Pergi ke kandungan

Kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekumpulan kanak-kanak dari Iraq

Kanak-kanak (Jawi: کانق٢[1]); juga budak (Jawi: بودق[2]) atau anak kecil (Jawi: أنق کچيل‎) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana bayi, meningkat kanak-kanak, remaja, dewasa, dan akhirnya tua. Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]

"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).

Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.


Umur (tahun) Peringkat
3 hingga 5 hari Zigot atau Telur yang disenyawakan; saat perjaninan.
kira-kira minggu ketiga kehamilan sehingga minggu kelapan kehamilan Embrio
38 hingga 42 minggu Janin
Kanak-kanak
0 - 1.5 Bayi
1.5 - 4 Kanak-kanak bertatih
4 - 11 Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)
  10 - 11 (lebih kurang)   Pra akil baligh
11 - 12 Pra-remaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);
sila perhatikan pertindanan dengan peringkat "Pra akil baligh"    
13 - 20 Remaja akil baligh
Dewasa
18 -25 Dewasa muda (umur minimum yang tepat berbeza-beza)
26 - 39 Kedewasaan awal
40 - 59 Separuh umur
60+ Orang tua
Terjadi pada umur
yang berbeza-beza
Kematian
Ibu dan anak orang Hupa, oleh Edward S. Curtis, 1924


Perkembangan kognitif

[sunting | sunting sumber]

Prodigi kanak-kanak yang ketara

[sunting | sunting sumber]
Sila lihat juga: Prodigi kanak-kanak

Pembangunan manusia

[sunting | sunting sumber]

"Pembangunan manusia" merujuk kepada segala bentuk perkembangan yang tertulis di atas, seringnya dalam konteks psikologi klinikal atau psikologi perkembangan, ataupun teori pembangunan manusia (yang merupakan hasil perkembangan ekonomi kebajikan dalam bidang ekonomi).

Kedua-dua bidang psikologi dan ekonomi menumpukan kepada pendidikan dan kefasiran bahasa, termasuknya kenal huruf dan kenal nombor, serta kepada pengenalpastian dan perkembangan bakat yang lebih unik untuk menjadikannya sebagai pemboleh ubah ekonomi yang digelarkan modal individu.

Cabang-cabang ekonomi yang awal memperlihatkan manusia dari segi buruh untuk pengeluaran, cara pemujukan ataupun cara perlindungan yang cenderung merupakan kemahiran yang diperolehi hanya pada tempuh keremajaan dan kedewasaan. Pandangan pembangunan manusia adalah lebih jelas dalam bidang sukan, muzik, serta seni pentas yang lain. Umpamanya, dalam pelakonan, kanak-kanak seringnya memulakan latihan seawal umur tiga tahun. Fikirlah tentang Tiger Woods serta latihan golfnya yang awal.

Sedangkan terdapatnya masalah-masalah yang tertimbul kerana menempatkan kanak-kanak ke dalam aliran tertentu pada peringkat yang "terlalu" awal, telah dianggapi bahawa pembunuhan kanak-kanak, pembuangan kanak-kanak, penggunaan kanak-kanak untuk angkatan bersenjata, serta penyakit masyarakat yang lain telah dikurangkan dengan penggunaan pendekatan pembangunan manusia – negara kini memberikan nilai hidup yang tinggi kepada kanak-kanak.

Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan cara untuk mengukur kesejahteraan dan menempatkan negara-negara melalui kriteria ini. Walaupun penganiayaan kanak-kanak dianggap lebih rendah di negara-negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam indeks ini, kebenarannya tidak dapat dibuktikan dengan mudah.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Senarai rencana berkaitan dengan kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ lihat:
    • "kanak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu. kanak-kanak budak lelaki atau pe­rempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun)... soft hyphen character in |quote= at position 33 (bantuan)
    • "kanak-kanak". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ lihat:
    • "budak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah...
    • "budak". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
    • "budak". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 140. ISBN 978-602-9172-40-9. 1. anak kecil...
    • "anak". Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 13. ISBN 979 459 785 6. budak; orang yang kecik [sic] badan dan umonye [sic]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy