Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi P160 Johor Bahru, Johor | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Digantikan oleh | Akmal Nasrullah Mohd Nasir |
Dalam jawatan 1978–1990 | |
Didahului oleh | Jaafar Hamzah |
Digantikan oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Pengerusi FELDA | |
Dalam jawatan 2017–2018 | |
Didahului oleh | Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad |
Digantikan oleh | Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Didahului oleh | Dato' Seri Mohd Shafie Apdal |
Digantikan oleh | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Dalam jawatan 1983–1986 | |
Didahului oleh | Pengiran Othman Pengiran Rauf |
Digantikan oleh | Abu Hassan Omar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuantan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 22 November 1949
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Puan Sri Shahrizan Abdullah |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Saudara | Khalid Abdul Samad (Adik) |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (lahir 22 November 1949) ialah ahli politik Malaysia merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC) dan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru. Beliau juga merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Beliau dilahirkan pada 22 November di Kuantan, Pahang.
Beliau adalah abang kepada Khalid Abdul Samad, ahli politik Amanah yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Shah Alam.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Shahrir pernah bersekolah di banyak tempat iaitu di Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Kota Bharu di Kelantan dan Kuala Terengganu di Terengganu. Beliau juga pernah bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tamat tahun Enam pada tahun 1967.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan dari Universiti Malaya pada tahun 1972 dan menyambung Ijazah Sarjana dalam bidang perniagaan di IMEDE (sekarang dikenali IMD), Lausanne, Switzerland pada tahun 1977.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 197, beliau telah menjadi setiausaha politik termuda di Malaysia apabila beliau menjadi setiausaha politik kepada Tun Musa Hitam, kemudiannya Timbalan Perdana Menteri. Selepas jawatannya luput pada tahun 1975, beliau menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak sehingga 1976. Pertama kali Shahrir mejawat jawatan awam di dalam pilihan raya umum 1978, apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Pada mulanya dilantik menjadi Timbalan Menteri, Perdagangan dan Industri, tetapi kemudiannya menjadi Menteri Kebajikan, Pemuda dan Sukan , dan pada tahun 1987 beliau telah mengambil jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.[1] Shahrir telah dipecat pada tahun itu di dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO TunMahathir Mohamad. Pada tahun 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi parlimennya, dan kemudiannya mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil kerusi parlimen berkenaan. Setahun kemudiannya, beliau menyertai UMNO semula, manakala Razaleigh keluar untuk membentuk Semangat 46.[2]
Beliau juga kini telah kembali ke Kabinet selepas 22 tahun. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada 18 Mac 2008 tentang pelantikan Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Jawatan lain
[sunting | sunting sumber]- Setiausaha Politik
- Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri (1978-1979)
- Timbalan Menteri Kewangan (1980-1981)
- Timbalan Menteri Perdagangan & Perindustrian (1982-1983)
- Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1985)
- Menteri Kebajikan (1985-1987)
- Ahli Exco dan Presiden, Commonwealth Parliamentary Association (CPA)
- Pengerusi, Jawatan Kuasa Kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee atau PCA)
- Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
- Pengerusi, BNBBC
- Pengerusi/Pengarah Urusan Saske Corporation SDn. Bhd.
- Pengerusi/Pengarah Urusan Saskevest Sdn. Bhd
Pilihan raya Malaysia 2008
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Sharil@Shahrir Bin Ab Samad bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Johor Bahru , negeri Johor. Sharil@Shahrir Bin Ab Samad telah menang dengan mendapat undi sebanyak 43143.
Calon lawan ialah Hassan Abdul Karim dari PRM mendapat 17,794 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 69.59%. Undi rosak sebanyak 1391.
Pilihan Raya Malaysia 2018
[sunting | sunting sumber]Tan Sri Shahrir Abdul Samad telahpun tewaskan bagi mempertahankan kerusi yang disandangnya itu iaitu daripada parti Pakatan Harapan. Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang cuba mempertahankan kerusinya itu selama lebih daripada 2 penggal telah ditewaskan oleh Pakatan Harapan.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Kehormatan Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2012)[3]
- Wilayah Persekutuan :
- Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) – Datuk Seri Utama (2010)[4]
- Johor :
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) (1979)
- Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) – Dato' (1980)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ram, B. Suresh (2008-03-18). "The Cabinet post remains the same: Shahrir". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-21. Dicapai pada 2008-03-18. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Beh, Lih Yi (2008-03-20). "Shahrir: We need more aggressive ministers". Malaysiakini. Dicapai pada 2008-03-20. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 29 August 2021.
- ^ "Tun Abdullah dahului senarai penerima darjah kebesaran WP 2010". Bernama. Utusan Malaysia. 1 February 2010. Dicapai pada 8 May 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://www.shahrir-umno.com/main.php
- http://www.umno-online.com/
- http://www.jerit.org/budgetparlimenjerit.htm
Penyandang Terdahulu | Menteri Wilayah Persekutuan 1983 – 1986 |
Penyandang Kemudian |
Tiada | Tan Sri Mohd Isa Samad |
Penyandang Terdahulu | Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 19 Mac 2008 – 9 April 2009 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Seri Mohd Shafie Apdal | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1944
- Orang hidup
- Orang dari Pahang
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-5
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-6
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah
- Adik-beradik ahli politik Malaysia
- Pengerusi FELDA
- Alumni Universiti Malaya
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia