Pergi ke kandungan

Fizo Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fizo Omar
Kelahiran
Wan Hafizol bin
Wan Omar

(1985-03-13) 13 Mac 1985 (umur 39)
PendidikanDiploma Kejuruteraan Awam
Pusat pendidikanUiTM Arau, Perlis
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian180 cm (5 ka 11 in)
Pasangan
Anak-anak3

Wan Hafizol bin Wan Omar (Jawi: وان حافذل بن وان امر; lahir 13 Mac 1985) atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar ialah pelakon dan pengacara Malaysia.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Fizo lahir pada 13 Mac 1985 di Kota Bharu, Kelantan dan memiliki Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik [1] serta mempunyai darah campuran Melayu, Siam dan Arab. Ayahnya berketurunan Melayu sementara ibunya berketurunan Siam dan Arab[2]. Ayahnya Wan Omar Wan Ishak (80 tahun) meninggal dunia di sebuah hospital di Kota Bharu akibat masalah ketumbuhan.

Sejak dari kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili Kelantan. Kemudian terpilih juga dalam beberapa kejohanan peringkat umur sehinggalah berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.

Apabila menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, dia terpilih juga mewakili Perlis bagi skuad Piala Presiden dan Liga Super. Ia juga menjadi kenangan manis buat Fizo apabila berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2005. Fizo bermain di posisi tengah dan pertahanan. Tamat pengajian, dia beralih angin ke Kuala Lumpur dan mewakili pasukan TNB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga merupakan pasukan terakhirnya.

Kemudian dia tidak lagi bermain bola sepak kerana dia secara tidak langsung sudah terlibat dalam bidang peragaan dan lakonan. Ini semua adalah kerana seorang rakan dia yang telah menghantar gambarnya ke agensi modeling dan kemudian mendapat banyak tawaran iklan komersil dan beberapa tawaran lakonan.

Juga dalam masa yang sama, Fizo telah menyertai pencarian Hero Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf.” Jelas Fizo yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Jelasnya, bukan dia tidak berminat lagi dengan bola sepak, tetapi memandang jauh akan masa hadapan supaya kehidupannya nanti lebih terjamin.

Tidak menafikan dengan bermain bola sepak boleh hidup mewah tetapi semua itu akan berakhir apabila seseorang pemain itu mendapat kecederaan yang serius dan tidak boleh bermain lagi. Oleh itu, Fizo mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak secara serius dan menumpukan kepada bidang seni yang semakin terbuka luas untuknya [3] .

Rashid Sibir merupakan orang yang pertama yang bertanggungjawab membawa Fizo Omar ke dunia lakonan menerusi drama Elite. Beliau ketika itu pemenang Hero Remaja diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama tersebut [4] .

Bermula dengan perniagaan serunding daging, Fizo Omar, kini giat mengembangkan perniagaannya dengan menjual produk yang berlainan. Sejak beberapa bulan lalu, Fizo tampil memperkenalkan perniagaan penjualan burger menerusi, Hot Burger. Beliau membuka perniagaan ini untuk menarik minat belia menceburi bidang perniagaan. Perniagaan ini turut melibatkan dua rakan kongsinya, Rizal Musa dan Asri Hamid [5] ..

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Oktober 2013, Fizo telah melamar Mawar Abdul Karim didalam sebuah panggung wayang di Cathay @ e-Curve, Damansara kira-kira jam 12.30 tengahari.Kejutan lamaran itu turut disertai pihak media, kenalan rapat dan ahli keluarga Mawar tanpa pengetahuan Mawar sendiri. Idea lamaran ini dirancang hanya dalam tempoh 3 hari dan nampaknya membuahkan hasil serta mencipta kenangan terindah buat mereka berdua [6]. .

Pada 10 November 2013, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang. Beliau diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat dengan mas kahwin berjumlah RM506 [7].

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram [8].

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal WWF120, jaket, dan motosikal berkuasa tinggi. Majlis resepsi atau persandingan akan diadakan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.

Pada 10 Julai 2019, Fizo dan Mawar bercerai talak satu. Mereka melafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.[9][10] Fizo dan Mawar sebelum ini menafikan desas-desus mengenai rumahtangga mereka.[11] Pada 2021 fizo kembali berkahwin dengan wanita sarawak iaitu Fazeera Nazri Azrai. Mereka dikurniakan 1 anak perempuan.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Tuntutan hutang RM 2.5 juta

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2011, Fizo Omar (26 tahun) mendakwa namanya telah disalahguna sebagai penjamin oleh syarikat rakannya berjumlah RM2 juta.Beliau telah meminta khidmat guaman daripada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. Fizo Omar pernah menjadi rakan kongsi dan lembaga pengarah syarikat percetakan itu di Damansara pada 2008. Beberapa bulan kemudian dia menarik diri dari syarikat itu.[12]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Jalang Filem pertama
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Jeremy
2011 Kongsi ASP Shariff
2012 7 Petala Cinta Hamka
Halim Munan Halim
2013 Minyak Dagu Johan
Sembunyi: Amukan Azazil Ahmad
99 Kali Rindu Klate
Hello Dr. Shafiq
Cinderella Salman
2015 Romeo Kota Botak
Isyarat Cinta Ariel
2020 Superbike The Movie Aeron
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Skuad Elit Tommy Astro Prima Drama pertama
Puteri Salju Dr. Rafik TV3
Gadis Merah Jambu Badri TV9
Spa Q 2 Fiz TV3
2009 Bio-Nik Johan
La Dolce Amira Arif
Suraya Megat
Matahari Mark
Cinta Sempurna Najib Astro Oasis
2010 Jersi 9 Mokhtar TV9
Bila Musang Berjanggut Putera Ashraf TV3
Kau Laksana Bulan Syafik TV2
Siti Kelembai Moin TV3
Ulek Mayang Putera Mayang Mahkota TV3
2011 Ada Apa Dengan Durian Kamal TV1
Soffiya Ilyas TV3
Santau Merasuk Hussin
2012 Cinta Buat Emelda Aril Fatah
Tanah Kubur (Musim 4) Amir Astro Oasis Episod: "Patung Kertas"
Julia Amir TV3
2013 Surat Dari Langit Biru Heykal
2015 Bidadari Indra
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Idlan
Bukan Cinta Aku Sam
Adellea Sofea Ikram
2020 Maaf Tak Indah Jai
Pengantin Satu Malam Rasul Fadlan
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Aidil Astro Ria
2024 Pinjaman Syurga Ismail @ Is TV3 6 episod mini series

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Tak Sama Tapi Serupa Kekasih Belinda TV3 Telefilem pertama
2009 Bisikan Subuh Ariff
Bonanza Faizal
2010 Dollah Hapak Dollah Hapak Astro Prima
Cinta D Butt Danial
Wira Padang Pasir Tuan Razlan
Panas Badrul TV2
2011 Keliru Madi
2012 Tunggu Sekejap Adli TV1
2013 Nur Sarah Danial
Andai Itu Takdirnya Firdaus
2015 Talak Badrul TV3
Aku, Dia dan C70 Amirul TVi
2018 Gerabak Cinta Remy TV3
2020 Tuan Petri Saadong Raja Ahmad Astro Citra
2022 Nota Mazni TV2
Tajuk
Siti Di Alam Fantasi

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
Gen-X Pengacara TV1
3 Hari 2 Malam TV9
?-2012 Pakar Kejelitaan TV3
2015–2016, 2024–kini Nasi Lemak Kopi O TV9
2016 Pencetus Ummah (Musim 2) Astro Oasis
Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2024 Studio Sembang Artis Jemputan YouTube Bersama Amelia Henderson
  • Malaysian International Fashion Show (MIFA)
  • Lord's Tailor Fashion Show, Micheal Shoo Design Fashion Show (2009)
  • KL Bollywood Fashion Show
  • Converse Fashion Show (2008)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007/2008
Hero Remaja
Tempat ke-2 Menang
  • Top 5, Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Top 5 Hot Guys (Fun, Fabulous, Fearless) - 2009

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy