Sultan Selangor
Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Selangor serta segala daerah takluknya | |
---|---|
Negeri | |
Penjawat kini | |
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sejak 22 November 2001 | |
kemahkotaan 8 Mac 2003 | |
Butiran | |
Gelaran | Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor |
Penyandang pertama | Sultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak Sultan Selangor Wangsa Diraja Bugis Luwu Keluarga Opu Daeng Chelak |
Pembentukan | 1743 |
Persemayaman | Istana Alam Shah, Klang |
Laman sesawang | www |
Sultan Selangor ialah gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Gelaran rasmi Sultan Selangor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya".
Sultan Selangor berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri dan juga Kapten Yang di-Pertuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi
[sunting | sunting sumber]Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan Melayu Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsa Bendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Malaka-Johor, iaitu Raja Kecil. Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.
Senarai sultan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai sultan Selangor dari permulaan Kesultanan Selangor sehingga kini :
Bil | Penyandang | Pemerintahan |
---|---|---|
Yang di-Pertuan Besar Selangor | ||
1 | Raja Lumu ibni Opu Daeng Chelak | 1743 - 1766 |
Sultan Selangor | ||
1 | Sultan Salehuddin Shah (Raja Lumu) ibni Opu Daeng Chelak | 1766 - 1782 |
2 | Sultan Ibrahim Shah | 1782 - 1826 |
3 | Sultan Muhammad Shah | 1826 - 1857 |
4 | Sultan Abdul Samad | 1857 - 1898 |
5 | Sultan Alauddin Sulaiman Shah | 1898 - 1938 |
6 | Sultan Hisamuddin Alam Shah | 1938 - 1942 |
7 | Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah | 1942 - 1945 |
Sultan Hisamuddin Alam Shah (Kemahkotaan kedua) | 1945 - 1960 | |
8 | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | 1960 - 2001 |
9 | Sultan Sharafuddin Idris Shah | 2001 - kini |
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Istana Sultan Selangor di Klang
-
Panji peribadi Sultan
-
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
-
Tengkolok Sultan
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Dewan Diraja Selangor
- Sejarah Selangor
- Andi'/Daeng'- Gelaran Bangsawan Diraja Bugis, di Malaysia dan Sulawesi Selatan, Indonesia
- Kerajaan Luwu
- Sulawesi
- Tengku Ampuan Selangor/ Tengku Permaisuri Selangor
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- J.M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9679948102.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.