Bahagian Kuching
Kuching | |
---|---|
Koordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°EKoordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E | |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Sarawak |
Pusat pentadbiran | Kuching |
Pihak berkuasa tempatan |
|
Pentadbiran | |
• Pegawai Residen | Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi |
Keluasan | |
• Jumlah | 4,559.5 km2 (1,760.4 batu persegi) |
Aras | 40 m (130 ft) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 695,327 |
• Kepadatan | 150/km2 (390/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Nombor plat kenderaan | QK, QA |
Laman sesawang | kuching |
Bahagian Kuching ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di wilayah Sarawak, Malaysia. Bahagian ini memiliki keluasan sebanyak 4,559.5 kilometer persegi.[1]
Bahagian Kuching juga disebut sebagai "Bahagian Pertama" kerana ia merupakan pusat dan titik permulaan pembentukan wilayah Sarawak moden. Secara rasmi, Bahagian Kuching dibahagikan kepada tiga daerah dan dua daerah kecil, iaitu Kuching, Bau, Lundu, Padawan dan Sematan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bahagian Pertama mula dibentuk di bawah pentadbiran Rajah Sarawak, melambangkan jajahan pertama mereka di Sarawak. Kawasan pentadbiran Bahagian Pertama ini merangkumi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kuala Sungai Samarahan, yang telah diambil daripada Kesultanan Brunei pada tahun 1846 dan kawasan Samarahan serta Sadong yang telah diambil pada tahun 1853.[2] Bahagian Pertama ini kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Kuching.
Semasa pemerintahan Jepun, Bahagian Pertama telah diletakkan di bawah pentadbiran Kyūchin-shū (Provinsi Kuching) yang turut merangkumi Bahagian Kedua, Pontianak dan Kepulauan Natuna.[3]
Pada 24 Julai 1986, daerah Samarahan, Serian dan Simunjan telah dipisahkan daripada pentadbiran Bahagian Kuching bagi membentuk sebuah Bahagian baharu, iaitu Bahagian Samarahan.[2] Pada 1 Ogos 2015, daerah kecil Siburan telah dipisahkan daripada pentadbiran Bahagian Kuching setelah dipindahkan ke Bahagian Serian yang baru dibentuk.[4]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Bahagian Kuching ditadbir oleh Pejabat Residen Kuching dan diketuai seorang Residen. Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil juga ditubuhkan di setiap daerah dan daerah kecil, dengan setiap satunya diketuai seorang pegawai daerah. Bahagian Kuching juga berada di bawah pentadbiran lima kerajaan tempatan.
Daerah | Daerah Kecil | Kerajaan tempatan |
---|---|---|
Kuching | Padawan | Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) |
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) | ||
Majlis Perbandaran Padawan (MPP) | ||
Bau | - | Majlis Daerah Bau (MDB) |
Lundu | Sematan | Majlis Daerah Lundu (MDL) |
Politik
[sunting | sunting sumber]Bahagian Kuching berada di bawah enam kawasan Parlimen dan 17 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Parlimen | DUN |
---|---|
P192 Mas Gading | N01 Opar |
N02 Tasik Biru | |
P193 Santubong | N03 Tanjong Datu |
N04 Pantai Damai | |
N05 Demak Laut | |
P194 Petra Jaya | N06 Tupong |
N07 Samariang | |
N08 Satok | |
P195 Bandar Kuching | N09 Padungan |
N10 Pending | |
N11 Batu Lintang | |
P196 Stampin | N12 Kota Sentosa |
N13 Batu Kitang | |
N14 Batu Kawah | |
P198 Puncak Borneo | N18 Serembu |
N19 Mambong | |
N20 Tarat |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Populasi
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Bahagian Kuching ialah seramai 695,327 orang dengan kepadatan penduduk 150 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 162,802 isi rumah dengan 206,691 tempat kediaman. Daerah Kuching mempunyai jumlah penduduk paling ramai, dengan lebih 87.6 peratus penduduk di Bahagian Kuching tinggal di daerah tersebut. Daerah Kuching juga merupakan daerah paling padat di Bahagian Kuching, dengan kepadatan penduduk 410 orang perkilometer persegi.[5][6]
Daerah/Daerah kecil | Populasi | Isi rumah | Tempat kediaman |
---|---|---|---|
Kuching | 609,205 | 142,732 | 180,026 |
Padawan | 50,781 | 10,997 | 15,729 |
Bau | 52,643 | 11,279 | 15,187 |
Lundu | 33,479 | 8,791 | 11,478 |
Sematan | 7,107 | 1,813 | 2,623 |
Jumlah | 695,327 | 162,802 | 206,691 |
Komposisi etnik
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan bancian Malaysia 2010, dua kumpulan etnik terbesar di Bahagian Kuching ialah Cina dan Melayu, berlainan dengan komposisi etnik negeri Sarawak yang majoriti penduduknya beretnik Iban. Sebahagian besar masyarakat Cina di daerah ini tinggal di daerah Kuching, dan menjadi kumpulan etnik terbesar di daerah tersebut. Masyarakat Melayu pula membentuk kumpulan yang besar di daerah Kuching dan Lundu. Bidayuh merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar di daerah ini, menjadi kumpulan etnik terbesar di daerah Bau dan Lundu. Antara kumpulan etnik lain yang tinggal di daerah ini termasuklah Iban dan Melanau yang sebahagian besarnya tinggal di daerah Kuching.[7]
Daerah/Daerah kecil | Jumlah | Melayu | Iban | Bidayuh | Melanau | Bumiputera lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan warganegara |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kuching | 598,617 | 213,011 | 65,105 | 74,147 | 3,810 | 8,152 | 219,587 | 3,086 | 2,093 | 9,626 |
Padawan | 14,357 | 162 | 277 | 13,412 | 11 | 111 | 157 | 11 | 38 | 178 |
Bau | 52,760 | 4,095 | 1,376 | 36,280 | 89 | 372 | 9,172 | 128 | 87 | 1,161 |
Lundu | 32,568 | 11,203 | 4,344 | 11,679 | 79 | 221 | 3,554 | 36 | 96 | 1,356 |
Sematan | 7,602 | 3,737 | 245 | 2,452 | 18 | 78 | 890 | 9 | 3 | 170 |
Jumlah | 683,945 | 228,309 | 70,825 | 122,106 | 3,978 | 8,745 | 232,313 | 3,250 | 2,276 | 12,143 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
- ^ a b Husaini, Sulaiman (2008). "Samarahan - Dari Kampung Terpencil ke Desa Ilmu". Pejabat Residen Samarahan. ISBN 978-983-44327-0-6. Dicapai pada 22 Disember 2024.
- ^ "The Japanese Occupation of Borneo" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 April 2021. Dicapai pada 25 January 2021.
- ^ "Profil Bahagian Serian - Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian". serian.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-12-22.
- ^ "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
- ^ "Population Distribution by Local Authority and Mukims 2010". www.mycensus.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2024-12-23.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pentadbiran Bahagian Kuching. Dicapai pada 22 Januari 2021.