
Isih lagu dalam Muzik pada Mac
Anda boleh mengisih lagu anda untuk memainkannya dalam tertib khusus—gunakan menu timbul Isih atau klik pengepala lajur untuk mengisih dengan cepat.
Gunakan menu timbul Isih
Gunakan menu timbul Isih di mana-mana sahaja dalam pustaka muzik anda untuk menukar tertib lagu, album atau senarai main anda. Anda juga boleh memilih untuk menunjukkan semua muzik anda atau muzik kegemaran anda sahaja.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Klik sebarang item di bawah Pustaka (atau sebarang senarai main) dalam bar sisi.
Klik menu timbul Isih
di penjuru kanan atas, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih lagu untuk diisih: Pilih untuk mengisih Semua [Item] atau hanya item yang anda telah tandakan sebagai kegemaran. Lihat Tandakan item sebagai kegemaran.
Pilih tertib isih: Klik Pilihan Isih, kemudian pilih tertib isih (contohnya, Masa dan Menaik).
Tambah lebih lajur untuk mengisih mengikut: Klik Tunjukkan Pilihan Paparan, kemudian pilih lajur tambahan untuk ditunjukkan.
Dwiklik lagu yang anda mahu mainkan dahulu dan lagu mula bermain dalam tertib yang anda pilih.
Klik pengepala lajur untuk mengisih
Klik pengepala lajur dalam senarai lagu untuk mengisih lagu dengan cepat dalam pustaka muzik anda.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Klik Lagu di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Klik pengepala lajur untuk memainkan lagu dalam urutan abjad mengikut tajuk lagu, artis atau album (atau isih mengikut sebarang kategori lain).
Untuk menunjukkan lebih banyak kategori, pilih Paparan > Tunjukkan Pilihan Paparan.
Dwiklik lagu yang anda mahu mainkan dahulu. Lagu yang selebihnya mengikut bergantung pada tertib yang anda pilih.
Senarai main merupakan cara lain untuk memainkan lagu dalam tertib khusus. Lihat Pengenalan kepada senarai main.