Pergi ke kandungan

Empayar Rom Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Empayar Rom Barat
IMPERIVM·ROMANVM·PARS·OCCIDENTALIS
286–476
Labarum Empayar Rom Barat
Cogan kataSenatus Populusque Romanus
Empayar Rom Barat pada tahun 395.
Empayar Rom Barat pada tahun 395.
StatusDivisyen Empayar Rom
Ibu negaraMilan
(286-402)

Ravenna
(402-476)
Bahasa yang umum digunakanLatin
Agama
Agama Rom dan kemudian Kristian
KerajaanAutokrasi,
Tetrarchy
(293-313)
Maharaja 
• 395–423
Honorius
• 475-476
Romulus Augustulus
Konsul 
• 395
Flavius Anicius Hermogenianus Olybrius, Flavius Anicius Probinus
• 476
Basiliscus, Flavius Armatus
Badan perundanganSenat Rom
Era SejarahAkhir Antiquity
• Divisyen Diocletianus
286
• Penggulingan Romulus Augustulus
476
Keluasan
395[1]2,000,000 km2 (770,000 bt2)
Mata wangFollis untuk gangsa, Siliqua untuk perak, Solidus untuk emas.
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Rom
Kerajaan Odoacer
Kerajaan Franks
Domain of Soissons
Sub-Roman Britain
Kerajaan Visigoth
Kerajaan Burgundi
Kerajaan Suebic
Galicia Vandals

Empayar Rom Barat merujuk kepada separuh bahagian barat Empayar Rom, bermula sejak pembahagiannya oleh Diocletian pada tahun 285; separuh bahagian lagi adalah Empayar Rom Timur, yang pada hari ini dikenali sebagai Empayar Byzantine.

Rom tidak lagi menjadi ibu negara sejak daripada pembahagiannya. Pada tahun 286, Mediolanum (pada zaman ini ialah Milan) dipilih sebagai ibu negara Empayar Rom Barat. Ibu negara empayar ini sekali lagi ditukar pada tahun 402, kali ini ia diubah ke Ravenna.

Empayar Rom Barat wujud turun naik dalam beberapa tempoh di antara kurun ke-3 dan kurun ke-5, selepas pemerintahan Tetrarchy oleh Diocletian dan penyatuan dengan Constantine Si Agung dan Julian Si Murtad (324-363). Theodosius I (379-395) merupakan Maharaja Rom terakhir yang memerintah ke atas Empayar Rom bersatu. Selepas kematian beliau pada tahun 395, Empayar Rom terpisah selama-lamanya. Secara tidak rasmi, Empayar Rom Barat runtuh apabila Romulus Augustus dipaksa turun dari takhta selepas ditekan Odoacer pada 4 September 476, dan kematian Julius Nepos pada tahun 480.

Meskipun ditakluk buat tempoh sementara oleh pesaingnya, Empayar Rom Timur, Empayar Rom Barat tidak mampu bangkit kembali. Setelah kejatuhan Empayar Rom Barat, satu era baru bermula di dalam sejarah Eropah Barat: iaitu Zaman Pertengahan dan khususnya Zaman Kegelapan. Di bawah pronsip translatio imperii, idea dan gelaran Empayar Rom Barat diberi nafas baru dan dikekalkan oleh Empayar Suci Rom semasa Zaman Pertengahan, sehingga kejatuhannya pada tahun 1806.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Taagepera, Rein (1979). "Size and Duration of Empires: Growth-Decline Curves, 600 B.C. to 600 A.D". Social Science History. 3 (3/4): 24. doi:10.2307/1170959.
  • Henning Börm: Das weströmische Kaisertum nach 476. In: Josef Wiesehöfer et al. (eds.), Monumentum et instrumentum inscriptum. Stuttgart 2008, pp. 47-69.
  • Sinnigen, W.G. and Boak, A.E.R., A history of Rome to A.D. 565. Sixth edition. New York/London: Macmillan Publishing Co., Inc., 1977

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy