
Laraskan kualiti bunyi dalam Muzik pada Mac
Dengan penyama Muzik, anda boleh menala halus frekuensi tertentu pada spektrum bunyi. Anda boleh menyesuaikan bunyi untuk genre berlainan, bilik dalam rumah anda atau speaker tertentu. Anda boleh memilih daripada lebih 20 praset bagi seting penyama yang paling biasa digunakan atau laraskan seting secara manual dan simpan seting tersuai anda sebagai praset yang boleh anda gunakan sekali lagi.
Anda juga boleh menambah kedalaman dan menghidupkan kualiti muzik anda dengan melaraskan Peningkat Bunyi.
Gunakan penyama Muzik
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Pilih Tetingkap > Penyama, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pilih pilihan praset daripada menu timbul.
Seret gelangsar frekuensi (juga dikenali sebagai pemudar) ke atas atau bawah untuk meningkatkan atau mengurangkan kelantangan frekuensi (dalam desibel).
Seting penyama digunakan pada semua lagu sehingga anda menukar seting, kecuali lagu yang mempunyai praset penyama ditetapkan padanya.
Pilih Aktif untuk mengaktifkan penyama.

Cipta praset penyama anda sendiri
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Pilih Tetingkap > Penyama, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan seting frekuensi.
Pilih Buat Praset daripada menu timbul dan namakan praset anda.
Untuk menamakan semula atau memadamkan praset, pilih Edit Senarai daripada menu timbul.
Pilih praset penyama untuk lagu khusus
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Pilih lagu dalam tetingkap Muzik.
Pilih Lagu > Info, kemudian klik Pilihan.
Pilih seting daripada menu timbul penyama.
Untuk memilih praset bagi lagu lain, gunakan
atau
di penjuru kiri bawah.
Klik OK.
Praset penyama yang anda pilih digunakan pada lagu pada bila-bila masa anda memainkannya.
Laraskan Peningkat Bunyi
Peningkat Bunyi meningkatkan “keluasan” anggapan kesan stereo dengan mengubah suai respons bes dan trebel.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Pilih Muzik > Seting, klik Main Balik, kemudian pastikan Peningkat Bunyi dipilih.
Untuk meningkatkan atau mengurangkan kesan Peningkat Bunyi, seret gelangsar.