REFLEKSI Pengakap

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Setelah beberapa bulan mengikuti kelas unit beruniform pengakap ini, saya telah
banyak menimba ilmu pengetahuan serta mempelajari perkara baharu. Saya berasa amat
bersyukur kerana diberi peluang, ruang dan masa yang mencukupi untuk mengikuti kelas
tersebut. Saya telah banyak mempelajari ilmu-ilmu pengakap yang diperlukan sebagai
persediaan sebelum memasuki alam perguruan pada masa akan datang. Misalnya,
simpulan, ikatan, gajet, pengurusan perkhemahan dan ikhtiar hidup. Kemahiran-kemahiran
ini sangat penting untuk dipelajari oleh bakal pendidik seperti kami agar dapat mendidik
murid-murid dengan ilmu pengakap dengan lebih jelas, mudah difahami dan dikuasai oleh
mereka kelak.

Minggu pertama kelas tersebut dimulakan dengan mewujudkan jawatankuasa PEK


dan jawatankuasa sekawan. Kami telah dibahagikan kepada empat sekawan iaitu merah,
biru, kuning dan hijau. Bukan sahaja jawatankuasa PEK yang perlu diwujudkan malah,
setiap sekawan juga perlu membentuk jawatankuasa masing-masing bagi melancarkan
urusan apabila perlu melaksanakan aktiviti. Seterusnya, kami diberi tugas mengikut
sekawan untuk mencari maklumat mengenai sejarah pengakap, perlembangaan
pertubuhan, struktur dan organisasi serta pengurusan dan pentadbiran. Dengan cara ini,
kami dapat bekerjasama di antara ahli sekawan daripada kelas major yang berbeza dalam
menjalankan tugas yang diberi.

Bukan itu sahaja, semua aktiviti yang dijalankan pada setiap hari Selasa berjaya
memupuk semangat kerjasama dalam diri kami. Misalnya, aktiviti membuat jerat. Sekiranya
kami tidak diberi tunjuk ajar dan bimbingan yang betul daripada pensyarah kami, disusulu
pula dengan bantuan daripada rakan-rakan, sudah pasti kami tidak mampu untuk
menyempurnakan penghasilan jerat mengikut kriteria yang diingini. Aktiviti-aktiviti lain yang
berkaitan dengan kemahiran perkhemahan pula seperti kraf perkhemahan, ikhtiar hidup,
kebudayaan, jalan lasak, pandu arah, simpulan dan ikatan juga banyak membantu saya
sebagai persediaan untuk berkhidmat di sekolah pada masa akan datang. Sekiranya saya
tidak mempunyai pengalaman melakukannya, sudah pasti saya akan menghadapi
kesukaran di sekolah kelak.

Setelah saya berjaya menyiapkan tugasan projek ini, saya mendapati bahawa
semangat dan kerjasama antara rakan seperjuangan amatlah penting untuk menjayakan
setiap aktiviti yang dijalankan. Hal ini kerana tanpa kerjasama daripada rakan-rakan,
mustahil saya dapat melakukan aktiviti-aktiviti seperti masakan rimba, ikatan, simpulan dan
sebagainya. Mereka banyak memberikan pendapat, membantu, berkongsi idea bersama
saya serta membetulkan kesalahan saya sekiranya didapati terdapat kesalahan. Bukan itu
sahaja, banyak kemahiran-kemahiran yang kami perolehi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Segala ilmu pengetahuan yang kami perolehi melalui kelas ini tidak mungkin
kami dapati sekiranya ia tidak menjadi satu kelas wajib kepada kami. Barulah saya tahu
tentang cara-cara untuk menguruskan perkhemahan bermula dari proses sebelum
perkhemahan, semasa perkhemahan dan selepas perkhemahan. Hal ini akan menjadikan
saya lebih bersedia untuk memasuki alam perguruan pada masa akan datang.
Sesungguhnya, kerja kursus ini banyak memberi ilmu pengetahuan kepada saya sebagai
persedian apabila menjadi seorang guru nanti.

Akhir sekali, segala pengalaman serta ilmu pengetahuan yang kami perolehi melalui
tugasan projek ini akan kami manfaatkan pada masa akan datang. Semoga segala nilai-nilai
murni, kemahiran serta ilmu pengetahuan yang dipelajari ini akan menjadi amalan dan
pedoman yang akan kami praktikkan bukan sahaja bersama rakan sekelas malah bersama
masyarakat di sekeliling kami.

Anda mungkin juga menyukai

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy