egypt. Translated by David Lorton. Cornell University Press. ISBN 0-8014-3786-5.
  • Baines, John (2001) [First edition 1985]. Fecundity Figures: Egyptian Personification and the Iconology of a Genre. Griffith Institute. ISBN 978-0-8014-3786-1.
  • Baines, John (1991). "Society, Morality, and Religious Practice". Dalam Shafer, Byron E. (penyunting). Religion in Ancient Egypt: Gods, Myths, and Personal Practice. Cornell University Press. m/s. 123–200. ISBN 978-0-8014-9786-5.
  • Baines, John (2011). "Presenting and Discussing Deities in New Kingdom and Third Intermediate Period Egypt". Dalam Pongratz-Leisten, Beate (penyunting). Reconsidering the Concept of Revolutionary Monotheism. Eisenbrauns. m/s. 41–89. ISBN 978-1-57506-199-3.
  • Bonhême, Marie-Ange (2001). "Divinity". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 1. Oxford University Press. m/s. 401–406. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Borgeaud, Philippe (2004). "Deities and Demons: Introduction". Dalam Johnston, Sarah Iles (penyunting). Religions of the Ancient World: A Guide. The Belknap Press of Harvard University Press. m/s. 392–393. ISBN 978-0-674-01517-3.
  • Budde, Dagmar (2011). "Epithets, Divine". Dalam Wendrich, Willeke (penyunting). UCLA Encyclopedia of Egyptology. Department of Near Eastern Languages and Cultures, UC Los Angeles. ISBN 978-0615214030. Dicapai pada 4 April 2015.
  • David, Rosalie (2002). Religion and Magic in Ancient Egypt. Penguin. ISBN 978-0-14-026252-0.
  • Dunand, Françoise; Zivie-Coche, Christiane (2004) [French edition 1991]. Gods and Men in Egypt: 3000 BCE to 395 CE. Translated by David Lorton. Cornell University Press. ISBN 978-0-8014-8853-5.
  • Englund, Gertie (1989a). "Gods as a Frame of Reference: On Thinking and Concepts of Thought in Ancient Egypt". Dalam Englund, Gertie (penyunting). The Religion of the Ancient Egyptians: Cognitive Structures and Popular Expressions. S. Academiae Ubsaliensis. m/s. 7–27. ISBN 978-91-554-2433-6.
  • Englund, Gertie (1989b). "The Treatment of Opposites in Temple Thinking and Wisdom Literature". Dalam Englund, Gertie (penyunting). The Religion of the Ancient Egyptians: Cognitive Structures and Popular Expressions. S. Academiae Ubsaliensis. m/s. 77–87. ISBN 978-91-554-2433-6.
  • Enmarch, Roland (2008). "Theodicy". Dalam Wendrich, Willeke (penyunting). UCLA Encyclopedia of Egyptology. Department of Near Eastern Languages and Cultures, UC Los Angeles. ISBN 978-0615214030. Dicapai pada 4 April 2015.
  • Frandsen, Paul John (1989). "Trade and Cult". Dalam Englund, Gertie (penyunting). The Religion of the Ancient Egyptians: Cognitive Structures and Popular Expressions. S. Academiae Ubsaliensis. m/s. 95–108. ISBN 978-91-554-2433-6.
  • Frandsen, Paul John (2011). "Faeces of the Creator or the Temptations of the Dead". Dalam Kousoulis, Panagiotis (penyunting). Ancient Egyptian Demonology: Studies on the Boundary between the Demonic and the Divine in Egyptian Magic. Peeters. m/s. 25–62. ISBN 978-90-429-2040-8.
  • Frankfurter, David (1998). Religion in Roman Egypt: Assimilation and Resistance. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-07054-4.
  • Frankfurter, David (2004). "Histories: Egypt, Later Period". Dalam Johnston, Sarah Iles (penyunting). Religions of the Ancient World: A Guide. The Belknap Press of Harvard University Press. m/s. 159–164. ISBN 978-0-674-01517-3.
  • Graindorge, Catherine (2001). "Sokar". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3. Oxford University Press. m/s. 305–307. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Graves-Brown, Carolyn (2010). Dancing for Hathor: Women in Ancient Egypt. Continuum. ISBN 978-1-8472-5054-4.
  • Griffiths, J. Gwyn (2001). "Isis". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 2. Oxford University Press. m/s. 188–191. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Gundlach, Rolf (2001). "Temples". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3. Oxford University Press. m/s. 363–379. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Hart, George (2005). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses, Second Edition. Routledge. ISBN 978-0-203-02362-4.
  • Hornung, Erik (1982) [German edition 1971]. Conceptions of God in Egypt: The One and the Many. Translated by John Baines. Cornell University Press. ISBN 978-0-8014-1223-3.
  • Kadish, Gerald E. (2001). "Wisdom Tradition". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3. Oxford University Press. m/s. 507–510. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Kockelmann, Holger (2012). "Philae". Dalam Wendrich, Willeke (penyunting). UCLA Encyclopedia of Egyptology. Department of Near Eastern Languages and Cultures, UC Los Angeles. ISBN 978-0615214030. Dicapai pada 4 April 2015.
  • Kozloff, Arielle P. (2001). "Sculpture: Divine Sculpture". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3. Oxford University Press. m/s. 242–246. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Leitz, Christian (2004). "Deities and Demons: Egypt". Dalam Johnston, Sarah Iles (penyunting). Religions of the Ancient World: A Guide. The Belknap Press of Harvard University Press. m/s. 393–396. ISBN 978-0-674-01517-3.
  • Lesko, Barbara S. (1999). The Great Goddesses of Egypt. University of Oklahoma Press. ISBN 978-0-8061-3202-0.
  • Lesko, Leonard H. (1991). "Ancient Egyptian Cosmogonies and Cosmology". Dalam Shafer, Byron E. (penyunting). Religion in Ancient Egypt: Gods, Myths, and Personal Practice. Cornell University Press. m/s. 89–122. ISBN 978-0-8014-9786-5.
  • Lorton, David (1999). "The Theology of Cult Statues in Ancient Egypt". Dalam Dick, Michael B. (penyunting). Born in Heaven, Made on Earth: The Making of the Cult Image in the Ancient Near East. Eisenbrauns. m/s. 123–210. ISBN 978-1-57506-024-8.
  • Lucarelli, Rita (2010). "Demons (benevolent and malevolent)". Dalam Wendrich, Willeke (penyunting). UCLA Encyclopedia of Egyptology. Department of Near Eastern Languages and Cultures, UC Los Angeles. ISBN 978-0615214030. Dicapai pada 4 April 2015.
  • Luft, Ulrich H. (2001). "Religion". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3. Oxford University Press. m/s. 139–145. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Luiselli, Michela (2008). "Personal Piety (modern theories related to)". Dalam Wendrich, Willeke (penyunting). UCLA Encyclopedia of Egyptology. Department of Near Eastern Languages and Cultures, UC Los Angeles. ISBN 978-0615214030. Dicapai pada 4 April 2015.
  • Meeks, Dimitri; Favard-Meeks, Christine (1996) [French edition 1993]. Daily Life of the Egyptian Gods. Translated by G. M. Goshgarian. Cornell University Press. ISBN 978-0-8014-8248-9.
  • Meeks, Dimitri (2001). "Demons". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 1. Oxford University Press. m/s. 375–378. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Mills, Anthony J. (2001). "Western Desert". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3. Oxford University Press. m/s. 497–501. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Montserrat, Dominic (2000). Akhenaten: History, Fantasy, and Ancient Egypt. Routledge. ISBN 978-0-415-18549-3.
  • Morenz, Siegfried (1973) [German edition 1960]. Ancient Egyptian Religion. Translated by Ann E. Keep. Methuen. ISBN 978-0-8014-8029-4.
  • Morkot, Robert G. (2012). "Kings and Kingship in Ancient Nubia". Dalam Fisher, Marjorie M.; Lacovara, Peter; Ikram, Salima; dll. (penyunting). Ancient Nubia: African Kingdoms on the Nile. The American University in Cairo Press. m/s. 118–124. ISBN 978-977-416-478-1.
  • Naerebout, Frederick (2007). "The Temple at Ras el-Soda. Is It an Isis Temple? Is It Greek, Roman, Egyptian, or Neither? And So What?". Dalam Bricault, Laurent; Versluys, Miguel John; Meyboom, Paul G. P. (penyunting). Nile into Tiber: Egypt in the Roman World. Proceedings of the IIIrd International Conference of Isis Studies, Faculty of Archaeology, Leiden University, May 11–14 2005. Brill. m/s. 506–554. ISBN 978-90-04-15420-9.
  • Naguib, Saphinaz-Amal (2008). "Survivals of Pharaonic Religious Practices in Contemporary Coptic Christianity". Dalam Wendrich, Willeke (penyunting). UCLA Encyclopedia of Egyptology. Department of Near Eastern Languages and Cultures, UC Los Angeles. ISBN 978-0615214030. Dicapai pada 4 April 2015.
  • Ockinga, Boyo (2001). "Piety". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3. Oxford University Press. m/s. 44–47. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Pinch, Geraldine (2002). Egyptian Mythology: A Guide to the Gods, Goddesses, and Traditions of Ancient Egypt. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-517024-5.
  • Ritner, Robert K. (2001). "Magic: An Overview". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 2. Oxford University Press. m/s. 321–326. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Ritner, Robert K. (2011). "An Eternal Curse upon the Reader of These Lines". Dalam Kousoulis, Panagiotis (penyunting). Ancient Egyptian Demonology: Studies on the Boundary between the Demonic and the Divine in Egyptian Magic. Peeters. m/s. 3–24. ISBN 978-90-429-2040-8.
  • Robins, Gay (2001). "Color Symbolism". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 1. Oxford University Press. m/s. 291–293. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Roccati, Alessandro (2011). "Demons as Reflections of Human Society". Dalam Kousoulis, Panagiotis (penyunting). Ancient Egyptian Demonology: Studies on the Boundary between the Demonic and the Divine in Egyptian Magic. Peeters. m/s. 89–96. ISBN 978-90-429-2040-8.
  • Sfameni Gasparro, Giulia (2007). "The Hellenistic Face of Isis: Cosmic and Saviour Goddess". Dalam Bricault, Laurent; Versluys, Miguel John; Meyboom, Paul G. P. (penyunting). Nile into Tiber: Egypt in the Roman World. Proceedings of the IIIrd International Conference of Isis Studies, Faculty of Archaeology, Leiden University, May 11–14, 2005. Brill. m/s. 40–72. ISBN 978-90-04-15420-9.
  • Silverman, David P. (1991). "Divinity and Deities in Ancient Egypt". Dalam Shafer, Byron E. (penyunting). Religion in Ancient Egypt: Gods, Myths, and Personal Practice. Cornell University Press. m/s. 7–87. ISBN 978-0-8014-9786-5.
  • Struck, Peter T. (2004). "Esotericism and Mysticism: Hermeticism". Dalam Johnston, Sarah Iles (penyunting). Religions of the Ancient World: A Guide. The Belknap Press of Harvard University Press. m/s. 650–652. ISBN 978-0-674-01517-3.
  • Teeter, Emily (2011). Religion and Ritual in Ancient Egypt. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-61300-2.
  • Thompson, Stephen E. (2001). "Cults: An Overview". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 1. Oxford University Press. m/s. 326–332. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Tobin, Vincent Arieh (1989). Theological Principles of Egyptian Religion. P. Lang. ISBN 978-0-8204-1082-1.
  • Traunecker, Claude (2001a) [French edition 1992]. The Gods of Egypt. Translated by David Lorton. Cornell University Press. ISBN 978-0-8014-3834-9.
  • Traunecker, Claude (2001b). "Kamutef". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 2. Oxford University Press. m/s. 221–222. ISBN 978-0-19-510234-5.
  • Troy, Lana (1986). Patterns of Queenship in Ancient Egyptian Myth and History. Acta Universitatis Upsaliensis. ISBN 978-91-554-1919-6.
  • Versluys, Miguel John (2007). "Aegyptiaca Romana: The Widening Debate". Dalam Bricault, Laurent; Versluys, Miguel John; Meyboom, Paul G. P. (penyunting). Nile into Tiber: Egypt in the Roman World. Proceedings of the IIIrd International Conference of Isis Studies, Faculty of Archaeology, Leiden University, May 11–14, 2005. Brill. m/s. 1–14. ISBN 978-90-04-15420-9.
  • Wildung, Dietrich (1977). Egyptian Saints: Deification in Pharaonic Egypt. New York University Press. ISBN 978-0-8147-9169-1.
  • Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05120-7.
  • Wilkinson, Toby (1999). Early Dynastic Egypt. Routledge. ISBN 978-0-203-02438-6.
  • Yellin, Janice W. (2012). "Nubian Religion". Dalam Fisher, Marjorie M.; Lacovara, Peter; Ikram, Salima; dll. (penyunting). Ancient Nubia: African Kingdoms on the Nile. The American University in Cairo Press. m/s. 125–144. ISBN 978-977-416-478-1.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewa-dewi_Mesir_purba

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy