Pergi ke kandungan

Panglima tertinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Laut Tentera Darat Tentera Udara
Pegawai bertauliah
Admiral of
the Fleet
Field marshal atau
General of the army
Marshal of
the air force
Admiral General Air chief marshal
Vice admiral Lieutenant general Air marshal
Rear admiral Major general Air vice marshal
Commodore Brigadier atau
brigadier general
Air commodore
Captain Colonel Group captain
Commander Lieutenant colonel Wing commander
Lieutenant
commander
Major atau
commandant
Squadron leader
Lieutenant Captain Flight lieutenant
Lieutenant
junior grade
atau
sub lieutenant
Lieutenant atau
first lieutenant
Flying officer
Ensign atau
midshipman
Second lieutenant Pilot officer
Officer cadet Officer cadet Flight cadet
Lain-lain pangkat
Warrant officer atau
chief petty officer
Warrant officer atau
sergeant major
Warrant officer
Petty officer Sergeant Flight sergeant
Leading seaman Corporal atau
bombardier
Corporal
Seaman Private atau
gunner atau
trooper
Aircraftman atau
airman
Talk·View

Panglima tertinggi, juga dipanggil pemerintah tertinggi, adalah orang yang menjalankan perintah dan kawal tertinggi ke atas sesebuah angkatan tentera atau cabang tentera. Sebagai satu istilah teknikal, ia merujuk kepada keupayaan tentera yang berada dalam kepimpinan eksekutif sesebuah negara – iaitu ketua negara atau ketua pemerintahan.

Selalunya, peranan pemerintah tertinggi (jawatan panglima tertinggi eksklusif untuk pegawai tentera) jika dipegang oleh pegawai awam, tidak perlu menjadi atau telah menjadi pegawai bertauliah tentera atau pun veteran tentera. Negara-negara seperti itu mengikut prinsip kawalan awam keatas tentera.

Peranan commander-in-chief berasal dari bahasa Latin, iaitu imperator. Para Imperator Republik Rom dan Empayar Rom memiliki kuasa imperium (pemerintahan). Dalam penggunaan moden, istilah ini pada mulanya digunakan oleh Raja England Charles I pada tahun 1639. Ketua negara sesebuah negara (monarki atau republik) biasanya memegang posisi commander-in-chief atas nama sahaja, walaupun kuasa eksekutif yang sebenar dipegang oleh ketua kerajaan yang berasingan. Didalam sistem berparlimen, badan eksekutif akhirnya bergantung kepada kehendak badan perundangan; meskipun badan perundangan tidak mengeluarkan arahan terus kepada angkatan tentera dan dengan itu tidak menguasai tentera dalam apa jua maksud. Para Gabenor Jeneral dan gabenor kolonial juga sering dilantik menjadi commander-in-chief angkatan tentera dalam jajahan mereka.

Commander in chief kadangkala dirujuk sebagai Supreme Commander, yang kadangkala digunakan sebagai satu istilah spesifik. Istilah ini juga digunakan untuk pegawai tentera yang memegang kuasa dan pengaruh berkenaan, bukan melalui pemerintahan diktator, dan sebagai orang bawahan kepada ketua negara (lihat Generalisimo). Istilah ini juga digunakan untuk pegawai yang memegang kuasa keatas perkhidmatan tentera atau didalam kancah operasi.

Ketua negara sebagai panglima tertinggi

[sunting | sunting sumber]

Ini termasuklah ketua-ketua negara yang berikut:

  • Ketua eksekutif dengan mandat politik untuk membuat keputusan mengikut budi bicara, termasuk memerintah angkatan bersenjata.
  • Ketua negara yang bersifat istiadat (raja berperlembagaan, wizurai dan presiden di republik berparlimen) dengan kuasa lebihan substantif yang diperuntukkan terhadap angkatan bersenjata, bertindak dalam keadaan normal atas nasihat ketua eksekutif berperlembagaan dengan mandat politik untuk membuat keputusan mengikut budi bicara.

Arab Saudi

[sunting | sunting sumber]

Perkara 60 Hukum Asas Arab Saudi menyatakan: "Raja adalah panglima tertinggi seluruh angkatan tentera. Baginda melantik para pegawai dan menamatkan perkhidmatan mereka mengikut undang-undang."

Perkara 61 selanjutnya menyatakan: "Raja mengisytiharkan darurat, pengerahan umum dan perang, dan undang-undang mentakrifkan peraturan ini."

Akhir sekali, Perkara 62 menyatakan: "Sekiranya terdapat bahaya mengancam keselamatan Kerajaan atau integriti wilayahnya, atau keselamatan rakyat dan kepentingannya, atau menghalang fungsi institusi negara, Raja boleh mengambil tindakan segera untuk menangani ancaman ini Dan sekiranya Raja menganggap tindakan ini patut diteruskan, baginda boleh melaksanakan peraturan-peraturan yang perlu untuk tujuan ini."

Republik Rakyat China

[sunting | sunting sumber]

Perkara 93 Perlembagaan Republik Rakyat China menyatakan badan kuasa untuk mengarah Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China diberi hak kepada Suruhanjaya Ketenteraan Pusat; terdiri daripada Pengerusi, dan beberapa Naib Pengerusi dan ramai ahli. Perkara yang sama juga menyatakan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat bertanggungjawab secara keseluruhan bagi kerja-kerja Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, dan ia bertanggungjawab kepada Kongres Rakyat Kebangsaan dan Jawatankuasa Tetap.[1]

Tambahan pula, Perkara 80 memberikan Presiden Republik Rakyat China (sebagai tambahan kepada tugas-tugas istiadat ketua negara) kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang tentera, mengisytiharkan perang, dan untuk mengeluarkan perintah pengerahan atas keputusan Kongres Rakyat Kebangsaan dan Jawatankuasa Tetapnya.[1]

Pengerusi CMC dan presiden adalah pejabat negara yang berasingan dan ia tidak selalunya dipegang oleh orang yang sama. Akan tetapi, bermula pada tahun 1993, semasa pemerintahan Jiang Zemin sebagai Pengerusi CMC dan Setiausaha Agung Parti Komunis, ia telah menjadi amalan standard Presiden, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, dan Setiausaha Agung Parti dipegang oleh orang yang sama; walaupun sedikit perbezaan dari mula dan akhir tempoh masa untuk jawatan masing-masing bermakna terdapat beberapa pertindihan antara pemegang jawatan dan pendahulunya.

Hong Kong

[sunting | sunting sumber]

Apabila Hong Kong dibawah penguasaan British, gabenor awam adalah pemerintah tertinggi ex officio Angkatan Bersenjata Luar British Hong Kong. Selepas penyerahan wilayah ini kepada Republik Rakyat China pada tahun 1997, panglima Garison Hong Kong PLA adalah pegawai PLA dari tanah besar China.

Presiden negara Filipina adalah ketua negara dan ketua kerajaan, dan diberi mandat oleh Perkara VII, Bahagian 18 Perlembagaan Filipina 1987 untuk menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.[2]

Semasa pemerintahan Republik Keempat, Perlembagaan 1973 yang diperkenalkan oleh Ferdinand Marcos telah mewujudkan sistem berparlimen yang memisahkan kuasa Eksekutif kepada dua, dengan perdana menteri mengekalkan jawatan pemerintah tertinggi dan presiden diturunkan sebagai ketua simbolik. Kenyataan Perkara VII, Bahagian 9 dalam perlembagaan sebelumnya membolehkan Marcos selaku pemerintah tertinggi untuk mengisytiharkan Undang-Undang Tentera dan menggantung writ habeas corpus pada 21 September 1972. Marcos juga mengeluarkan perintah, mengurniakan pangkat tentera jeneral lima bintang kepada presiden, sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Beliau kemudiannya bertindak sebagai presiden dan perdana menteri sehingga tahun 1981, apabila undang-undang tentera ditarik balik dan Cesar Virata menggantikannya sebagai perdana menteri dan pindaan Perlembagaan 1973 dibuat untuk mengubahnya kepada sistem separa-presiden yang kuat dimana jawatan panglima tertinggi secara rasminya dipulangkan ke presiden. Salvador Laurel adalah perdana menteri terakhir Filipina apabila jawatan itu dimansuhkan selepas Revolusi Kuasa Rakyat 1986, dan kuasa eksekutif sekali lagi digabungkan dengan jawatan Presiden.

Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Filipina ialah Presiden Rodrigo Duterte, berkhidmat sebagai pemerintah tertinggi seluruh unit-unit tentera Filipina.

Korea Selatan

[sunting | sunting sumber]
Fail:Moon Jae-in presidential portrait.jpg
Presiden terkini Korea Selatan, Presiden Moon Jae-in

Menurut Perlembagaan Republik Korea, Pemerintah Tertinggi ialah Presiden Korea Selatan.

Di Perancis, presiden Republik ditetapkan sebagai "Chef des Armées" (secara harfiah "Ketua Angkatan Tentera") dibawah perkara 15 perlembagaan, dan dengan itu badan berkuasa eksekutif tertinggi bagi hal ehwal ketenteraan. Perkara 16 memberikan presiden dengan kuasa darurat yang luas.[3]

Akan tetapi, disebabkan sifat sistem separa presiden, perdana menteri juga memiliki kuasa perlembagaan dibawah perkara 21: "Beliau akan bertanggungjawab bagi pertahanan negara" dan mempunyai "kuasa untuk membuat peraturan dan membuat pelantikan jawatan awam dan tentera".[3]

Pra-tahun 1958

[sunting | sunting sumber]

Sejak pemerintahan Louis XIV, pihak-pihak berkuasa Perancis adalah terpusat. Selepas menumpaskan ahli bangsawan tempatan yang terlibat dalam warlordisme, raja-raja Perancis mengekalkan semua autoriti dengan pertolongan dua perdana menteri yang bijak pandai (Mazarin, dan Richelieu).

Revolusi 1789 memindahkan kuasa tertinggi kepada raja (dalam konteks Monarki berperlembagaan yang singkat), kemudian kepada ahli Comité de Salut Public semasa Konvensyen, dan selepas itu kepada Directoire, sebelum kembali di tangan Konsul Napoleon Bonaparte, kemudian Maharaja Napoléon I, seorang.

Era Pemulihan mengembalikan kuasa raja, mula-mula pada monarki mutlak, kemudian Monarki Julai Louis Philippe, sebelum ia digulingkan oleh Republik Kedua dan selepas itu Empayar Kedua Napoleon III.

Republik Ketiga yang berikut adalah sistem berparlimen, dimana autoriti tentera dipegang oleh presiden Jemaah Menteri. Semasa Perang Dunia I, banyak lawatan ke kubu parit oleh negarawan tua Georges Clemenceau mengagumkan para askarnya dan beliau diberi nama gelaran Bapa Kemenangan (Perancis: Le Père de la Victoire).

Semasa Perang Dunia II, Maréchal Henri-Philippe Petain mengambil alih pemerintahan dan memegang kuasa tertinggi di Perancis Vichy, manakala Général Charles De Gaulle, bertindak bagi pihak rejim sebelumnya, mengasaskan Tentera Perancis Bebas, dimana beliau memegang kuasa tertinggi di sepanjang peperangan.

Republik Keempat seterusnya yang singkat adalah sistem berparlimen, yang digantikan oleh Republik Kelima sekarang, iaitu sistem separa presiden.

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera India terletak pada Presiden India, walaupun kuasa dan tanggungjawab eksekutif untuk pertahanan negara berada pada Kabinet India yang dikepalai oleh Perdana Menteri. Kuasa mengalir kepada Kementerian Pertahanan, dipimpin oleh Menteri Pertahanan, yang menyediakan kerangka dasar dan sumber-sumber untuk Angkatan Tentera menunaikan tanggungjawab mereka dalam konteks pertahanan negara.

Pada 15 Ogos 1947, setiap perkhidmatan tentera diletakkan dibawah panglima masing-masing. Pada tahun 1955, ketiga-tiga panglima perkhidmatan telah ditetapkan semula sebagai Ketua Turus Tentera Darat (berpangkat Jeneral), Ketua Turus Tentera Laut (berpangkat Laksamana Madya) dan Ketua Turus Udara (berpangkat Marsyal Udara) dengan Presiden sebagai Pemerintah Tertinggi. Ketua Turus Udara telah dinaikkan pangkat Ketua Marsyal Udara pada tahun 1965 dan Ketua Turus Tentera Laut dinaikkan pangkat ke Laksamana pada tahun 1968.

Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Menurut Perkara 10 Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945, Presiden Indonesia memegang kuasa tertinggi Tentara Nasional Indonesia (Angkatan Tentera). Operasi harian Angkatan Tentera diurus oleh Panglima Tentara Nasional Indonesia (singkatan Panglima TNI, iaitu pegawai 4-bintang yang terdiri dari kalangan Jenderal (Angkatan Darat/Marin), Laksamana (Angkatan Laut), atau Marsekal Angkatan Udara).

Angkatan Tentara Indonesia mempunyai tiga cabang perkhidmatan: Angkatan Darat Indonesia, Angkatan Laut Indonesia (termasuk Korps Marinir Indonesia), dan Angkatan Udara Indonesia. Setiap cabang perkhidmatan dikepalai oleh seorang Ketua Turus (juga berpangkat 4-bintang) yang mempunyai tugas mengembangkan profesionalisme perajurit dalam setiap cabang. Akan tetapi, kuasa memerintah dipegang oleh Panglima Angkatan Tentara Indonesia. Panglima TNI mengarah kuasa memerintah kepada Komando Utama Tempur daripada semua cabang perkhidmatan seperti Markas Pasukan Khusus , Markas Strategik Angkatan Darat, Markas Wilayah Tentera, Markas Armada, Markas Angkutan Laut , Markas Pertahanan Udara Nasional dan Markas Operasi Angkatan Udara. Panglima TNI dilantik oleh presiden dari kalangan ketua-ketua staf (Angkatan Darat, Angkatan Laut, atau Angkatan Udara) dan mesti mendapat kelulusan dari Dewan Perwakilan. Ketua staf juga dilantik oleh presiden dari kalangan pegawai kanan tentera. Presiden selaku pemerintah tertinggi juga mempunyai kuasa dalam pertukaran dan kenaikan pangkat para pegawai kanan tentera semasa bertugas. Menteri Pertahanan mempunyai tanggungjawab untuk membantu presiden dalam hal ehwal pertahanan dan mencipta dasar-dasar tentang kebenaran penggunaan angkatan tentera, mengurus bajet pertahanan, dll. Bagi kebenaran penggunaan angkatan tentera atau pengisytiharan perang, presiden mesti mendapatkan kelulusan dari Dewan Rakyat. Panglima TNI memberi cadangan kepada menteri pertahanan dalam mewujudkan dasar-dasar pertahanan negara.

Pemimpin Agung Ali Khamenei, Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Iran

Sebelum tahun 1979, Baginda Raja Shah adalah Panglima Tertinggi Iran. Selepas pengasasan Republik Islam, presiden Iran pada awalnya dilantik ke jawatan itu, dengan Abolhassan Bani Sadr menjadi Panglima Tertinggi yang pertama. Bagaimanapun, Abolhassan Bani Sadr telah didakwa pada 22 Jun 1981. Selepas peristiwa itu peranan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Republik Islam Iran telah diberikan kepada Pemimpin Agung Iran.

Perlembagaan Itali, dalam Perkara 87, menyatakan bahawa Presiden Republik: "adalah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera dan pengerusi majlis pertahanan tertinggi yang dibentuk oleh undang-undang; beliau mengisytiharkan perang mengikut keputusan parlimen".[4]

Selaras dengan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Oleh itu, baginda adalah pegawai tertinggi dalam institusi ketenteraan, dengan kuasa untuk melantik Panglima Angkatan Tentera (atas nasihat Majlis Angkatan Tentera). Baginda juga melantik panglima-panglima perkhidmatan setiap cabang angkatan tentera.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa jawatan Pemerintah Tertinggi hendaklah disekalikan dengan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara:

  • Perkara 41, Perlembagaan Persekutuan- Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.

Parlimen Persekutuan meluluskan Akta Angkatan Tentera Persekutuan untuk menyatukan semua peraturan kedalam satu undang-undang bagi mentadbir ketiga-tiga perkhidmatan ( Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara ). Ia menetapkan fungsi dan dan tugas-tugas Ketua Utama Negara dalam kapasitinya sebagai Pemerintah Tertinggi.

Di Republik Islam Pakistan, sebelum Perlembagaan 1973, ketua angkatan tentera, iaitu Ketua Turus Tentera Darat, telah dirujuk sebagai "Panglima Tertinggi".:105[5] Istilah ini digantikan dengan "Ketua Turus" pada 20 Mac 1972:62[6] Ketua Turus adalah pegawai empat bintang dengan tempoh masa 3 tahun, tetapi boleh dilanjutkan atau diperbaharui tempoh. Ketua-Ketua Turus Tentera Darat/Udara/Laut dilantik oleh Perdana Menteri Pakistan dan disahkan oleh Presiden Pakistan.

Upacara penyerahan Cheget (iaitu beg bimbit nuklear) daripada pembantu tentera Dmitry Medvedev kepada pembantu tentera Vladimir Putin semasa pelantikan presiden 2012.[7]

Menurut Perlembagaan Persekutuan Rusia, (Fasal 4, Perkara 87, Bahagian 1) presiden adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.[8] Presiden meluluskan doktrin tentera dan melantik menteri pertahanan dan ketua dan anggota lain staf am.[9]

Angkatan Tentera Rusia dibahagikan kepada tiga perkhidmatan: iaitu Angkatan Darat Rusia, Tentera Laut Rusia, dan Tentera Udara Rusia. Disamping itu terdapat tiga cabang perkhidmatan bebas: Angkatan Peluru Berpandu Strategik, Angkatan Aeroangkasa Rusia, dan Angkatan Airborne Rusia. Pasukan Pertahanan Udara, bekas Angkatan Pertahanan Udara Soviet, telah di subordinatkan kedalam Tentera Udara sejak tahun 1998.

Raja Felipe VI dalam seragam Kepten Jeneral Tentera Laut di Akademi PTT Tentera Laut pada tahun 2014.

Seperti kebanyakan monarki Eropah yang masih tinggal, kedudukan raja Sepanyol sebagai ketua nominal angkatan tentera berasal sejak berabad-abad lamanya.

Perlembagaan Sepanyol 1978 memberikan Raja dalam Perkara 62 (h):

pemerintahan tertinggi Angkatan Tentera[10]

Namun, Perkara 64 menghendaki semua tindakan rasmi Raja mestilah ditandatangan balas, oleh Pengerusi Kerajaan atau menteri kompeten yang lain, untuk ia menjadi sah. Tambahan pula, Perkara 97 menyatakan bahawa;

Kerajaan hendaklah melaksanakan dasar luar negara dan domestik, sivil dan pentadbiran tentera dan pertahanan Negara[10]

Dan Perkara 98 pula menyatakan komposisi kerajaan (Raja bukan anggota). Tiada peruntukan dalam perlembagaan memerlukan Raja/kerajaan untuk mendapatkan kelulusan daripada Cortes Generales sebelum menghantar angkatan tentera ke luar negara.[10]

Sejak tahun 1984, ketua turus pertahanan ialah ketua profesional angkatan tentera dan, dibawah kuasa menteri pertahanan, bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan dan organisasi tentera.

"Ketua Angkatan Tentera Thai" (Bahasa Thai: จอมทัพไทย; RTGSChom Thap Thai) adalah jawatan tertinggi tentera yang diberi hak kepada Raja Thailand, telah disandang oleh Raja Bhumibol Adulyadej sehingga kemangkatannya pada Oktober 2016, selaku raja pemerintah dan ketua negara adalah panglima tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai.[11]

Pengasas, Presiden Turki, dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Turki Mareşal Mustafa Kemal Pasha (tengah), Jeneral Mehmet Emin Pasha (kiri), Jeneral Ali Sait Pasha (kanan) di İnebolu pada tahun 1925.

Presiden Republik Turki mempunyai hak berperlembagaan untuk mewakili Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera Turki, bagi pihak Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki, dan untuk mengerah Angkatan Tentera Turki, untuk melantik Ketua Turus Am, untuk memanggil Majlis Keselamatan Negara bersidang, untuk mempengerusi Majlis Keselamatan Negara, untuk mengisytihar undang-undang tentera atau darurat, dan untuk mengeluarkan dekri yang mempunyai kuasa undang-undang, atas keputusan mesyuarat Jemaah Menteri dibawah kepimpinannya. Dengan semua isu-isu yang tertulis dalam Perlembagaan Turki, hak-hak eksekutif diberi kepada presiden Republik Turki yang merupakan pemerintah tertinggi tentera.

United Kingdom

[sunting | sunting sumber]

Monarki British adalah "Ketua Angkatan Tentera"[12] dan juga dirujuk sebagai "Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Seri Paduka Baginda".[13] Pemerintahan raja berperlembagaan yang paling lama, namun, telah memberi hak kuasa eksekutif de facto, dengan menjalankan kuasa Prerogatif Diraja, pada Perdana Menteri dan Setiausaha Negara bagi Pertahanan. Perdana Menteri (bertindak dengan sokongan Kabinet) membuat keputusan penting mengenai penggunaan angkatan tentera.[14][15] Walau bagaimanapun Baginda Ratu kekal sebagai "penguasa mutlak" keatas tentera, dengan para pegawai dan anggota mengangkat sumpah taat setia hanya kepada ratu.[16]

Penyandang jawatan lain sebagai panglima tertinggi atau situasi yang lain

[sunting | sunting sumber]

Republik Persekutuan, pada masa kini (1956-)

[sunting | sunting sumber]
Rekrut-rekrut baru berdiri di hadapan Bangunan Reichstag, sebelum mengangkat sumpah Bundeswehr. Disebabkan oleh sejarah terkenal abad ke-20, dan sebelum ketenteraan Prusia; Jerman hari ini memberi penekanan yang kuat terhadap keserasian angkatan tentera dengan sistem berparlimen.

Selepas penenteraan semula Jerman Barat pada tahun 1955, negara itu menyertai NATO, Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman telah dipinda pada 1956 untuk memasukkan syarat-syarat perlembagaan bagi pemerintahan angkatan tentera.

  • Pada masa aman, dibawah Perkara 65a, Menteri Pertahanan Persekutuan (Jerman: Bundesminister der Verteidigung) memegang kuasa pemerintahan tertinggi (Jerman: Inhaber der Befehls- und Kommandogewalt - IBuK) terhadap Bundeswehr.[17]
  • Jika Bundestag mengisytiharkan darurat (Jerman: Verteidigungsfall), Canselor Persekutuan, dibawah Perkara 115b, akan mengambil alih kuasa pemerintahan tertinggi angkatan tentera.[17] Sehingga tahun 2019, perkara ini tidak pernah terjadi.
  • Presiden Jerman tidak mempunyai sebarang peranan dalam pemerintahan angkatan tentera, namun beliau terus menerima penghormatan beristiadat disebabkan kedudukannya sebagai ketua negara.
Werner von Blomberg (kiri) memberi tabik hormat kepada Adolf Hitler (kanan) dengan baton di Perhimpunan Nuremberg 1937.

Rasional meletakkan kuasa pemerintahan terus ke atas angkatan tentera dengan menteri yang bertanggungjawab terhadap institusi ketenteraan, dan oleh itu melanggar tradisi lama perlembagaan Jerman dalam kedua-dua sistem monarki dan republik sebelumnya yang meletakkan pada ketua negara, adalah kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, kuasa pemerintahan hendaklah secara langsung berada dimana ia akan dikuatkuasakan dan dimana ia tertakluk kepada kawalan parlimen Bundestag pada setiap masa. Dengan memberi terus kepada menteri yang bertanggungjawab, bukannya pada Canselor Persekutuan, ia juga bermaksud bahawa hal ehwal ketenteraan adalah salah satu tanggungjawab bersepadu kerajaan; berbeza sekali sebelum ini apabila bahagian institusi ketenteraan diasingkan dari pentadbiran awam yang membenarkan pemimpin dahulu bertindak sebagai daulah terpendam (berbeza dengan Republik Persekutuan, Republik Weimar bermula dengan pakatan Ebert–Groener, yang mengekalkan institusi ketenteraan sebagai satu kuasa autonomi di luar kawalan politik; pilihanraya tahun 1925 menyaksikan Paul von Hindenburg sebagai Reichpräsident, dikelilingi oleh pengampu-pengampu dan komplot Kurt von Schleicher, tidak banyak dilakukan untuk menterbalikkan trend tersebut).[18][19]

Jerman Timur (1960-1990)

[sunting | sunting sumber]

Badan perundangan Republik Demokratik Jerman (GDR), iaitu Volkskammer, digubal pada 13 Februari 1960 Undang-Undang mengenai Pembentukan Majlis Pertahanan Nasional GDR, yang menubuhkan sebuah majlis yang terdiri daripada pengerusi dan sekurang-kurangnya 12 ahli. Ia kemudiannya dimasukkan kedalam Perlembagaan GDR pada April 1968. Majlis Pertahanan Nasional memegang pemerintahan tertinggi Tentera Rakyat Nasional (termasuk pasukan keselamatan dalam negeri), dan pengerusi Majlis (biasanya Setiausaha Agung Parti Perpaduan Sosialis) dianggap sebagai panglima tertinggi GDR.

GDR bergabung dengan Republik Persekutuan Jerman pada 3 Oktober 1990, dimana perlembagaan GDR dan angkatan tenteranya dibubarkan.

Sebelum tahun 1945

[sunting | sunting sumber]

Semasa pemerintahan Kerajaan Prusia, Empayar Jerman, Republik Weimar dan Nazi, sesiapa yang menjadi ketua negara—iaitu Raja Prusia/Maharaja Jerman (dibawah Perlembagaan Kerajaan Prusia/Perlembagaan Empayar Jerman) hingga tahun 1918, Reichspräsident (dibawah Perlembagaan Weimar) hingga tahun 1934, dan Führer dari tahun 1934 hingga 1945—adalah ketua Angkatan Tentera (Jerman: Oberbefehlshaber: secara harfiah "Pemerintah Tertinggi").

Dibawah posisi ketua negara, setiap cabang tentera (Jerman: Teilstreitkraft) mempunyai ketuanya sendiri yang melapor terus kepada ketua negara dan memegang pangkat tertinggi dalam perkhidmatannya; dalam Reichsheer - Generalfeldmarschall, dan dalam Reichsmarine - Grossadmiral.

Selepas Canselor Adolf Hitler mengambil alih kuasa sebagai Führer[20] (selepas kematian Presiden Paul von Hindenburg), beliau kemudian mengurniakan menteri perangnya, Generalfeldmarschall Werner von Blomberg, jawatan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera pada tahun 1935, apabila pengerahan tentera diperkenalkan semula. Bagaimanapun, pada tahun 1938 disebabkan oleh Peristiwa Blomberg–Fritsch, Hitler menarik balik jawatan panglima tertinggi, membubarkan jawatan menteri perang dan mengambil alih sendiri pemerintahan tertinggi Angkatan Tentera. Jawatan menteri perang telah diambil alih secara de facto oleh Oberkommando der Wehrmacht, yang diketuai oleh Generalfeldmarschall Wilhelm Keitel sehingga penyerahan kalah Jerman.

Di Jepun, sebelum Pemulihan Meiji peranan panglima tertinggi terletak pada shōgun (iaitu tentera samurai daimyō yang paling berkuasa). Selepas pembubaran kesyogunan Tokugawa peranan panglima tertinggi, diserahkan kepada Maharaja Jepun. Pada masa kini, peranan maharaja berperlembagaan adalah pemimpin simbolik dengan tanpa sebarang peranan tentera.

Selepas Jepun menuju ke arah demokrasi, jawatan pemerintah tertinggi Angkatan Pertahanan Diri Jepun dipegang oleh Perdana Menteri Jepun. Kuasa ketenteraan bergerak dari perdana menteri ke peringkat menteri Pertahanan Jepun.[21][22][23][24]

Korea Utara

[sunting | sunting sumber]
Bendera pemerintah tertinggi

Perlembagaan Korea Utara tidak jelas menyatakan secara rasmi siapakah sebenarnya ketua negara.

Walau bagaimanapun, perlembagaan Korea Utara, dalam perkara 102, adalah jelas menyatakan perintah rasmi angkatan tentera:

Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Republik Demokratik Rakyat Korea adalah Pemerintah Tertinggi seluruh angkatan tentera Republik Demokratik Rakyat Korea dan memerintah dan mengarah semua angkatan tentera Negara.[27]

Pengerusi secara rasminya dipilih oleh Perhimpunan Agung Rakyat (perkara 91:5[28]) dan berkhidmat bagi tempoh lima tahun (perkara 101[27] & 90:1[28]); tetapi mengikut amalan, jawatan ini adalah warisan Dinasti Kim, apabila mendiang Kim Jong-il selepas mati ditetapkan sebagai "pengerusi abadi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara", manakala anaknya, Kim Jong-un, telah dilantik sebagai "pengerusi pertama Suruhanjaya Hal Ehwal Negara".[29]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Di dalam NATO dan Kesatuan Eropah, istilah Chief of Defence (CHOD) lazimnya digunakan sebagai satu sebutan generik bagi jawatan tertinggi yang disandang oleh seorang pegawai profesional tentera yang aktif bertugas, tanpa mengira gelaran sebenar atau kuasanya.

Artikel lain yang menarik

  1. ^ a b "Constitution". Government of the People's Republic of China. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2013. Dicapai pada 21 Januari 2014.
  2. ^ "THE 1987 CONSTITUTION OF THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES – ARTICLE VII". Official Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-18. Dicapai pada 2014-01-21.
  3. ^ a b Constitution of 4 October 1958, National Assembly of France. Retrieved on 2013-05-13.
  4. ^ "Constitution of Italy" (PDF).
  5. ^ Bajwa, Kuldip Singh (2003). "Kashmir Valley Saved". Jammu and Kashmir war, 1947-1948 : political and military perspective (google books) (dalam bahasa Inggeris) (ed. 1st). New Delhi: Har-Anand Publications. m/s. 350. ISBN 9788124109236. Dicapai pada 24 July 2017.
  6. ^ Singh, Ravi Shekhar Narain Singh (2008). "Military and Politics". The Military Factor in Pakistan (googlebooks) (dalam bahasa Inggeris) (ed. 1st). London, UK: Lancer Publishers. m/s. 550. ISBN 9780981537894. Dicapai pada 24 July 2017.
  7. ^ Mikhail Tsypkin (September 2004). "Adventures of the "Nuclear Briefcase"". Strategic Insights. 3 (9). Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-09-23.
  8. ^ "The Constitution of the Russian Federation". Presidential Administration of Russia. Dicapai pada 2014-01-10.
  9. ^ "Commander-in-Chief of the Armed Forces". Presidential Administration of Russia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 10 Februari 2014.
  10. ^ a b c Constitution of Spain 1978, Government of Spain. Retrieved on 2014-01-09.
  11. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2009. Dicapai pada 18 April 2009.CS1 maint: archived copy as title (link)
  12. ^ Queen and Armed Forces, royal.gov.uk. Diarkibkan 13 April 2015 di Wayback Machine
  13. ^ The Royal Prerogative SN/PC/03861, House of Commons of the United Kingdom. Retrieved on 2013-05-12.
  14. ^ Governance of Britain, July 2007. Retrieved on 2013-05-12.
  15. ^ Review of the Royal Prerogative Powers: Final Report, Ministry of Justice, October 2009. Retrieved on 2013-05-12.
  16. ^ "Whose hand is on the button?". BBC. 2 December 2008. Dicapai pada 2009-03-14.
  17. ^ a b Basic Law for the Federal Republic of Germany, Bundestag (Print version. As at: October 2010). Retrieved on 2013-08-21.
  18. ^ (Jerman) Die Befehls- und Kommandogewalt des Art. 65a GG im Lichte ... Diarkibkan 23 September 2015 di Wayback Machine, Retrieved on 2013-08-21.
  19. ^ (Jerman) Politik und Militär in Deutschland: die Bundespräsidenten und Bundeskanzler und ihre Beziehung zu Soldatentum und Bundeswehr, 2011. Retrieved on 2013-08-21.
  20. ^ Gesetz über das Staatsoberhaupt des Deutschen Reichs, 1 August 1934:
    "§ 1 The office of the Reichspräsident is merged with that of the Reichskanzler. Therefore, the previous rights of the Reichspräsident pass over to the Führer and Reichskanzler Adolf Hitler. He names his deputy."
  21. ^ "Self Defense Forces". Encyclopedia of Japan. Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 56431036. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2007. Dicapai pada 2012-07-15.
  22. ^ The Ministry of Defense Reorganized: For the Support of Peace and Security (PDF). Tokyo: Japan Ministry of Defense. 2007. m/s. 4–5.
  23. ^ "職種 Branches of Service" (dalam bahasa Japanese). Tokyo: Japan Ground Self-Defense Force. 2012. Dicapai pada 15 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ 自衛隊: 組織 [JSDF: Organization]. Nihon Daihyakka Zensho (Nipponika) (dalam bahasa Japanese). Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 153301537. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2007. Dicapai pada 2012-07-15.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ "DPRK Constitution (Preamble)". naenara.com.kp. Dicapai pada 2014-02-20.
  26. ^ "DPRK Constitution (Chapter VI State Organs, Section 4. The Presidium of the Supreme People's Assembly)". naenara.com.kp. Dicapai pada 2014-02-20.
  27. ^ a b c "DPRK Constitution (Chapter VI State Organs, Section 2. The Chairman of the DPRK National Defence Commission)". naenara.com.kp. Dicapai pada 2014-02-20.
  28. ^ a b "DPRK Constitution (Chapter VI State Organs, Section 1. The Supreme People's Assembly )". naenara.com.kp. Dicapai pada 2014-02-20.
  29. ^ "DPRK's Kim Jong Un elected first chairman of National Defense Commission". People's Daily Online. 14 April 2012. Dicapai pada 21 March 2013.
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy