Pergi ke kandungan

30 Februari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

30 Februari ialah tarikh yang ada dalam sesetengah kalendar, tetapi bukan dalam takwim Gregorius yang bulan Februarinya hanya ada 28 hari, atau 29 hari dalam tahun lompat. 30 Februari biasanya digunakan sebagai tarikh sindiran untuk merujuk kepada sesuatu yang tidak akan pernah terjadi.[1]

Kalendar Sweden

[sunting | sunting sumber]
Kalendar Sweden pada Februari 1712.

Kalendar Sweden ada satu 30 Februari pada tahun 1712.[2]

Daripada bertukar daripada kalendar Julian ke kalendar Gregori dengan cara mengeluarkan beberapa hari dari kalendar seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara lain, Kerajaan Sweden bercadang untuk menukarnya perlahan-lahan dengan mengeluarkan semua hari lompat dari tahun 1700 hingga tahun 1740. Hari lompat telah dikeluarkan pada Februari 1700, tetapi Perang Utara Besar bermula lewat tahun itu. Akibatnya, mereka tidak keluarkan hari lompat pada tahun 1704 dan 1708.[3]

Untuk mengelakkan kekeliruan dan ralat, kalendar Julian dikembalikan pada 1712 dengan menambah satu hari lompat tambahan pada tahun itu, lantas memberikan tahun tersebut satu-satunya 30 Februari yang sebenar dalam kalendar. Hari tersebut bersamaan dengan 29 Februari dalam kalendar Julian dan 11 Mac dalam kalendar Gregori.[3][4]

Sweden sepenuhnya bertukar ke kalendar Gregori pada 1753, dengan mengeluarkan 11 hari terakhir bulan Februari.[3]

Kalendar Soviet

[sunting | sunting sumber]

Walaupun banyak sumber menyatakan secara salah yang kalendar dengan bulan-bulan 30 hari digunakan di Kesatuan Soviet untuk sebahagian atau sepanjang jangka masa dari 1929 ke 1940, sebenarnya kalendar Soviet dengan minggu sepanjang 5 atau 6 hari hanya digunakan untuk menentukan hari bekerja dan hari rehat di kilang-kilang. Kalendar tradisional masih digunakan bagi kegunaan harian: kalendar-kalendar fizikal yang terselamat daripada zaman tersebut hanya mengandungi bulan-bulan tidak seragam yang mencirikan kalendar Gregori, termasuklah bulan Februari sepanjang 28 atau 29 hari, maka tidak pernah ada 30 Februari dalam Kesatuan Soviet.[5]

Kalendar Julian awal

[sunting | sunting sumber]

Cendekiawan abad ke-13, Johannes de Sacrobosco telah mendakwa yang dalam kalendar Julian Februari ada 30 hari dalam tahun-tahun lompat dari 45 SM hingga 8 SM, apabila Augustus dikatakan telah memendekkan Februari sebanyak sehari untuk diberikan kepada bukan Ogos yang dinamakan bersempena beliau supaya ia mempunyai panjang hari yang sama dengan bulan Julai yang dinamakan bersempena ayah angkat beliau, Julius Caesar. Namun, semua bukti sejarah menafikan Sacrobosco, termasuklah tarikh duaan dengan kalendar Alexandrian.

0 Mac ialah tarikh bayangan yang digunakan (selalunya dalam astronomi dan kejuruteraan perisian) untuk merujuk kepada hari terakhir Februari, sebagai cara untuk membenarkan kenyataan yang bilangan hari dalam Februari berbeza dalam tahun lompat.[6][7]

Kalendar lain

[sunting | sunting sumber]

Pembaharuan

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan menyamakan panjang bulan adalah salah satu rasional pembaharuan kalendar, sesetengah kalendar pembaharuan seperti Kalendar Dunia dan Kalendar Kekal Hanke-Henry mempunyai Februari dengan 30 hari. Kalendar Symmetry454 mempunyai Februari dengan 35 hari.

Ada juga kalendar buatan yang mengandungi 30 hari dalam bulan Februari. Misalnya, dalam model iklim, statistik-statistiknya boleh diringkaskan dengan menggunakan 12 bulan sepanjang 30 hari. Model Kitaran Umum Hadley Center adalah satu contoh.[8]

Dalam legendarium Middle-earth J. R. R. Tolkien, golongan Hobbit telah mencipta Shire Reckoning. Menurut Apendiks D The Lord of the Rings, kalendar ini menyusun satu tahun kepada 12 bulan dengan 30 hari sebulan, bersama-sama dengan hari-hari cuti yang tidak termasuk dalam mana-mana bulan. Bulan yang golongan Hobbit namakan Solmath ditulis dalam teks sebagai February, maka tarikh 30 Februari wujud dalam penceritaan ini.[9]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Thirty Days Hath February 2000?". About.com. Dicapai pada 7 November 2013.
  2. ^ "February 30 Was a Real Date". timeanddate.com. Dicapai pada 25 April 2016.
  3. ^ a b c Bauer, R. W. (1868). Calender for Aarene fra 601 til 2200. Copenhagen, Denmark: Dansk Historisk Fællesråd (1993 cetakan semula). m/s. 100. ISBN 87-7423-083-2.
  4. ^ Vallerius, Johannes (1711). Allmanach på åhret effter Christi födelse 1712. Lund, Sweden.
  5. ^ Lihat Kalendar Soviet untuk senarai penuh rujukan yang menyokong dan menentang dakwaan bulan 30 hari.
  6. ^ Astronomical Almanac for the year 2003, Washington and London: U.S Government Printing Office and The Stationery Office, 2001, m/s. K2
  7. ^ Simon Ramo, Ronald Sugar, Strategic Business Forecasting: A Structured Approach to Shaping the Future
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-22. Dicapai pada 2005-11-22.
  9. ^ Tolkien, J. R. R. (1965). "Appendix D". The Return of the King (ed. 2nd). Boston: Houghton Mifflin Co. ISBN 978-0-395-08256-0.
  • The Oxford Companion to the Year. Bonnie Blackburn & Leofranc Holford-Strevens. Oxford University Press 1999. ISBN 0-19-214231-3. Muka surat 98–99.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy