Hasnul Baharuddin
Hasnul bin Baharuddin | |
---|---|
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 13 Julai 2020 – 23 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Daroyah Alwi |
Digantikan oleh | Kamri Kamaruddin |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Morib | |
Dalam jawatan 21 Jun 2013 – 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Hasiman Sidom |
Digantikan oleh | Rosnizan Ahmad |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kajang, Selangor |
Parti politik | AMANAH |
Pasangan | Nazratul Hasanah bt Sedali |
Pendidikan | Sarjana Muda Sains Farmasi Dengan Kepujian (USM) |
Pekerjaan | Ahli Politik dan Ahli Farmasi (Latar Belakang Pendidikan) |
Haji Hasnul bin Haji Baharuddin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) bagi DUN Morib selama dua penggal dari 2013-2018 dan 2018-2023. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor pada 2020[1] hingga 2023[2].
Politik
[sunting | sunting sumber]Pada pilihan raya 2013, beliau bertanding di bawah tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan menang. Bagaimanapun, beliau telah keluar parti tersebut dan menyertai penubuhan AMANAH pada 2015[3]. Beliau telah mengekalkan kemenangan atas tiket AMANAH pada pilihan raya 2018[4], namun tewas pada pilihan raya 2023[5].
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor pada 13 Julai 2020[1] menggantikan Daroyah Alwi yang meletak jawatan pada 16 Jun 2020. Beliau berkhidmat sehingga DUN dibubarkan pada 23 Jun 2023[2].
Keputusan pilihanraya
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Per | Lawan | Parti | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun mengundi % |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N53 Morib | Hasnul Baharuddin | PAS | 5,361 | 29.98% | Hasiman Sidom | BN (UMNO) | 12,523 | 70.02% | 17,884 | 7,162 | 75.86% |
2013 | Hasnul Baharuddin | 15,016 | 51.31% | Hasiman Sidom | BN (UMNO) | 14,250 | 48.69% | 29,746 | 766 | 88.80% | ||
2018 | Hasnul Baharuddin | PH (AMANAH) | 11,000 | 40.43% | Rozana Kamarulzaman | BN (UMNO) | 8,883 | 32.64% | 27,650 | 2,117 | 86.60% | |
Mohammad Sallehuddin Hafiz | PAS | 7,328 | 26.93% | |||||||||
2023 | Hasnul Baharuddin | 15,093 | 44.35% | Rosnizan Ahmad | PN (BERSATU) | 18,936 | 55.65% | 34,029 | 3,843 | 78.14% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "ADUN Morib dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ a b BERNAMA (2023-06-23). "Dun Selangor bubar secara rasmi hari ini". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ "PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-31. Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ Khalid, Mohammad Khairil Ashraf Mohd (2023-07-20). "'Cukuplah dua penggal Hasnul jadi Adun Morib, bagi peluang muka baru'". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ Amin, Nur Aishah Mohd (2023-07-23). "AMANAH Selangor tampil enam muka baharu, Izham kekal kerusi Pandan Indah". Selangorkini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.