Pergi ke kandungan

F-4 Phantom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada F-4 Phantom II)
F-4 Phantom II
Penerangan
Jenis Pesawat pemintas dan pejuang-pengebom
Pengeluar McDonnell Aircraft/
McDonnell Douglas
Kos seunit AS$ 2.4 juta (pesawat F-4E baru)
Penerbangan sulung 27 Mei 1958
Pengguna pertama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Laut Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Krew 2
Dimensi
Panjang 19.2 m
Tinggi 5.0 m
Rentas sayap 11.7 m
Luas sayap 49.2 meter persegi
Berat
Berat tanpa muatan 13,757 kg
Berat muatan penuh 18,825 kg
Berat berlepas maksimum 28,030 kg
Janakuasa
Enjin 2 × General Electric J79-GE-17A turbojet paksi pemampat
Tujahan maksimum 17,845 Paun-sekaki / (79.6 kN) setiap enjin
Persenjataan
Meriam 1 x 20 mm M61 Vulcan Gatling, 639 butir peluru
Bom Sehingga 18,650 lb (8,480 kg) pelbagai jenis bom
4 x AIM-7 Sparrow (bergantung kepada versi)
Prestasi
Kelajuan maksimum Mach 2.23 di altitud 40,000 kaki (12,190 m)
Jarak tempur 680 km
Altitud tertinggi 60,000 kaki (18,300 m)
Kadar panjat 41,300 kaki/minit (210 m/s)
F-4 Phantom Wild Weasal berkhidmat cemerlang semasa Perang Vietnam

McDonnell Douglas F-4 Phantom II adalah pesawat pejuang-pengebom supersonik dua tempat duduk yang dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Pesawat ini berkhidmat dengan Tentera Laut A.S dari tahun 1960 hingga 1996. Selain itu, pesawat ini juga berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat dan negara-negara lain seperti Jepun, Korea, United Kingdom dan Jerman. Setakat tahun 2001, masih terdapat lebih 1,000 buat pesawat yang masih aktif berkhidmat.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

F-4 Phantom memasuki perkhidmatan Tentera Laut A.S dalam tahun 1960 sebagai pesawat pejuang pertahanan armada. Kemudian diikuti dengan perkhidmatan dengan Tentera Udara A.S pada tahun 1963 dalam peranan pejuang-pengebom. Apabila pengeluarannya dihentikan dalam tahun 1981, sebanyak 5,195 buah pesawat F-4 Phantom telah dibina, menjadikannya pesawat supersonik buatan Amerika yang paling banyak dikeluarkan. Pengeluaran F-4 Phantom berterusan selama 24 tahun. Walaupun pesawat F-4 Phantom besar dan berat dengan berat berlepas maksimum 27,000 kg, tetapi masih boleh mencapai kelajuan Mach 2.23 dan kecepatan naik 12,600 meter seminit (41,000 kaki seminit).

Pesawat F-4 Phantom juga memegang beberapa rekod penerbangan, termasuk rekod kelajuan 2,585 km/jam dan rekod ketinggian 30,040 meter. F-4 Phantom juga boleh membawa persenjataan seberat 8,480 kg yang boleh dipasangkan kepada 9 stesen senjata meliputi peluru berpandu udara ke udara dan peluru berpandu udara ke permukaan, serta pelbagai jenis bom yang dikawal dan tidak dikawal, termasuk bom nuklear. Pada mulanya, F-4 Phantom tidak dipasang dengan meriam sehinggalah pengalaman tempur di dalam Perang Vietnam memaksa pemasanagan sepucuk meriam 20 mm kepada pesawat F-4E Phantom. Pesawat ini juga membawa inovasi menggunakan radar denyutan Doppler.

Penggunaan meluas dengan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya serta rupa bentuknya yang ketara, F-4 Phantom menjadi satu ikon Perang Dingin dan memberikan khidmat cemerlang semasa Perang Vietnam dan Konflik Arab-Israel. Pesawat F-4 Phantom merekodkan 393 kemenangan di udara. Selain serangan darat, F-4 Phantom juga menjalankan misi tinjauan taktikal dan misi Wild Weasel. Pesawat F-4 Phantom II juga unik kerana digunakan oleh pasukan pertunjukan udara Thunderbirds (F-4E) dan Blue Angels (F-4G) bermula tahun 1969 dan digunakan selama 6 tahun.

Juruterbang yang terlibat dalam pertempuran udara merasa kekurangan apabila kehabisan peluru berpandu udara ke udara mereka. Peraturan pertempuran pula memerlukan juruterbang merapati pesawat syak untuk dicam secara positif sebelum tindakan menyerang boleh diambil. Selalunya mereka perlu merapati ke jarak yang terlalu dekat sehingga tidak dapat menggunakan peluru berpandu udara ke udara mereka. Dalam masa yang sama, pesawat berenjin piston A1 Skyraider dapat menembak jatuh sekurang-kurangnya 2 buah pesawat MiG-17 dengan menggunakan meriam.

  • XF4H-1 – dua buah prototaip untuk Tentera Laut Amerika Syarikat
  • F-4A – model pengeluaran pertama untuk Tentera Laut menggunakan enjin J79-GE-2 denagn tujahan 71.6 kN , 47 unit dibina.
  • TF-4A – model latihan penerbangan
  • F-4B – model pengembangan F-4A untuk Tentera Laut dan Kor Marin dengan enjin J79-GE-8A dengan tujahan 75.4 kN, penghantaran mulai 1962, sebanyak 649 buah dibina.
  • DF-4B - Pesawat F-4B yang diubahsuai menjadi pesawat kawalan dron.
  • EF-4B - Penamaan untuk 1 unit F-4B yang diubahsuai menjadi pesawat latihan ECM.
  • NF-4B - Penamaan untuk 1 unit F-4B untuk kerja-kerja ujian dan penilaian.
  • QF-4B - Pesawat F-4B yang diubahsuai menjadi pesawat kawalan drone, 7 unit

RF-4B – Model untuk menjalankan misi tinjauan untuk Kor Marin, muncung dipanjangkan 1.4 meter untuk alatan pengimbas dan penderia, radar AN/APQ-99 digunakan. Tiga ruang kamera, AN/APQ-102 SLAR, sistem infra merah AN/AAD-4. sebanyak 46 buah dibina.

  • F-110A Spectre – penamaan asal pesawat F-4C Tentera Udara A.S.
  • F-4C – model untuk Tentera Udara A.S, boleh melakukan serangan darat. Boleh menggunakan pelbagai senjata termasuk AIM-4 Falcon, AGM-12 Bullpup dan senjata nuklear. Menggunakan enjin J79-GE-15, boom pengisian minyak dalam penerbangan. 583 buah dibina.
  • EF-4C Wild Weasel IV – Model yang diubahsuai menjadi pesawat Wild Weasel. Dilengkapkan dengan sistem amaran AN/APR-25 RHAWS, AN/APR-26, ECM ER-142 dan pod ECM luaran AN/ALQ-119. Menggunakan peluru berpandu anti radar AGM-45 Shrike.
  • RF-4C – model pesawat peninjau untuk Tentera Udara dengan AN/APQ-172.
  • F-4D pesawat F-4C dengan avionik dimodenkan, radar AN/APQ-109. 825 buah dibina.
  • EF-4D Wild Weasel IV – pesawat F-4D diubahsuai menjadi pesawat ECM Wild Weasel
  • F-4E – model untuk Tentera Udara dengan meriam M-61 Vulcan, radar AN/APQ-120, enjin J79-GE-17 dengan tujahan 79.379 kN dengan pembakar lanjut. Model terkemudian diberikan bilah pinggir depan untuk kendalian yang lebih baik. Pesawat Blok 53 dan seterusnya boleh menggunakan AGM-65 Maverick dan enjin tak berasap J79-GE-17C. Varian ini paling banyak dikeluarkan dengan 1,370 unit dibina.
  • F-4E Kurnass 2000 – Model F-4E kegunaan Israel yang dimodenkan dengan radar AN/APG-76, boleh menggunakan AGM-142 Popeye
  • F-4E Peace Icarus 2000- Model F-4E yang dimodenkan untuk kegunaan Greece, menggunakan radar AN/APG-65GY , boleh menggunakan AIM-120 AMRAAM, lenggai pembidik Litening, peluru berpandu udara ke permukaan
  • F-4E Terminator 2020 – model F-4E kegunaan Turki. Dimodenkan oleh Israel dengan radar ELTA EL/M-2032.
  • QF-4E - Dron kawalan jauh diubahsuai daripada pesawat F-4E
  • F-4EJ – Model digunakan oleh Jepun, dibina oleh Mitsubishi berasaskan F-4E. 140 buah dibina.
  • F-4EJ Kai – Model F-4EJ yang dinaik taraf dengan avionik yang lebih baik, dengan radar denyutan Doppler AN/APG-66J, keupayaan serangan darat, boleh menggunakan peluru berpandu anti kapal ASM-1
  • RF-4E – Pesawat F-4E yang dioptimumkan untuk misi tinjauan, tidak menggunakan senjata. 149 buah dibina.
  • RF-4EJ – versi peninjau taktikal untuk Jepun. 14 buah dibina.
  • RF-4EJ Kai – Model RF-4EJ yang dinaik taraf dengan avionik baru, radar AN/APG-66J
  • F-4F – model kegunaan Luftwaffe Jerman berasaskan standard F-4E. 175 buah dibina.
  • F-4F ICE Pesawat F-4F yang ditambah baik dengan radar AN/APG-65 dan AIM-120 AMRAAM
  • F-4G model untuk Tentera Laut melibatkan 12 F-4B yang diberikan sistem komunikasi digital. 1 daripada 12 yang diubahsuai ditembak jatuh, bakinya ditukar semula menjadi konfigurasi F-4B.
  • F-4G Wild Weasel V adalah pesawat F-4E yang diubahsuai untuk menumpaskan pertahanan udara musuh SEAD dengan kelengkapan radar AN/APQ-120, misil antiradiasi AGM-45 Shrike dan AGM-78 Standard dan kemudiannya AGM-88 HARM. 166 buah diubahsuai.
  • F-4J – model diperbaiki untuk Tentera Laut A.S dan Kor Marin dengan enjin J79-GE-10 memberikan tujahan 79.374 kN dengan pembakar lanjut, AN/APG-59 radar pandang bawah, ekor berbilah, aileron (pengoleng) melentok 16.5° apabila peralatan pendaratan dan kepak diturunkan, kerusi lenting sifar-sifar dengan 522 buah dibina.
  • F-4J (UK) – gelaran bagi 15 buah pesawat terpakai yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja British dalam tahun 1984, dinaik taraf dari standard F-4S, diberikan gelaran penamaan Phantom FGA. Mk 3
  • F-4K model F-4J yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja British, menggunakan enjin turbofan Rolls-Royce Spey 202, gelaran Phantom FG.Mk.1 dengan 52 unit.
  • F-4M – model F-4 kegunaan Tentera Udara Diraja British, gelaran Phantom FGR.Mk.2, dengan enjin Rolls Royce Spey, sebanyak 118 unit.
  • F-4N – pesawat F-4B yang dinaik taraf di bawah projek Bee Line, dengan pembaikan aerodinamik dalam pesawat F-4J, enjin tak berasap, dengan pembinaan 228 unit.
  • QF-4N - pesawat F-4N yang diubahsuai menjadi pesawat dron
  • F-4S – pesawat F-4J yang dinaik taraf menggunakan enjin tanpa berasap, kerangka diperkukuhkan, bilah pinggir depan untuk pengendalian lebih baik, 302 unit diubahsuai.
  • QF-4S – pesawat F-4S yang diubahsuai menjadi pesawat dron.

Pesawat F-4 Phantom berkhidmat dengan banyak pasukan tentera udara seperti:

Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Tentera udara dari negara-negara lain

[sunting | sunting sumber]

United Kingdom

[sunting | sunting sumber]
F-4 Phantom (Diraja British)

Tentera Laut Diraja British menerima 29 buah Phantom FG.1 daripada jumlah pesanan 143 buah. Pesawat ini dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat HMS Ark Royal dan dipindahkan kepada Tentera Udara Diraja British apabila HMS Ark Royal dilucutkan tauliah dan disarakan.

Tentera Udara Diraja British sendiri mempunyai 116 buah pesawat Phantom FGR.2 yang menjalankan misi memintas, pejuang-pengebom dan peninjauan. Ini ditambah dengan pembelian 16 buah pesawat F-4J(UK) untuk menjalankan tugasan memintas.

Australia

[sunting | sunting sumber]
Tentera Udara Diraja Australia membuat sewaan 24 buah pesawat F-4Es sementara menunggu penghantaran pesawat F-111C. Pesawat diletakkan di RAAF Amberley, melibatkan2 OCU selaku skuadron peralihan operasi dan No.1 Skuadron dan No. 6 Skuadron sebagai skuadron tempur.
Mesir membatalkan cadangan membeli 50 buah pesawat F-5E Tiger II dan sebaliknya menerima 35 buah pesawat F-4E yang ditugaskan dengan 222 TFB (Wing) bertempat di Pangkalan Udara Kaherah Barat. Kumpulan ini terdiri daripada 2 skuadron iaitu Skuadron No. 76 dan skuadron No. 88.
"Luftwaffe" menerima 273 buah pesawat F-4F Phantom dan masih menggunakan pesawat ini yang telah menjalani pemodenan. 40 buah pesawat pejuang-pengebom dan 107 buah pesawat pemintas dinaik taraf kepada standard F-4F ICE (Improved Combat Efficiency) dan akan digunakan sehingga tahun 2015. 88 buah pesawat peninjau RF4-E dihantar bertugas dengan 2 buah skuadron peninjau. Skuadron Luftwaffe mengendali phantom adalah :
AG 51 "Immelman", Bremgarten RF-4E
AG 52, Leck RF-4E
JBG 35, Pferdsfeld F-4F
JBG 36, Rheine-Hopsten F-4F
JG 71 "Richthoven", Wittmundhafen F-4F
JG 72 "Westfalen", Rheine-Hopsten F-4F
JG 73, Laage F-4F
WDT 61, Manching-Ingolstadt RF-4E, F-4F
JG 74 "Molders", Neuburg F-4F
1 GAFTS/49FW, Holloman AFB, NM (USA) F-4E, F-4F
Greece menerima 36 buah pesawat F-4E untuk melengkapkan satu skuadron pejuang/peralihan dan satu skuadron pejuang-pengebom. Kumpulan kedua 18 buah F-4E dan 8 buah RF-4E melengkapkan satu skuadron pejuang AWX dan 1 skuadron peninjau. Kumpulan ketiga melibatkan penghantaran 28 buah pesawat F-4E dari Pengawal Udara Kebangsaan.
40 buah pesawat akan dinaik taraf kepada standard hampir menyamai ICE Jerman membolehkan perkhidmatan dilanjutkan sehingga tahun 2010. Pesawat peninjau ditambah dengan penghantaran 29 pesawat RF-4E dari Luftwaffe.
110 PM (Combat Wing), Larissa
337 MPK "Fantasma" F-4E
348 MTA "Matia" RF-4E
117 PM, Andravida
338 MPK "Aris" F-4E
339 MPK "Ajax" F-4E

Iran menerima 32 buah pesawat F-4D sebelum penggulingan Shah Reza Pahlavi, diikuti dengan 117 buah pesawat F-4E and 16 buah pesawat RF-4E, dan beroperasi dalam 13 skuadron. Menjelang tahun 1980, tidak satupun pesawat F4-E boleh digunakan, sementara hanya 1.5 skuadron menggunakan F-4D/E masih beroperasi.

F-4 Phantom Dalam Perkhidmatan Heyl Ha'Avir

La Tsvah Haganah le Israel/Heyl Ha'Avir

Heyl Ha'Avir menerima hampir 240 buah pesawat F-4E. Israel merupakan pengguna Phantom kedua terbanyak selepas Amerika Syarikat. 100 buah pesawat F-4E Phantom menjalani naik taraf kepada standard Kurnass-2000.
F-4 Phantom milik Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun

Jepun menerima 154 buah pesawat 154 F-4EJ Phantom yang dibina oleh Mitsubishi dikhususkan untuk pertahanan udara dan dikumpulkan dalam 6 skuadron. 96 buah pesawat F-4EJ telah dinaik taraf kepada standard F-4EJ "Kai". 14 buah pesawat RF-4EJ dan 17 buah F-4EJ diubahsuai menjadi RF-4EJ-Kai.

40 buah pesawat F-4C dipindahkan dari Tentera Udara Amerika Syarikat untuk menubuhkan dua skuadron pejuang. Ini ditambah dengan 18 buah pesawat RF-4C dalam peranan peninjau.

Korea Selatan

[sunting | sunting sumber]
Korea Selatan menerima 18 buah pesawat F-4D dari Tentera Udara Amerika Syarikat membolehkan penubuhan 1 skuadron pesawat pejuang. Ini diikuti dengan penghantaran 26 buah pesawat F-4D membolehkan penubuhan lagi satu skuadron. Skuadron ketiga ditubuhkan dengan penerimaan 24 buah F-4D tambahan. 12 buah pesawat RF-4C membolehkan penubuhan skuadron peninjau. 37 buah pesawat F-4E binaan baru melengkapkan penubuhan 2 skuadron lagi.
Hava Kuvvetleri (THK) menerima 40 buah F-4E buatan baru untuk melengkapkan 2 skuadron. Kumpulan kedua 32 buah pesawat F-4E dan 8 buah RF-4E digunakan untuk menubuhkan 2 skuadron tempur dan 1 skuadron peninjau.
Selepas itu Hava Kuvvetleri menerima penghantaran 110 buah pesawat F-4. Pesawat peninjau ditambah dengan penghantaran 32 buah pesawat RF-4E dari Luftwaffe membolehkan penubuhan skuadron kedua peninjau. Hava Kuvvetleri menaik taraf 54 pesawat F-4E menggunakan kepakaran IAI dan akan diikuti dengan kerja menaik taraf pesawat RF-4E.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy