Kapibara
Kapibara | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Haiwan
|
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Hydrochoerus
|
Spesies: | H. hydrochaeris
|
Nama binomial | |
Hydrochoerus hydrochaeris | |
Daerah penyebaran Masbro |
Kapibara atau babi air[1] ialah haiwan jenis rodensia semiakuatik[2] bertaburan di benua Amerika Selatan; ia merupakan spesies terbesar dari keluarga ini.[3] Ia dari genus Hydrochoerus sekeluarga dengan tikus belanda.
Haiwan ini dinamakan menyerap dari bahasa Portugis Brazil kata capivara[4] yang meminjam kata bahasa Tupi ka'apiûara menggabungkan kaá "daun" + píi "tirus" (maka caá pi'i "rumput"[5]) + ú "makan" + ara (imbuhan pelaku) lalu memberi maksud "pemakan rumput".[6]
Gambaran fizikal
[sunting | sunting sumber]Kapibara dewasa mampu membesar mencapai antara 106 hingga 134 sentimeter panjang dan antara 50 hingga 62 sm tinggi dari paras kelasa; berat ditimbang sekitar 35 hingga 66 kg.[7][8][2] Kapibara betina lebih berat dari yang jantan.
Taburan
[sunting | sunting sumber]Kapibara hidup di belantara berdekatan jasad-jasad air seperti tasik danau, paya rawa dan sungai.[8] Ia menjadi tarikan banyak pemangsa setempat seperti jaguar, puma, helang, kaiman[9] dan anakonda.[10]
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Kapibara hidup secara berkawanan mencapai jumlah 10-20 ekor terdiri dari 2-4 ekor jantan dewasa, 4-7 ekor betina dewasa manakala selebihnya anak-anak.[11]
Pergerakan
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini berenang dengan baik. Ia berkebolehan menahan nafas selama lima minit.[8][12]
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Kapibara adalah herbivor peragut rumput dan tumbuhan akuatik[8][13] serta juga buah dan kulit kayu.[2] Haiwan ini boleh cerewet memilih makan[14] dedaun sesejenis pokok sahaja; kecenderungan memakan pelbagai jenis tumbuhan lain meningkat seiring musim kemarau.[15]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Kapibara membunting selama tempoh antara 130–150 hari, ia boleh beranak paling puratanya 4 ekor hingga sebanyak 8 ekor.[16]
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Kapibara sering diburu mendapatkan sumber daging dan bulu[17] sehinggakan ada diternak di ladang-ladang.[18] Haiwan ini juga sering ditemukan di zoo dan taman haiwan jinak memanjangkan hayat lebih 12 tahun jauh dari keadaan di alam liar mudah diancam pemangsa disebutkan dengan hayat selama hingga kira-kira 4 tahun sahaja.
Haiwan ini dibenarkan peliharaannya di beberapa negeri di Amerika Syarikat.[19][20]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tengku Ibrahim Helmi (27 Mac 2020). "Siri ke-474: Hukum Menyentuh Atau Memegang Babi Air (Capybara)". Irsyad Al-Fatwa. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 1 September 2022.
- ^ a b c "Capybara". Palm Beach Zoo. 17 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2010..
- ^ Basic Biology (2015). "Rodents".
- ^ Herrera, Emilio A.; Barreto, Guillermo R. (2012). Moreira, J.; Ferraz, K.; Herrera, E.; Macdonald, D. (penyunting). Capybara: Biology, Use and Conservation of an Exceptional Neotropical Species. Springer New York. m/s. 18. doi:10.1007/978-1-4614-4000-0_18. ISBN 978-1-4614-4000-0.
- ^ Ferreira, A. B. H. (1986). "capim". Novo Dicionário da Língua Portuguesa (ed. ke-2). Rio de Janeiro: Nova Fronteira. m/s. 341.
- ^ Ferreira, A. B. H. (1986). "capivara". Novo Dicionário da Língua Portuguesa (ed. ke-2). Rio de Janeiro: Nova Fronteira. m/s. 344.
- ^ Capybara Diarkibkan 3 Januari 2012 di Wayback Machine, Arkive
- ^ a b c d "Capybara Facts". Smithsonian National Zoological Park. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2005.
- ^ "Capybara". Bristol Zoo Gardens (UK). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2007.
- ^ Brown, Emily (23 Januari 2011). "Capybara, the master of the grasses: pest or prey". Sounds and Colours. Dicapai pada 4 September 2021.
- ^ Alho, Cleber J.R.; Rondon, Nelson L. (1987). "Habitats, population densities, and social structure of capybaras (Hydrochaeris Hydrochaeris, Rodentia) in the Pantanal, Brazil". Revista Brasileira de Zoologia. 4 (2): 139–149. doi:10.1590/s0101-81751987000200006.
- ^ "Capybara – Description, Habitat, Image, Diet, and Interesting Facts". Animals Network. 3 August 2018. Dicapai pada 2019-01-01.
- ^ Forero-Montaña, Jimena; Betancur, Julio; Cavelier, Jaime (June 2003). "Dieta del capibara Hydrochaeris hydrochaeris (Rodentia: Hydrochaeridae) en Caño Limón, Arauca, Colombia" [Distribution and abundance of Caiman crocodilus in the Caño Negro National Wild Life Refuge, Costa Rica]. Revista de Biología Tropical (dalam bahasa Sepanyol). 51 (2): 571–578. PMID 15162749.
- ^ Quintana, R.D.; Monge, S.; Malvárez, A.I. (1998). "Feeding patterns of capybara Hydrochaeris hydrochaeris (Rodentia, Hydrochaeridae) and cattle in the non-insular area of the Lower Delta of the Paraná River, Argentina". Mammalia. 62 (1). doi:10.1515/mamm.1998.62.1.37. S2CID 83976640.
- ^ Barreto, Guillermo R.; Herrera, Emilio A. (1998). "Foraging patterns of capybaras in a seasonally flooded savanna of Venezuela". Journal of Tropical Ecology. 14 (1): 87–98. doi:10.1017/S0266467498000078. JSTOR 2559868.
- ^ Mones, Alvaro; Ojasti, Juhani (16 Jun 1986). "Hydrochoerus hydrochaeris". Mammalian Species (264): 1–7. doi:10.2307/3503784. JSTOR 3503784.
- ^ Thompson, Andy (18 Januari 2008). "Trip to South America gives new meaning to outdoors life". Richmond Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2013.
- ^ "Capybara, Hydrochoerus hydrochaeris". San Diego Zoo. Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2011. Dicapai pada 22 Jun 2011.
- ^ Perez, Larry (2012). Snake in the Grass: an Everglades Invasion (ed. 1st). Sarasota, Fla.: Pineapple Press. m/s. 89. ISBN 9781561645138.
- ^ "Capybaras as Pets". capybarafacts.com. Dicapai pada 23 Oktober 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Taylor, Alan (29 November 2018). "Companionable Capybaras". The Atlantic.
- Hydrochoerus hydrochaeris - Animal Diversity Web